Showing posts with label wif love. Show all posts
Showing posts with label wif love. Show all posts

Monday, September 1, 2014

keisha arissa nama diberi

assalamualaikum dan selamat pagi ,

agak lama tak berkumandang kat sini . almaklum lah baru dapat anak kecik , jadi busy dia mengalahkan PM . hehe . sebelum memperkenalkan budak kecik tu , jom kita sedekahkan al - fatihah untuk penumpang dan anak kapal MH 370 & MH 17 . ** al - fatihah **

alhamdulillah , rezeki bulan ramadhan haritu lahirlah seorang puteri yang diberi nama keisha arissa . sebutir bintang yang mampu menyerikan lagi memeriahkan rumah tangga kami . atas keizinan Allah kami dimurahkan rezeki untuk mempunyai anak setelah hampir 5 tahun menunggu . alhamdulillah dan bersyukur tidak terhingga kepada Allah swt kerana memakbulkan doa kami selama ini . alhamdulillah .

keisha arissa dah berumur hampir 2 bulan sekarang . seronok dapat melihat dia membesar , seronok tengok ragam dia , baru sedar betapa best nya ada anak ni . 1st pengalaman lah katakan . lepas ni , segalanya untuk keisha arissa , dah tak ada untuk diri sendiri lagi , sebab untuk sendiri dah puas dari dulu lagi fikir untuk diri sendiri jea . lagi - lagi dapat baby girl , baju pulak macam - macam fesyen memang umphhhh lah . hahaha .

kiranya tahun ni , nak stop semua planning holiday , tunggu keisha arissa besar sikit baru boleh bawak dia jenjalan . sian dia nanti kena tinggal dengan nenek dia . nenek dia dah la jenis yang perfection sikit , memang tak ada lah nak sebarangan sangat . alahh , dulu pun dah banyak jalan , tak de lah rasa terkilan sangat tahun ni tak dapat nak berjalan .

alhamdulillah , majlis aqiqah pun dah selesai 24hb ogos haritu . sempena hari raya kami buat open house terus belah petang tu . terima kasih bebanyak kat kawan - kawan yang sudi luangkan masa datang untuk memeriahkan majlis kami . sekarang tinggal nak cukur rambut dia lagi ni . nak botakkan . ikutkkan memang sayang yang teramat cukur rambut dia yang lebat tu , tapi ramai yang cakap memang elok buang rambut dari perut tu . jadi , kena buat jugak lah , harap lepas ni rambut baru tumbuh lebih lembut dan tebal dari sekarang . heee

baiklah , banyak sangat da bebelan aku dari tadi . biasa lah dah lama tak membebel . jadi sebelum aku tutup entry ni aku belanja sekeping gamba keisha arissa dengan papa dia . aku rasa gambar ni comel kot sebab keisha arissa senyum ! jumpa lagi . . .



makna nama keisha arissa , hidup dalam keadaan yang baik serta berazam dan kuat . ^^

Sunday, June 29, 2014

ramadhan kembali bertandang . alhamdulillah

assalamualaikum dan selamat bersahur ,

alhamdulillah berjumpa kembali dengan bulan ramadhan bulan yang penuh dengan barakah . hari pertama berpuasa kita harini , amacam  sahur awal pagi tadi ? berselera sudah pasti , first day puasa lah katakan tengah seronok lagi . nanti tengok lah dipertengahan puasa , ada yang tak bangun sahur sebab nak makan awal pagi tu dah tak ada selera .

bagi aku , sahur tu amat penting sebabnya ia membekalkan tenaga untuk kita berpuasa sepanjang hari . nasik wajib ketika bersahur dengan air suam yang banyak . biar lah kembung perut asalkan badan tak lemah dah lah . tahun ni macam biasa lah , menu untuk sahur dan berbuka ditaja sepenuhnya oleh mak mertua . yeayyyy ! !

bulan puasa ni aku ambil cuti panjang . hampir sebulan sebab nak berpuasa kat rumah . nak mencuba mencukupkan terawih . in sha allah , semoga apa yang aku inginkan tercapai dan dimakbulkan . amin ! tahun ni dapat cuti raya pulak tu , hahaha , bahagainya rasa . alhamdulillah . tapi , lepas cuti raya jenuh lah mengganti kengkawan yang banyak menghulurkan bantuan masa puasa ni . thanks korang , love yaa ! hahaha .

yang pasti korang dah berniat belum tuk berpuasa harini ? dalam islam , apa - apa perbuatan yang kita lakukan kena bersama dengan niat . niat lah puasa untuk hari esok . kepada kaum lelaki , berniat sebulan puasa . in shaa allah .

berniat sebelum puasa , jangan lupa uolss .


sebelum aku menutup entry ni , aku nak memohon ampun dan maaf sekiranya pernah melukakan hati kengkawan yang berada dekat dengan aku , berilah aku peluang untuk menginsafi setiap kesalahan yang aku buat sebelum ni . selamat berpuasa semua , semoga semua amalan kita di bulan yang mulia ini diterima oleh Nya . amin . . .

Friday, June 27, 2014

renovate dapur jujusyam part 2

assalamualaikum dan selamat petang ,

harini nak update cerita rumah yang belum siap . tapi insyaallah hampir siap . best jugak amik jais ni tukang buat dapur sebab aku ni banyak sangat permintaan dan penambahan yang tak ada dalam list . syukur alhamdulillah dia tak banyak songeh . datang buat kerja hari - hari tanpa cuti . masa pun on time . bukan nak promote tapi memang tulah dia . agak - agak nak buat rumah boleh rojer - rojer aku , nanti aku bagi no fon dia , tapi area sepang dan nilai jea lah kot , kalau luar kawasan kena tanya dia dulu . kot - kot dia boleh buat kan . hehehe

gambar yang ada ni , adalah gambar seminggu lepas . harini tak sempat nak snap sebab terlelap di tengahari ! haha , tapi yang pasti dia dah pasang tiles tuk dapur . agak cepat kan proses dia . kalau kira - kira baru 3 minggu kot . aku budget siap seminggu sebelum raya . hihihi . tak de lah aku bertungkus lumus sangat puasa ni nak mengemas rumah . dengan cuaca panas senantiasa ni , tak larat woooo .


