Monday, January 6, 2014

lee kwang soo , kau memang daebak ! pengkhianat !

assalamualaikum dan selamat sejahtera ,

haishhh , petang - petang ni teringat masa Lee Kwang Soo datang ke KLIA . harus lah mak melompat macam orang hilang akal . mak minat sangat dengan zirafah tu . pengkhianat dalam running man ! tau yang dia nak datang ke malaysia , tapi tak ingat 3 haribulan .  nasib baik aku tengah kerja masa tu , dapat gak tengok pengkhianat tu live .

arghhh , rasa tak percaya pulak dapat jumpa dia . ritu jumpa kim jong kook , ni jumpa lee kwang soo plak . rasa best sangat ! dia tak sombong , dia mesra , dia kelakar dan dia comel . mak aku cakap kalau dah suka tu memang semua indah . hehe . dia membuatkan hari - hari ku ceria dengan telatah dia . wakaka !

pujaan hati ku !
gambar - gambar ni sendiri punya tau . dalam kemengahan mengejar dia yang berjalan sangat laju tu sempat lah jugak snap - snap 10 - 20 gambar dia . walaupun banyak yang blur at least dapat jumpa dia live . weehooo ! kau hadooooo ? !

sesiapa yang tak kenal dan yang nak kenal dia , sila tengok channel 393 setiap jumaat jam 11.50 malam . dari situ , aku pasti korang pun akan suka kan dia . dengan telatah dan perangai nya yang gila - gila .

pembukaan 2014 yang manis untuk aku . semoga ia kekal manis hingga bila - bila . dengar - dengar gary pun nak datang . harus ku tunggu jugak . yang pasti semua ahli running man aku minat ! harap - harap dapat jumpa mereka lagi .

yang jeles , boleh menangis sekarang!

sorry gambar blur sikit , yang ambil gambar tu nervous sangat kot sampai mengeletar tangan . masih tersenyum lagi setiap kali teringat moment - moment follow kwang soo . haishhh , zirafah zirafah ! ! kau memang daebak ! !

p / s : rasa ralat pulak tak dapat tunggu haha ritu !

Friday, January 3, 2014

welcome 2014 to our life . be nice ya !

assalamualaikum dan selamat sejahtera ,


tak terasa dah 2014 , euwww cepatnya masa berlalu tak terasa dah tahun baharu . tahun baru , umur baru , shif baru , azam pun baru kot . hahaha . ada ke azam nya ? tahun ni yes ! ada azam okeh , sebab nak jadi orang yang berwawasan sikit yang mempunyai azam . poyo ? yes tu lah azam nya . wakaka ada ke orang berazam nak jadi poyo ? mesti lah ada , tapi bukan aku okeh ?

apa azam aku ? nak mempunyai anak ? tu bukan azam sayang's , tu impian aku . impian dan azam berbeza ke ? berbeza lah sikit - sikit . aku pun tak reti nak huraikan . perasan tak yang aku ni bertanya then aku yang jawab sendiri ? itu maksudnya bukan soalan tuk korang tapi tuk diri sendiri . hahaha

harini terasa boring dan kosong . kenapa eh ? mungkin belum serasi ? hati berat nak tinggalkan ? terbawa - bawa perasaan yang sepi ? atau menyampah dengan semua benda ? haishhh , tak ada jawapan tuk semua soalan - soalan ni . jadi , kita layan jea . . .

dulu pernah pakai nickname lady bravo , hahaha , masa tu giler sangat chatting . yea lah , zaman nak carik jodoh . sekarang dah jumpa jodoh memang tak layan dah la chatting - chatting ni . facebook pun dah malas dah sebenarnya . aktif lagi sebab nak tahu perkembangan keluarga dan kengkawan yang jauh di mata jea . sekarang dah kembali ke lady bravo . bukan aktif berchatting tapi kembali ke shif bravo . shif pertama aku berkhidmat di sini .

nak calendar 2014 ? nahhhhh! ^-^

tq mr . google image :)

p /s : silent is better . don't bother !