Sunday, May 25, 2014

selamat hari lahir yang ke 22 adik ipar

assalamualaikum dan selamat petang ,

harini ada final piala thomas , sambil menonton sambil menaip . rehat rehat kat rumah jea harini sebab malam kang kena datang ot . rajin kan ? memang lah , itu lah syarat nya kalau nak cuti berpengganti . kalau agak - agak nak cuti panjang tiru lah macam saya . ot setiap hari lepas tu cuti sebulan . dah macam kerja offshore jea . 

harini hari jadi adik ipar tersayang , pheewittt ! dah makin tua nampak nya muhammad haziq harap makin hari makin matang dan lebih ceria . pendiam dia ni , tp suka style dia , tak bercakap kalau tak ada benda nak cakap , buat hal dia jea . dia ni masih belajar , rasanya ni tahun akhir sebab dia br apply nak buat praktikal kat mahb nanti . moga - moga berjaya haziq ! chaiyook !!

tengah malam semalam pergi lah makan beramai - ramai sekeluarga di austin steak house kat bangi . tujuan memang nak sambut hari jadi haziq lah . tak ada surprise - surprise pun , makan pastu balik . haha , saja nak makan beramai , lagipun bukan selalu dapat bersama kan . sebabnya haziq belajar kat uitm arau . balik cuti sem jea lah baru dapat tengok muka dia .

tapi macam boring plak makan kat situ sebab service dia memang slow . makanan dia hanta satu - satu , dia boleh lupa buatkan 2 set makanan lagi tuk kami . padahal orang bukan ramai pun . datang pun tengah malam , memang upset lah . order 8 set makanan , datang 4 set dulu , 15 minit datang lagi 2 set lepas tu semua orang da habis makan , lepas ditanya , agak - agak 10 minit kemudian baru sampai lagi 2 set . dah lah lapa , memang meluap - luap jea rasanya ! 

apa - apa pun , kami datang nak happy - happy sefamili . jadi , teramat lah tak baik nak memarah kan . jadi , redha jea lah . 

so Mohd Haziq Said , kak ju dan along ucapkan "Selamat hari jadi , semoga kamu menjadi anak yang soleh , anak kebanggaan Ibu dan Ayah dan berjaya di dunia dan di akhirat . " amin~





nak tahu yang mana haziq ? yang baju purple tu , muka tersengih macam kerang . hehe , anak manja ibu ni . siapa jadi bini dia memang susah sebab dia memilih makan . hahaha

jumpa lagi , ok baiiii

Thursday, May 22, 2014

dag dig dug . . . tak lama dah lagi

assalamualaikum dan selamat petang,

nervous tak terhingga , tinggal beberapa minggu jea lagi ni . harapan aku semoga Allah swt memudah kan segala urusan dan memberi keizinan tuk kami suami isteri . harap dapat diberi peluang . merasa menjadi seorang wanita yang sempurna dan mempunyai keluarga yang sempurna .

tanda tanya ?? tak apa , aku biarkan korang bertanya - tanya . semua tu surprise . kalau dah surprise mana boleh nak story dulu , kena lah tunggu sampai masanya akan korang tahu jugak . baru lah masa tu korang cakap " tak ada lah surprise sangat , poyo juju ni . hahaha "

masa hampir tiba , bebarang pun dah complete , cuma tunggu ketibaan yang terindah jea lagi ni . seperti biasa , aku minta jasa baik korang doa kan supaya segala urusan tuk aku dipermudahkan . semoga apa yang aku impikan ditunaikan oleh Nya .

dag dig dug , di dalam dada . . . hahaa tu lah yang aku rasakan sekarang ni . nway , kita tunggu lepas raya nanti , ops , sebelum raya .

adiosss amigosss !

ihsan dari en.google. geram tengok tangan si tembam nih . hehehe 

Saturday, May 17, 2014

klia 2 terbaik toqq !

assalammualaikum dan selamat petang,


sambil - sambil tengok drama kat tv3 ni teringat kat vlog yang lapuk dan diperam jadi pekasam  ni , dulu bukan main lagi aktif nar bervlog , sekarang apa jadi ? penyakit M melanda diri , tau tak M tu apa ? haaaaa . m . a . l . a . s . yeeaa , malas sebenarnya . heeee .

alhamdulillah , klia 2  dah selamat dibuka dan beroperasi dari 2 . mei . 2014 lepas . tak tahu macamana nak gambarkan betapa besarnya klia 2 tu , betapa jauhnya perjalanan korang nanti , jadi  agak - agak korang nak naik flight airasia , malindo , lion air , cebu pacific , etc harap datang lah  awal eh , untuk mengelakkan ketinggalan kapal terbang .

untuk warga emas yang menggunakan kerusi roda , ada baiknya bawak sendiri kerusi roda , sebabnya permintaan tuk kerusi roda amat tinggi .  untuk mengelakkan kesulitan yang terjadi nanti . cewahhh , kemain lagi aku , nasihat dan peringatan , semua tu memang betul . nanti tak mau lah marah - marah datang airport sebab kekurangan perkhidmatan macam yang aku cakap ni .

tapi , klia 2 memang cantik , canggih dan cukup tuk tampung penumpang - penumpang yang makin hari makin banyak . kedai - kedai pun banyak , boleh lah datang awal sebab korang pasti tak menyesal , masa tuk shopping ! hahaha , tu lah perempuan , shopping jea keje nye . bila kena ot paksa marah tapi dah sampai sana kemain lagi . hahaha

baiklah , sampai disini coretan ntah ape - ape dari aku . rajin akan datang aku update lagi . hahaha baiiii