mr. jais . ni lah tokeii dia . sengeh jea . hahaha





tiga gambar di atas keadaan rumah aku sebelum dipecah . pehh , bukan senang nak duduk kat rumah yang tengah renovate ni , habuk tak yah cakap lah memang sana sini . rumah tak terurus memang confirm . ruang yang paling bersih dan diyakini cuma dalam bilik jea . sebab pintu bilik sentiasa ditutup rapi . golek , terlentang , meniarap semua dalam bilik jea . hahaha .












ni dia pengawas rumah , masa orang tengah buat kerja dia duduk dalam bilik dendiam , orang dah balik dia mula lah meronda check hasil kerja orang . nak khidmat dia? email jea k. haha

yang kat atas ni gamba rupa paras dapur aku dah kena pecah , memang terbaik sangat habuk dia . tapi , aku rasa puas sebab dapat buat dapur ni , walaupun jarang - jarang masak tapi mengidamkan dapur yang besar dan cantik memang dah lama . alhamdulillah , tercapai hajat nak dapur besar , dapur cantik belum tahu lagi . hehe , sebab aku ni tak pandai sangat nak menghias .

baiklah , setakat ni saja . ni cycle terakhir kerja , pastu cuti sepanjang ramadhan . alhamdulillah . baru jea dengar pengumuman pasal puasa . weeehoooo puasa jatuh hari ahad ni . jom siap sedia semua . see yaaa !







Thursday, June 19, 2014

alang - alang ke jengka singgah sebentar di bukit tinggi

assalamualaikum dan selamat sejahtera korang , 

entri kali ni post gambar banyak sikit dari biasa . kata berjalan - jalan haruslah bergambar sana sini . 

ahad lepas ada kenduri kat jengka 20 , kenduri kahwin kawan syam . kebetulan cuti aku follow jea lah dia ke sana . sorry , tak dapat nak pertontonkan gambar pengantin sebabnya majlis dah selesai . kata pengantin , kat situ memang kenduri cepat habis padahal masa tu baru pukul 2 petang . pengantin siap da tukar baju t kot . dah sedia nak sental periuk da . hahaha .

bergerak balik dari jengka lebih kurang pukul 4.45 petang , alang - alang dah nampak signboard bukit tinggi terus jea kiteorang membelok ke sana . naik bukit dia yang bengkang bengkok cam ular sawa tu . nak termuntah jugak rasa , aku ni memang tak boleh tahan kalau jalan cenggitu . nasib baik sikit jea . pastu ok sikit dari tadi jalan dia .

sampai ke puncak akan lalu kaunter bayaran masuk , memandangkan kami sampai dah pukul 6 jadi ada 50% diskaun tuk masuk . kalau tak kena bayar rm12 seorang , kanak - kanak tak pasti pulak sebab tak bawa kanak - kanak masa tu . huhuhu .

masa tu semua kawasan yang menarik dah tutup , tengok map kat atas tu ada japanese garden dan animal park . siap ada free shuttle tau . tapi tulah , sampai pun dekat nak maghrib , garden mana nak buka lagi masa tu . kiteorang pun jalan - jalan jea lah area colmar tropicale , lawa tempat tu , shoot tuk pengantin memang best sebab scenery dia memang menakjubkan . hahaha . 

souvenir shop , ada jugak buah tangan nak bawak balik nilai .

cam biasa , poyo !

pilihan barangan cenderahati yang boleh korang beli buat semak kat rumah . ada t-shirt , fridge magnet , key chain dan banyak lagi lah . harga pun berpatutan tak ada lah merepek sangat . sebab pernah pergi beberapa tempat , fridge magnet sampai rm20 seketol nak jadi apa ? ! haha .















posing ntah apa - apa dari kiteorang , sebab suka sangat dengan scenery dia . cuaca yang sejuk sikit dari bawah bukit tinggi . kehijauan yang menenangkan . perghh memang syok lah . aku rasa tak sampai sejam pun kiteorang kat sana sebab kawasan colmar tropicale ni tak terlalu besar .

ia bukan tempat korang nak huha sana sini tapi kalau nak relax , inginkan suasana yang sikit romantis boleh lah . rasanya kalau malam mesti lawa tempat ni , nextime boleh lah nak bermalam kat sini . sebab nak tengok suasana malam pulak kan .

baiklah , setakat ni saja entri ni . jumpa lagi . in sha allah ^.^






Saturday, June 7, 2014

extend dapur sebab harga simen dah makin naik . phewww

assalamualaikum dan salam sejahtera ,

harini bermula lah kerja - kerja menyusun dan menyimpan bebarang rumah . semua ni gara - gara nak extend dapur dengan nak pasang plaster ceiling . dah lama jugak berangan nak besarkan dapur tu , sebab dapur rumah aku teramat lah kecik . datang family aku reramai dari kuching dah berhimpit kat dapur . badan semua dah lah semangat - semangat . hahaha

puas lah aku mencari , meng'google' dan menanya kengkawan nak cari mana contractor yang boleh buat dan siap sebelum raya ni . mak mertua pergi panggil cina yang pernah buat dapur rumah dia dulu datang buat quotation , sekali harga yang disebut mencecah 30k , gulpp tetelan kahak aku dengar . hahaha , pastu panggil seorang contractor dari indonesia , panggil dia wak jea , dia pun memang ada jea kat area rumah aku tu sebab tengah buat dapur rumah jiran , selang beberapa pintu dari rumah aku jea , dia pun harga boleh tahan , dapur sahaja dan rumah miaww aku dia amik 29k tak termasuk wiring . pheuwww , meleleh hingus dengar harga yang disebut . padahal , tanah belakang rumah aku tu 5 kaki jea panjang , lebar 22 kaki . harga memang memeranjatkan aku , sebab budget kiteorang pun ciput macam dapur asal . hewhewhew ! 

