Friday, May 25, 2012

udang masak sos. nyum!

satu hari tu, aku tetibe jea merajinkan diri aku memasak. yeay! setelah hampir seminggu udang dalam freezer. ntah ape lah yg menimpa aku ni sampai malas yang teramat malas nk memasak. walaupun tak terror mana kn, tapi rasa tetap ada. bhahaha, puji diri sendiri lah, nak harapkan korang? mmg xkan lah! sebab korang bukan pernah rasa pon air tangan jemah ni haaaaa. ^-^

agak2 korang nak tau x resipi? erm, sogan lah plak den. kang xsedap abis lah vlog aku ni kena maki hamun. erm, xpe lah, aku letak jea lah. nak try bleh try yea. kalau sedap cakap ngan kawan, xsodap ckp ngn den lah!

bahan2 (kisar):
~ 4 ulas bawang merah
~ 2 ulas bawang putih
~ sedikit halia lebih kurang seinci lebih
~ 10 cili kering yang direbus dulu
bahan2 :
~ udang agak2 untuk 2 orang makan
~ 2 sudu sos cili
~ 1 sudu sos tomato
~ 1 sudu sos tiram
~ sedikit cuka
~ sedikit garam
~ sedikit gula

cara2 :
>> tumis bahan kisar sehingga wangi
>> masukkan bahan2 yang lain selain dari udang
>> jika rasa dah perfect sedap tekak merasa masukkan udang
>> biarkan dalam 2-3 minit, sehingga udang masak

tadaaaaaaaaa! siap pon, dah boley nyum2 ^-^
senang kan? harus lah, nama pun juju yang masak, mesti yang senang2 jea. sebab nk cepat dpt makan. ^-^

selamat mencuba! jumpa lagi! eh, macam kat hari-hari giant nilai pulak. heeeee

ok. bai ^-^

Sunday, May 20, 2012

tahniah pendita satria


beribu tahniah aku ucapkan kat pak aji ke atas cita2 nya yang dah tercapai. dari dulu lagi berangan dan terus berangan nak join drag kat SIC. finally cita2 yang dah lama terpendam tu tercapai jua semalam. harapan aku, semoga pak aji boleh tersonyum lebar sampai sume gigi nampak ^-^

poyo jea, siap anta gamba kat aku lg

buat pertama kali nya dia beraksi smlm, tak tahu lah aku menang ke tidak, tapi yang pasti apa yang dia impikan tercapai. alhamdulillah. seminggu sebelum ni bukan main busy pak aji ni. memang tak duduk diam kat umah, memanjang jea kat bengkel. setting sana, setting sini. siap ke area uk perdana nak setting kete nih. mesti mantap, terbaik, terpower ^-^

apa2 pon tahniah yek sekali lagi. i tompang gembira untuk u pak aji!

ok. bai ^-^



Saturday, May 19, 2012

wow! besarnya o_O

apa yang besar jut? haaa, surprise2!! ^-^
as you know, aku ada 5 'ekor' anak kat rumah tu, orang lain ada 5 'orang' anak, aku 5 ekor yea! mereka ni sangat special, sebabnya, mereka mampu menyepahkan rumah dalam beberapa saat jea. haaaa, best kan?

semenjak dua menjak ni, salah sekor dari mereka yang aku pun kurang pasti siapa yang buat telah berjaya membuat marah aku melodak macam bom atom. dahsyat kan mereka ni? dieorang boleh bantai berak atas lantai ekot suke dia. aku lah yang penat ngn pak aji duk mop lantai sampai kematu pinggang aku! -_-!
mula2 orite lagi, tapi kalau dah hari2 kena mop lantai dalam keadaan yang sangat stress, mau gila aku dibuatnya. nak marah, adoi, korang pon tau bukan ada effect pon. nak tak nak kerja aku kat rumah tu bertambah2. makan bertambah xpe, tapi kerja bertambah itu yang fade up!

bengang punya pasal, aku ngn pak aji jatuhkan hukuman penjara untuk mereka, sebab semua xnak mengaku siapa yang buat, jadi semua kena lah jawabnya. padan muka korang! ^-^
pak aji mengeluarkan semua modal untuk kos penjara, aku orang yg bertanggungjawab menghumban mereka semua ke penjara yang aku sediakan. haha, puas nye hati aku. baru korang tau mama korang ni! geram!

bella, eddward, jackob & lowerd 1 penjara

tabby sensorang sebab dia suka kacau dak lain.


puas hati aku, biar dieorang rasa duk dlm jail. selama ni korang sebebas2 nya kat dalam rumah, lompat sana, lompat sini, lari 100m pecut, panjat almari, panjat tv, cakar sofa aku sampai koyak rabak aku xkesah pon. sebab sayang kan. kena jail jea dah kira bagoooss dari aku kurung korang dalam bilik air tau.

besarkan jail dieorang ni? seleso sangat da. habis duit tgh2 bulan ni. semua gara2 geram sesangat dengan tabiat buruk dieorang ni. geram2 pn sayang jugak. nak tdo tolak jail dieorang ni masuk bilik, letak sebelah katil, macam tak sampai hati pulak duk mengiaw panggil kita kan.

yang penting, rumah i kemas dan xberbau taik dieorang ni, tetamu nak datang pon seleso kan! kita jumpa lagi next entry yea!