finally , teringat dekat kawan lama dari lcct . dia memang pernah buat beberapa buah rumah kawan - kawan yang lain . tengok hasil kerja dia agak memuaskan jugak . so , terus suruh dia datang buat quotation . explain itu ini , dia pun ukur sana sini , bagitau rumah miaww aku macamana bentuk dia , dengan saluran air , laundry area , table top dan macam - macam lagi lah . yang penting bagitahu dia budget tak berapa nak tinggi . hahaha , sebelum dia cas harga yang bukan -bukan baik bagitahu sesiap , kang naya !

dia datang rumah dalam pukul 11 pagi , lebih kurang pukul  9 malam dia telefon , sebut lah harga dia , alhamdulillah ! tersasar jauh jugak dari budget aku . tapi oklah dengan dia . nama pun kawan lama kan , apa salah nya try dia sikit , mintak benda - benda free lah apa lagi , hehe . dapat percuma tukar mangkuk toilet aku yang dah pecah dan sompek , pecah rumah sampah kat depan rumah aku tu dengan plaster ceiling untuk dapur sahaja . aku tambah lagi 1k untuk plaster ceiling ruang tamu . harga kurang sikit dari wak , tapi berbaloi sebab sekali dengan plaster ceiling dan wiring . rumah kena siap paling lewat seminggu sebelum raya . harap dipermudahkan oleh Nya . amin .

tak sangka nak extend dapur ciput tu sampai harga macamni , tapi semua contractor yang aku panggil untuk quotation bagitahu , bebarang dah naik harga , upah pun dah naik , terutama sekali simen pun dah naik harga . bayangkan , mak mertua aku extend dapur dia tahun 2006 , rumah end lot , tuka semua tiles kat dapur , pasang plaster ceiling satu rumah tak termasuk bilik , semua tu cuma 18k sahaja . tahun 2014 , buat dapur aku , rumah tengah cecah sampai 30k . berbeza sangat - sangat okey ! harga dah berganda .

so , dah discuss dengan hubby tersayang , dengan ibu dan ayah mertua yang lebih arif . aku confirm dengan jais , tanya bila dia boleh start , boleh ke dia siapkan sebelum raya , berapa orang pekerja yang dia ada . agak berpuas hati jugak dngan jawapan yang begitu memberansangkan  . confirmed ! jais lah orang nya .

5 / 6 / 2014 hari khamis dia datang ambil deposit , terus mulakan kerja membersih lalang yang macam padi dibelakang rumah aku . by tengahari tu semua dah bersih , esoknya lori datang hanta bebarang . harini dah siap buat bim . faster da bomb jugak , lagipun cuaca amat lah baik , memang mengizinkan . alhamdulillah . nahhh , kasi tunjok sikit suasana belakang rumah aku . jiran kiri kanan dah buat dulu , heeee aku jea ketinggalan sebab ongkos nya tak ada . hahaha



ni lah dia , mr . jais ! perlukan khidmat dia , sila email saya . hahaha
pekerja dia 2 orang dari indonesia
tengah pasang dawai tuk bim .





sampai disini saja review kita kali ni , ada masa yang terluang akan ku update dari masa ke masa perjalanan projek ini berjalan , cewahhh . macam nak bina banglo pulak . hahaha . apa - apa pun terima kasih sebab meluangkan masa membaca vlog kita . heeee

Thursday, May 22, 2014

dag dig dug . . . tak lama dah lagi

assalamualaikum dan selamat petang,

nervous tak terhingga , tinggal beberapa minggu jea lagi ni . harapan aku semoga Allah swt memudah kan segala urusan dan memberi keizinan tuk kami suami isteri . harap dapat diberi peluang . merasa menjadi seorang wanita yang sempurna dan mempunyai keluarga yang sempurna .

tanda tanya ?? tak apa , aku biarkan korang bertanya - tanya . semua tu surprise . kalau dah surprise mana boleh nak story dulu , kena lah tunggu sampai masanya akan korang tahu jugak . baru lah masa tu korang cakap " tak ada lah surprise sangat , poyo juju ni . hahaha "

masa hampir tiba , bebarang pun dah complete , cuma tunggu ketibaan yang terindah jea lagi ni . seperti biasa , aku minta jasa baik korang doa kan supaya segala urusan tuk aku dipermudahkan . semoga apa yang aku impikan ditunaikan oleh Nya .

dag dig dug , di dalam dada . . . hahaa tu lah yang aku rasakan sekarang ni . nway , kita tunggu lepas raya nanti , ops , sebelum raya .

adiosss amigosss !

ihsan dari en.google. geram tengok tangan si tembam nih . hehehe 

Wednesday, February 19, 2014

laksa sarawak yang meletopsss dari ku !

assalamualaikum dan selamat malam ,

memalam camni pun masih terasa bahang . haishh , da musim kemarau , tanah pun kering jea dengan tak ada angin nya . harap - harap orang malaysia kat luar tu lupakan lah hajat nak membakar sampah ke , dedaun kering ke , sebab nya risau takut marak pulak api nya . banyak minum air kosong tau , jaga kesihatan tu . waaaa , ciri - ciri nak jadi pakar kesihatan da ada da ni . heeee :)

harini , dengan bantuan yang tak seberapa dari bakal puan kita , nadzirah maka terhasil lah laksa sarawak . haha , bakal puan kena lah rajin - rajin ke dapur , tolong apa yang patut , nanti tak ada lah mengelabah kalau - kalau mak mentua suruh masak . heeee , aku tak yah cakap lah . masak memang expert tapi tuk santapan aku dengan laki aku jea lah . hahaha , yang lain kalau nak rasa sila buat tempahan . hahaha !

baiklah , dengan pes laksa sarawak hj manan yang diterbangkan khas dr sarawak . dengan gigihnya aku dengan nadzirah bertungkus lumus , bermandikan peluh dengan penuh harapan agar laksa ni menjadik . hehe , bukan senang nak dapat pes ni tau . hanya di sarawak sahaja . pheuwww

di sebabkan laksa sarawak ni menjadi , jadi aku tempek kan resipi nya buat tontonan cik dan puan di luar sana . boleh lah nanti cuba resipi yang tak seberapa ni . asalkan ada rasa cukup lah . hahaha .

bahan - bahan utama ( 4 - 5 orang )

200 gram pes laksa sarawak hj manan ( sebungkus )
1 bungkus bihun
300 gram udang
1 ketul dada ayam
250 ml santan pekat
3 biji telur
300 gram tauge
5 biji limau kasturi
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu sos tiram
** bahan perasa ( gula , garam . dan sebagainya )

sambal belacan ( tumbuk hingga halus )

10 biji cili padi
belacan sarawak atau belacan mana - mana pun boleh secukup rasa
sedikit air perahan limau

cara - cara

1 . rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak dan empuk ,  kemudian angkat dan carik - carikkan isinya . air rebusan ayam jangan di buang .

2 . masukkan udang dalam air rebusan ayam selama 3 minit . angkat dan tos kan .

3 . masukkan pes laksa sarawak ke dalam air rebusan tersebut . biarkan sehingga ia mendidih . kemudian masukkan santan .

4 . masukkan bahan - bahan perasa seperti kiub pati ayam , sos tiram , gula , garam dan sebagainya secukup rasa dan biarkan ia mendidih .

5 . sementara itu , celurkan bihun dan tauge .

6 . goreng telur dada , kemudian gulungkan dan hiris nipis - nipis .

7 . dah siap ! masukkan bihun , tauge , ayam , telur dada yang dihiris halus , udang dan sambal belacan untuk yang sukan pedas , ke dalam mangkuk . cedok kuah laksa panas - panas perah air limau kasturi , tunggu apa lagi ? bismillah then makan !!

yeayyy! berjaya jugak laksa sarawak ni , memang aku akui aku anak jati sarawak tapi tak pernah lah nak masak sendiri . sebabnya berlambak kedai makan laksa sarawak ni kat kuching . senang makan kat kedai jea . rasa pun sedap !

jadi , sesiapa orang semenanjung nak ke sarawak , jangan lupa merasa laksa sarawak , mee kolok , ikan terubok masin , kek lapis dan pelbagai lagi masakkan dan makanan sarawak yang sedap dan unik . sempena tahun 2014 ni tahun melawat sarawak kan , jadi sebagai orang sarawak nak promote - promote ler sikit . hahaha .

baiklah , sebelum aku close entry aku persembahkan laksa sarawak yang aku duk kecoh dari tadi . muahaha , assalamualaikum .



p / s : kalau nak pes laksa sarawak ni boleh lah rojer - rojer sementara stock banyak lagi . heee



Monday, February 10, 2014

perjalanan ke selatan . bercuti , bermain dan bersuka ria . yeayyy!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ,

kali ni kami laki bini ke USS lagi ! wehoooo , tapi kali ni kami datang beramai - ramai dengan adik - adik ipar aku . wahhh , pasti seronok reramai pakat datang USS . heeee . seperti biasa , kami tak mungkin tidur kat singapore atas sebab - sebab kewangan dan perbezaan mata wang , kami ni kalau boleh semua nak jimat . especially bab - bab hotel lah kan , sebab bukan datang nak tidur semata - mata , dah memang datang nak berjalan . jadi memang berjalan jea lah . tengah malam baru nak balik hotel .

lagi - lagi ke johor , haishhh , banyak dugaan tau , dengan JPO nye lah , dengan pasar karat nya lah . tu semua pembaziran . rambang mata den . hahaha . yang semput laki aku lah , sapa suroh bawak kita pergi tempat yang bermanfaat tu . hihihi . lagipun bukan selalu dapat datang . sekali sekala jea pon . hehehe .

kali ni pergi penat sikit , sebab wrong timing ! musim cuti CNY beb , memang havoc lah USS , tapi nak buat macamana dah orang tu nak pergi sangat . mengalahkan budak - budak dia punya excited tu . huhuhu . lagipun , kena pergi cepat sebab kesian fatin nak masuk uitm machang dah hujung bulan ni . kang kesian dia tak dapat join sibling yang lain pergi bersuka ria . hehehe

entry kali ni tak mo masukkan dulu gambar - gambar dan kaedah - kaedah yang kami gunakan . next entry saya bagi informasi yang cukup untuk keperluan anda - anda yang memerlukan . hehehe . sebab aku ni pun kalau nak berjalan aku duk baca lah semua blog - blog orang yang dah sampai tuk dijadikan rujukan . alhamdulillah memang berbaloi - baloi .

jadi , entry ni akan menjadi entry yang berepisod .  hahaha . nanti kita sambong eh ?!

p/s : terasa nak pergi disneyland pulak . haishh pelik - pelik selera aku ni . hahaha




Saturday, June 15, 2013

spaghetti ala - ala juju

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

harini dengan mood yang berbunga - bunga, dengan kerajinan yang membuak - buak. akhirnya bermasak - masak aku di rumah. kalau isteri - isteri lain, masak tu adalah perkara biasa. tapi tidak bagi aku, haha. aku akan masak kalau mood masak aku turning on, ataupun dapat special request dari ehem - ehem. haha laki aku lah siapa lagi? skandal? no way! tak ada masa aku nak berskandal, nak tambah lagi dosa? ahhh harap - harap dijauhkan dari dugaan tersebut. amin~

sudah jauh kita kelaut, meh nak tunjuk sikit spaghetti ala - ala juju. hahahaksssssssss

yummy.. bagi aku lah, bagi orang lain aku tak tahu. hehe

rasa nya ramai yang pandai masak spaghetti ni, jadi tak perlu lah aku nak kecoh - kecoh resepi kat sini, wat malu jea. haha. kebetulan sepupu aku datang dari sarawak rini then lepak kat rumah aku 3 ari ni, kebetulan ada prego dalam kabinet dengan daging hancur dalam peti. jadi bermasak - masak lah aku untuk makanan tengahari kami.

yang melahap aku dengan sepupu aku jea, syam tak layan spaghetti ni. bukan taste dia. sebab tu dikala teringin aku beli kat luar jea. rugi masak sendiri sebab sorang jea makan.