ok. bai ^-^

Friday, May 11, 2012

dating dengan ex-bf

lebih kurang pukol 4 ptg, aku dengan ex-bf aku menghala ke Kajang, nak beli sikit accessories kereta katanya. so, sampi lah kami kat Hugo Car Accessories. aku pelik jugak, nape lelaki minat sangat barangan kereta ni eh? yang aku perasan perangai ex-bf aku ni, dari dulu sampai sekarang, hidup mati die mmg untuk keretanya! setia kn? harap2 dengan wanita pun setia jugak. << tangan di bahu, mata ke atas >> ;)

da jumpa tmpt fav, aku dia da tak nampak da! -_-!

jangan ingat kami ke Kajang jea, siap pegi Ampang kau cari barang kereta dia, tak apa, aku masih setia menemani mu sayang. harap ko da puas, pasni ko puaskan lah hati aku pulak kan. ^-^
sejam jugak lah aku tunggu dia kat kedai tu, finally kami pun beredar menuju ntah ke mana2. pening kepala dah sebab jammed!! biasa lah MRR2 di senja2 ni kan. aku pun dah jammed da. mau jea aku singgah petronas beli roti kan. faham ke? kompom tak faham! hahaha.

nasib baik bukan den yang drive, kalo den yang drive mau menyumpah mulut den ni haa. mulut ni pulak memang pantas dah sekarang, pantang salah skit, kompom dapat hamun dari den! tapi dalam hati jek, nak lebih2 gua bukan gengster lor. haha

our plan mau ke Pavillion actually, tp disebabkan jammed yang macam bangang, ex-bf aku ni dengan muka yang agak selamba belokkan stereng ke Klcc, da belok baru mau cakap, " kite pegi Klcc jea lah, jammed sangat lah" -_-" malas nak bising, sebab aku pun tak kesah. hahahaha. soooooo, welcome to Klcc!

seronok memang seronok, orang pun tak berapa nk ramai, tak ade lah semak kepale hotak aku ni kan. berhimpit2 dengan manusia. bejalan pegang tangan, of coz! kadang2 lepaskan jugak sebab batak tengok baju, handbag, kasot dll. alamak, bukan selalu pun nak jadi batak kan. ex-bf aku pun dah macam batak jugak. oklah tu, same2 batak! ^-^

ada ku kesah, ko begambar macam bangla kat klcc okay!





perut pun dah kenyang, kaki pun dah sakit sebab jalan serupa itu lipas, duit pun sudah habis, jadi ada baiknye g tengok movie! yeay, suka2. so boleh lah aku melepet kat dalam movie tu kang. letih beb, dahsyat! nasib baik pakai crocs original. haha, perlu ke nak cakap original? dah terekot da aku ni. ekot sape? itu kite tak tahu. haha.



jadi, sampai disini saja lah cerita ala2 poyos dari aku. semoga berjumpa lagi di next episode!
assalammualaikum !!


ok. bai ^-^

Wednesday, May 9, 2012

kucing gemuk luar biasa mati

beb.. da baca da kosmo rini? 9hb punye lah.. mesti belom lagi kan? dahsyat beb, sedeh sangat kot aku, sian pun ade jugak. comel kot. ish, malas lah nk citer panjang lebar. aku tempek kosmo berita dunia kat sini, mari baca!

GAMBAR fail menunjukkan seorang kakitangan Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe memegang Meow pada 19 April lalu.

SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.
Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.
Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI

seyes beb, comel sangat si Meow ni, kesian kan sebab masalah pernafasan Meow mati. mungkin sebab obesiti jugak kot. lagipun kucing yang dah debab sangat macam ni memang susah dan tidak berapa aktif. kita manusia pun akan mengalami situasi yang sama jugak kalau badan terlebih muatan. jadi juju! apalagi??! jom jogging..

ok. bai ^-^

Tuesday, May 8, 2012

dah update lah beb

assalamualaikum dan salam 1 ringgit. harap sihat semuanye, lamakan tak baca atau buka blog aku ni. biase lah tu. sampai satu tahap, aku malas lah sesangat nk mengupdate ape2. lagipn kita org tak glamour. haha. tapi start harini, aku akan berusaha serta merajinkan diri aku untuk update segala kegiatan2 yang menarik, tak menarik, sukahati aku lah! aku ni xde lah pandai sangat nak mengarang, nak melawak, tapi untuk suka2 hati aku boleh lah kn. lagipun velog ni hak memasing, ikut suka lah nak tulis apa, karang apa, janji tak langgar apa2 undang2 dan peraturan kerajaan Malaysia udah lah.
ubah sikit penampilan velog, nak yang simple jea, yang penting tapak kaki miaw sebagai background picture. i likeeeee sangat. gedik tak saya? gedik sebab aku suka sangat kat kucing, serius sangat SUKA! simple tp xberapa nice lah, yealah kita ni bukan reti sangat sebenarnye pasal velog2 ni, tapi akan belajar sedikit demi sedikit. usaha tangga kejayaan okay, korang pon apa salahnya bagi tunjuk ajar kan. sian kat den ni haaa.
tak mo lah taip panjang2, bukan ada orang nak baca sampai abis pon! jadi sebelum ada orang yang tido, nguap ataupun muntah sambil scroll velog aku ni baik aku cabooooooot dulu kita jumpa next episode! InsyaAllah ;)

ok. bai ^-^