sampai disini sahaja luahan ku kali ini. konon - konon sedap sangat spaghetti ni sampai nak post dalam vlog, yea dak?? hahaha

ok bai & salam ^-^

Sunday, May 12, 2013

tangkuban perahu. mabless


assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

harini, mood rajin tuk mengupdate berkenaan percutian yang lepas. hehe. masa bercuti ke bandung ritu, kami juga berkesempatan pergi ke tangkuban perahu. sesampai jea bandung, jumpa jea pak supir, kami naiki kenderaan terus ke tangkuban perahu. ia juga salah satu tempat yang famous eh di bandung. bermacam cerita dan kisah disebalik nya.

tempatnya indah serta nyaman, udara saja yang tak sedap dihirup sebab bau sulfurnya yang kuat. haha! kurang selesa dengan penjaja-penjaja yang berada diatas tangkuban perahu tu juga, sebabnya dieorang ni terlalu memaksa dan akan follow kita sampai kita mengalah dan membeli barangan dieorang. yang penting, strawberry kat atas tangkuban perahu sangat manis tau, sebabnya dieorang spray dengan air gula. jadi kamu-kamu jangan beli strawberry kat situ, beli tempat lain jea. bersyukur jugak lah tangkuban perahu tu dah dibuka untuk kunjungan sebab sebelum tu kami dapat berita ia tutup atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. tapi lupa lah pasal apa. sorry!


meh nak story sikit sejarah tangkuban perahu ni, cerita dan sejarah dari rakyat tempatan.

Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalaman. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

gunung tangkuban perahu ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif dan keadaannya masih diawasi ketat oleh pihak vulkanologi indonesia. ada beberapa kawahnya masih lagi menunjukkan ia masih aktif dan tanda - tanda keaktifan gunung ini apabila munculnya gas belerang dan sumber - sumber air panas di kaki gunungnya.


view confirm memang terbaik. sejuk jugak tau.

ada orang budget ensem. puihhh




best place to visit, tak rugi tau. nanti kalau ke sana cakap jea dngan pak supir nak ke tangkuban perahu ni, nanti dia bawak lah. bila dah sampai sini, tak rasa pun kat indonesia, terasa kat genting highland jea sebab penuh dengan orang malaysia. haha, everyone can fly!

ok bai & salam ^-^

salam sayang dari bandung untuk kamu semua. haha. poyo!!

Tuesday, May 7, 2013

kawah putih, bandung. nice place!

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

agak rajin harini, jadi nak update sesuatu daripada percutian yang lepas. hujung bulan mac aku dan segerombolan kengkawan bercuti ke Bandung, Indonesia. saja sight seeing nak tengok keadaan dan suasana tempat orang kan. lagipun sekarang everyone can fly. hihihi

salah satu tempat percutian tersebut iaitu Kawah Putih. serius, tempat dia memang indah, sejuk, mendamaikan cuma agak busuk sikit lah maybe sebab dari bau sulfur gunung berapi kan. perjalanan dari bandar bandung ke kawah putih ni ambil masa lebih kurang dekat 2 jam. dah bangun tidur balik then bangun lagi. haha. dengan jalan yang teramat sesak, jalan sempit memang solute lah dengan pak supir area bandung ni, sebab ternyata dieorang ni cekap memandu.

pemandangan sepanjang perjalanan memang mengkagumkan. indah, sejuk, damai, tenang jea. sebabnya kita akan melalui kawasan kampung dieorg. 

pemandangan sepanjang ke kawah putih. nice kan?

kawasan perkampungan dieorang

cantik kan pemandangan ni, hati sejuk jea sebab memang suhu kat sana pun sejuk. maybe kawasan tanah tinggi lah. alah, cam kat cameron ataupun genting lah. sempat jugak pergi memetik buah strawberry, hehe murah sangat tau 1kg baru rm12. best sebab petik sendiri, terasa seperti petani sejati. waaaaa! menangis sekarang T_T

bila sampai sana, terpegun dengan keindahan tempat tersebut. apa lagi bergambo sakan lah!! hehee

sampai pening kepala aku hidu bau sulfur ni. haishhh

abaikan kaki aku yang pelik tu, haha
banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas nak upload bebanyak.hehe. sekian sahaja liputan mengenai kawah putih, pergi dah lama tapi baru nak update memang terbaik lah, sebab ada yang ingat ingat lupa. hehe. kalau ada nak tanye pape sila tinggalkan komen anda.

ok bai & salam ^-^

Friday, April 5, 2013

yeay! da siap da.

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

alhamdulillah dapat lagi aku memporet sesuatu kat vlog ni. walaupun sekian lama menyepi kerana kehilangan idea dan mood, finally aku kembali. sila jangan muntah darah. hehehe

last update story pasal renovate depan rumah kan? sekarang dah siap! yeay! sebenarnya dah lama siap. tapi baru nak gedik update. haha, ntah nape sekarang nih tak leh tenung sangat pc / laptop / hp ni, sebab ia mendatangkan pening keatas diriku.

macam dah tua sangat jea kan, macam - macam penyakit. tapi alhamdulillah, Allah sayang lah tu sebab tu dia bagi dugaan. eh, malas lah nak ngomel, jom tengok hasilnya. hehe ^^

minta tiga lubang segiempat tu, sedih dia lupa. die buat dua jea. :(

dinding ni, jiran sebelah dah buat dulu. so kami tinggal cat jea lah.

tadaaa, alhamdulillah. ada juga tempat berteduh :)

model yang dah tak laku. ok. baiii
ada lagi next project tuk rumah ni. tapi lagi 10 tahun akan datang. haha. janji selesa lah kan. bila dah ada rumah sendiri ni memang macam-macam. dapat pulak mak mertua yang sporting habis. memang gerek seyhhh. hehe, bangga ada ibu mertua yang memahami cam ibu saya. baik, muntah sekarang.

ok bai & salam ^-^

Saturday, March 23, 2013

pecah sana sini, tampal sana sini, habuk sana sini! haaacuuummmm!

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

hari sabtu yang membosankan bagi aku. huargghh! ngantok + penat = malas. tapi apakan daya, tuntutan kerja penting juga. tapi da macam tak ikhlas pulak kan sebab merungut tak tentu pasal. haishh, apa nak jadi juju ni. adoiii

rindunya nak bermalas - malasan kat hotel ke motel ke? bercuti tanpa memikirkan masalah dan hilangkan stress bekerja. kerana sekarang aku sangat perlukan cuti dan rehat. badan dan minda terasa sangat letih. mereka juga perlukan off day!! arghhh!!

hahaha, ini kisah benar tau, tapi tak ada kena mengena atau berkaitan dengan sesiapa yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. kisah benar sebabnya ia kisah aku. hahaha. sila jangan menyampah!

kembali kepada tajuk, sebab da jaoh sangat menyimpang. heeee^^
act, aku tengah buat tembok dan awning kat depan rumah. jadi habuk memang berterbangan sana sini lah. hehe, aku ambil kontraktor indonesia. sebabnya dia memang glamour di kalangan kejiranan aku tu. hasilnya pon in shaa allah tip top. harga pun berpatutan. janji puas hati dah la. tak buat pun tembok tu, mak mertua aku lah yang paksa-paksa suruh buat. dia kata family kiteorang ni kecoh, nanti jiran muncung pulak kami bising-bising. alasan munasabah kan? hehehe

so, aku lampirkan sekali gambar yang ada eh, enjoy!

day 1

day 1 



day 4

day 5

dah hampir siap da pun. da siap nanti aku update gambarnya yea. baiklah, sekian sahaja coretan atau bebelan aku kali ini. ada masa terluang kita berjumpa lagi.

ok bai & salam ^-^

Tuesday, March 19, 2013

kediaman rasmi jujusyam. yeehaaaa!

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca yang disayangi,

sihat ke korang? sorry lah sebab lama tak meng'update' apa kat vlog tersayang ni. mak sangat busy lately ni. busy sana, busy sini. pheuuu -_-"
busy dengan kerja, busy nak pindah rumah, busy dengan kursus lagi. serabut kepala mak tau. tapi mak tetap cool. walaupun tak dapat cuti tapi mak gagahkan jugak semangat mak yang tinggi ni. tinggi ke? of coz ler! ^^

pindah rumah? hehe, rumah yang dinanti-nanti dah menjadi hak milik rasmi "jujusyam". alhamdulillah dengan urusan yang sangat pantas seperti pos laju itew. lepas ni boleh lah promote kat memember servis lawyer ni. friendly, updated yang paling penting very fast. bersyukur sesangat dengan rezeki yang Allah beri ni. bayaran lawyer pun dah settle, tak ada apa dah nak fikir, cuma kena fikir monthly payment jea. kena survive sikit lah pas ni sebab bayaran bulanan dia agak tinggi. pheuuuuu ^^

nasib baik lah rumah ibu mertua ku sangat dekat, at least dapat menumpang kasih serta makanan di rumah dia. hehe, penjimatan hebat dah tu. lagipun memang dia dah cakap sesiap dah sebelum ni, tak payah nak masak-masak kat rumah. nak makan pergi jea rumah dia, tolong perabih laok. haha tu aku yang tambah!

gambar? nanti lah eh? serabut lagi lah. aku tengok pun serabut ni kan korang yang nak tengok. biasa lah baru pindah kan. nak kemas dalam masa 2 jam memang tak logik lah. jadi perlahan-lahan. sekarang tengah buat tembok dan awning kat depan rumah. lagi serabut kepala hotak. dengan habuk penuh depan rumah.

kenduri? in syaa Allah :)

baiklah, sekian saja coretan aku di tengahari buta ni. terima kasih kepada sahabat yang ganti aku masa aku pindah rumah ni, next aku ganti balik ya. jangan risau ^-^

ok bai & salam ^-^

Friday, February 1, 2013

10 tips cinta buat suami isteri

assalamualaikum semua,

baca post title pon dah tau kan apa yang akan aku share sekarang ni? hehe, of coz lah nak bagi tips hebat yang aku cilok dari fb. hehe. sebenarnya bukan niat nak cilok, tapi nak simpan tuk memory sendiri. sambil-sambil tu kita boleh share kan. sharing is caring. sharing information is caring, sharing a husband is haram. haha apa lah melalut aku nih pepagi ni kan. harap maklum, sebab tengah bersengkang mata menahan mengantuk.^^

okay, straight to the point. sila baca dan amalkan ya, In Sha Allah, dengan izin Allah bahagia lah rumah tangga kita. yang penting kena banyak berdoa kepada Nya, sambil-sambil tu berusaha lah kan. jangan mudah putus asa. rumah tangga mana yang tak pernah dilanda badai? banyakkan bersabar ;)

cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. lakukan dengan penuh ikhlas, kasih sayang menebal tau. In Sha Allah ;) jika terpaksa ke luar daerah, lakukan juga rutin harian mencium tangan dan dahi cuma kena tambah lah sikit dengan pelukan yang erat dan ciuman. yea lah kan, kata nak pergi outstation harus lah bagi bekalan yang mencukupi. haha ;)

walau sesibuk mana sekali pun, luangkan lah masa walau seminit untuk menelefon pasangan. tanya lah apa yang sedang dia lakukan dan khabar dia. terasa seperti bercinta lagi, sebab masih ada sikap ambil berat. bahagia kan rasa? hehe. sentiasa mengucapkan kata-kata sayang seperti i love you, i miss you, sebelum keluar kemana-mana ataupun sebelum tidur dan sebelum menamatkan perbualan telefon. wahhh, rasa di awangan. haha

sentiasa mencari peluang tuk menghabiskan masa bersama, makan bersama dan melakukan aktiviti-aktiviti bersama. pergi lah ke taman, jogging ke jalan-jalan ke, makan berdua di luar ke, macam-macam lagi lah, takkan semua nak bagi contoh kan. hahaha

luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja sebelum tidur. cerita perkara-perkara yang terjadi di tempat kerja, berkenaan politik ke, apa sahaja topik yang boleh dibualkan. bergurau senda lah bersama, cerita sesuatu yang kelakar, main teka teki ke kan. apa jea lah, janji happy!

sekiranya berlaku pertelingkahan, TOLONG jangan biarkan ia berlarutan selama sejam apatah lagi nak biarkan ia berlarutan sampai berhari-hari. cepat-cepat mohon maaf dan berbaik semula. yang paling penting, jangan sesekali berpisah tempat tidur, walaupun anak dah berderet ataupun usia dah meningkat sebab nya itu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri.

amalkan sembahyang berjemaah semasa berada di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. sweet sangat.

sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah, kek  atau kad untuk tarikh-tarikh yang istimewa dalam hidup korang selama bersuami isteri, contoh nya, tarikh hari jadi dan anniversary perkahwinan. pasti pasangan kita menyukainya. kenangan manis tu nanti. hehe

biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan dan minuman isteri/suami.

sentiasa kenangkan pengorbanan pasangan anda, pengorbanan isteri anda semasa melahirkan anak, tidak pernah berehat untuk menyediakan kelengkapan diri anda dan anak-anak anda dan kenangkan pengorbanan suami keluar bekerja mencari rezeki untuk memberi kehidupan yang stabil untuk keluarga nya. ringankan tulang untuk memberi bantuan dan ringankan mulut untuk mengucapkan 'terima kasih'. pasti pasangan anda terasa dihargai sangat-sangat.

sentiasa menyimpan tekad dan matlamat untuk menjadi suami/isteri yang baik dan bertanggujawab serta penyayang dalam rumah tangga bahagia, kerana apabila berfikiran positif semua nya akan menjadi mudah. ditambah dengan doa dan usaha yang tak putus-putus.

sekian sahaja tips yang mampu saya share kan untuk kalian, semoga memberi manfaat untuk semua suami isteri. sentiasa berfikiran positif, hilangkan rasa ragu dan malu anda, sebab semua yang kita lakukan adalah berniat untuk bahagia bersama orang yang tersayang. selamat berbahagia ^^

ok bai & salam^-^

Friday, January 25, 2013

rumah idaman kami. In Sha Allah tak lama lagi!

assalamualaikum semua dan selamat sejahtera,

apa khabar semua? semoga sihat-sihat selalu, alhamdulillah. pagi jumaat yang indah bagi aku, sejuk dan nyaman jea. kaum adam jangan lupa jalankan tanggungjawab anda untuk berjemaah solat jumaat tengahari nanti tau. semenjak dua menjak ni, aku gembira sangat sebab tak lama lagi dah boleh duduk di rumah sendiri. alhamdulillah dan bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada kami suami isteri. walaupun rumah 2nd hand tapi tetap bersyukur, ada juga tempat berteduh. meh nak bagi serba sedikit informasi langkah-langkah membeli rumah 2nd hand ni ataupun rumah terpakai. ^.^

kami dapat tahu owner nak jual rumah tu dari mak mertua aku, jiran-jiran jugak lah yang bagitahu. jadi, kami call owner tanya dia nak jual berapa, tawar selagi boleh. alhamdulillah owner tu sangat baik, berbudi bahasa, senang bawa berbincang. jadi kami pun setuju dengan harga yang dah disepakatkan membawa berkat tu. sebab keadaan rumah pun sangat baik. atap rumah baik, tiada kebocoran dan yang penting tiada rekahan. lagipun rumah tu baru jea berusia 9 tahun. bertuah owner tu dapat penyewa yang menjaga rumah dia sebijik macam rumah sendiri. alhamdulillah.

jadi, kami pun pergi lah bank tuk apply loan. bank pilihan kami masa tu CIMB. tak tahu lah kenapa pilih CIMB, mungkin sebab kawan-kawan banyak apply loan dengan CIMB kot. isi borang housing loan application besertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan. seingat aku, copy ic, copy payslip 3 bulan, surat pengesahan jawatan, bank statement dengan copy geran rumah tersebut, kalau tak ada guna copy S&P. boleh minta dengan owner yea semua. pihak bank tolong value kan rumah tersebut, alhamdulillah juga sebab owner jual rumah tu bawah dari value. apa lagi, apply full loan lah. hehe. perkhidmatan lawyer pun kami minta pihak bank yang suggest. senang!

2 weeks later, pihak CIMB call bagitahu loan kami da approved. apa lagi melompat kegirangan. haha, alhamdulillah.. bersyukur tak terhingga kepada Allah swt. keesokkannya kami ke CIMB sign offer later dari pihak mereka. lenguh jugak lah jari jemari ni nak sign, sebab setiap helaian kena sign. sebelum sign kena pastikan kita faham setiap ayat tu, jangan main sign jea. tak faham boleh tanya dengan dieorang balik. tak mahu lah ada masalah dan ketidakpuasan hati dikemudian hari.

lepas tu, datang lah seorang jurunilai rumah untuk datang melihat-lihat rumah tersebut. kita kena ada sekali dengan dia. deal dengan owner, biar owner yang bagitahu dekat penyewa. tak ada lah penyewa terhangak-hangak tengok orang datang ke rumah kan. bayaran tuk jurunilai rumah aku tu dalam rm550, tapi aku bayar rm300 dulu, settle kerja dia pandai lah dia call kita suruh bayar yang selebihnya. nanti dia akan pos copy report tuk keluasan rumah yang kita nak beli tu. setiap pembayaran diwajiblah anda minta resit. penting resit pembayaran tu tau. dah ada resit jangan buang pula. simpan elok-elok. sebaik-baiknya sediakan lah 1 file khusus untuk simpan dokumen-dokumen ataupun resit-resit untuk rumah ni. letak sebarangan, botak lah kepala nak mencari.


2 weeks later, berjumpa lah kami dengan lawyer yang di suggest oleh pihak bank dengan owner. jumpa kat Mc'D jea kot, sign S&P kat situ juga. ni pun leh buat patah jari, punya lah tebal untuk 1 copy, kita kena sign 3 copy okay. haha. tak apa, hati tengah gumbira ketika itu. apadahal! lawyer pun akan bagi list apa yang dia akan buat beserta dengan harga. hehe, total bayaran lawyer rm6800. dia akan uruskan untuk kedua-dua belah pihak. ingat, harga lawyer pun boleh nego jugak tau. tawar lah selagi boleh. untuk perjumpaan hari tu, aku bayar lah lawyer rm1000 dahulu, kira duit buka file lah. jangan baik sangat, bayar semua. kang lawyer lambat buat kerja.

minta semua dokumen yang diperlukan untuk keluarkan EPF dari pihak lawyer, semua lawyer dah sediakan, tinggal nak pergi KWSP dan isi borang jea kat sana. call lawyer cakap nak semua dokumen tu, esok tu dah sampai kat rumah, dia pos jea. senang kan? urusan EPF pun mudah sangat. 3 hari selepas permohonan, tup tup dah masuk dah dalam akaun. alhamdulillah.


ini masa untuk menunggu, seperti aku ni lah, tengah menunggu nak dapat rumah. haishh, tak sabarnya. tapi tak apa, tak lama dah lagi, lawyer bagitahu mungkin dalam 2 minngu lagi. jadi kita tunggu dengan penuh kesabaran.

tapi nak bagi kepujian sikit lah dengan pihak bank dan lawyer ni. dieorang buat kerja memang tiptop. dengan lawyer pun sama, tak perlu aku nak call-call dia tanya perkembangan proses rumah, dia yang call-call aku setiap step yang dia dah buat. senang kan? alhamdulillah. aku apply loan dalam bulan oktober 2012, ni baru januari 2013, dalam masa 4 bulan semua settle, insyaAllah. lagipun proses pembelian rumah ni ambil masa 3-6bulan. Alhamdulillah juga sebab Allah swt permudahkan segala urusan kami.

mungkin ada yang terkurang sana sini dalam langkah-langkah yang aku share kan ni, harap maaf ya. biasa lah version sendiri. harap ia membantu untuk kamu.

ok bai & salam ^-^



Friday, January 4, 2013

happy new year darling. i love you.

assalamualaikum semua,

sebelum terlambat, aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk sahabat, saudara, rakan seperjuangan dan sesiapa yang konon-konon kenal aku dan syam ni. semoga tahun 2013 ini memberi seribu erti dan membawa beribu makna untuk kamu semua. harap tahun 2013 ini jugak lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. amin~

tahun ni konon-konon nak kembali muda, pergi tengok bunga api kat bukit bintang. alah, saje jea buang masa, asyik-asyik terperap jea kat nilai. sekali sekala apa salahnya kan. ada konsert cina sebelum countdown tu.

meriah dan ramai sangat rakyat jelata, orang yang berniaga snow spray pon bersepah. seronok tengok gelagat dieorang ni. sesuka hati jea nak spray kat orang, aku dengan syam pun tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. tak apa lah, janji happy dan enjoy. kiranya masuk ke tahun baru dengan kegembiraan. harapan aku kegembiraan itu akan kekal sepanjang tahun ni dan insyaAllah sampai bila-bila. heeee ;)

tahun ni aku berazam nak cergaskan minda, sihatkan badan, rajinkan diri dan yang penting terus perbaiki kekurangan diri. sesungguhnya aku ni hanya lah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. dari kesilapan lah aku dapat belajar erti kehidupan yang sebenar. dan berharap takkan mengulangi kesilapan yang sama. insyaAllah. dengan izin Nya.

aku doa kan segala impian yang anda impikan selama ni akan tercapai dan dimakbul Allah swt. insyaAllah dan amin.

so,

HAPPY NEW YEAR FRIENDS!!!

with love, 
..:: jujusyam ::..





ok. bai & salam ^-^

Monday, December 31, 2012

majlis tahlil bersama mereka yang tersayang



assalamualaikum!
sebulan satu post, harap jangan boring. haha.
last week balik kampung, mana lagi kalau bukan kuching, sarawak kan. balik berdua jea, hehe mana datang bertiga ataupun berempat kan? doa jea lah selalu, semoga cepat - cepat bertiga. amin. ^.^

kami sekeluarga planning buat majlis tahlil untuk arwah atok dan nenek. buat hari khamis malam jumaat, jemput semua saudara terdekat dan yang paling penting orang masjid. meriah, seronok sebab jarang dapat berkumpul ramai-ramai cenggini kan.

lauk pauk semuanya kami adik beradik, pakcik dan makcik yang masakkan. kami yang muda - muda jadi running man / woman jea sebab kena ulang alik ke pasar. yang tak dapat bercuti tu dapat lah excuse tak datang membantu. tapi malam tak dapat lah escape. hehe, hamikkk kau kena basuh periuk dan pinggan mangkuk. padan muka!! hehe.

yang penting kami sepakat membawa berkat. berkerjasama untuk pastikan majlis berjalan dengan lancar. alhamdulillah. Allah telah permudahkan urusan kami ketika itu.

menu kami malam tu :
# nasi putih
# kari ayam
# ikan tongkol masak kicap
# kerabu mangga
# ulam - ulaman bersama sambal belacan
# bubur durian untuk pemanis mulut
# air oren sunquick untuk minuman

okay, sebelum air liur meleleh lagi banyak jom layan gambar malam tu. zassssssssss...... :)


depan kamera memang semua nampak rajin. puiihhh ;)


wajah-wajah running man/woman. wow!


alhamdulillah, semoga niat kami sekeluarga diterima Nya


anak berbuah dah besar-besar, sampai tak kenal & tak ingat nama. dahsyat kan?


penyibuk dua orang ni, haha. suka menyibuk orang tua-tua meeting. hikhik


alhamdulillah, running man/woman dapat makan jua akhirnya! hehe


masa untuk mengacau wa yah yang suka melatah. hehe. miss them a lots!
HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.
Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad)

Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.

Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.
Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).

kredit untuk : http://rasaklaut.blogspot.com/ 

mereka lah keluarga aku, rindu dan sayang sangat dengan mereka ni. pengubat hati yang lara. cewahhh! serius, kami jarang dapat berjumpa dan berkumpul reramai cenggini. bila berjumpa, memang riuh rendah lah. borak sampai pagi pun tak apa. hehe. 

ok. bai & salam ^-^