Saturday, June 15, 2013

spaghetti ala - ala juju

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

harini dengan mood yang berbunga - bunga, dengan kerajinan yang membuak - buak. akhirnya bermasak - masak aku di rumah. kalau isteri - isteri lain, masak tu adalah perkara biasa. tapi tidak bagi aku, haha. aku akan masak kalau mood masak aku turning on, ataupun dapat special request dari ehem - ehem. haha laki aku lah siapa lagi? skandal? no way! tak ada masa aku nak berskandal, nak tambah lagi dosa? ahhh harap - harap dijauhkan dari dugaan tersebut. amin~

sudah jauh kita kelaut, meh nak tunjuk sikit spaghetti ala - ala juju. hahahaksssssssss

yummy.. bagi aku lah, bagi orang lain aku tak tahu. hehe

rasa nya ramai yang pandai masak spaghetti ni, jadi tak perlu lah aku nak kecoh - kecoh resepi kat sini, wat malu jea. haha. kebetulan sepupu aku datang dari sarawak rini then lepak kat rumah aku 3 ari ni, kebetulan ada prego dalam kabinet dengan daging hancur dalam peti. jadi bermasak - masak lah aku untuk makanan tengahari kami.

yang melahap aku dengan sepupu aku jea, syam tak layan spaghetti ni. bukan taste dia. sebab tu dikala teringin aku beli kat luar jea. rugi masak sendiri sebab sorang jea makan.

sampai disini sahaja luahan ku kali ini. konon - konon sedap sangat spaghetti ni sampai nak post dalam vlog, yea dak?? hahaha

ok bai & salam ^-^

Sunday, June 9, 2013

mrs_scarf is a blogger now!

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

meh nak promote sikit dekat korang, mrs_scarf dah jadi blogger sekarang. akan merajinkan diri mengupdate barangan terbaru dan terlatest yang paling penting termurah dari pasaran. mrs_scarf baru jea join blogger, so blog dia tak ada item untuk dijual lagi.

jadi, sementara itu korang follow lah mrs_scarf, aku gerenti korang akan berpuas hati dengan barangan yang dijual. mengamalkan jual beli secara islam, tidak mengambil keuntungan yang berlipat ganda, hanya sedikit asalkan barangan habis dijual.

sokongan dari anda dan rakan - rakan adalah semangat mrs_scarf untuk terus perbaiki diri.^-^

nak follow mrs_scarf tekan disini
terima kasih

ok bai & salam ^-^

Friday, June 7, 2013

disebalik kaca mata hitam ku

malu tau, kiri kanan orang pandang. dieorang ingat aku saja nak budget hot ke?

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

nampak stylo tak aku pakai spec ni? haha. lawa lah sangat kan? ingat suka-suki ke pakai? ada sebab tau. keluar makan, pergi giant, jalan-jalan pun kena pakai spec. kalau tak mahu orang pelik mata bertaik, merah dan berair. 

fizikal nampak sihat walafiat, tapi bila tertengok kat mata jea da tau da, sakit mata okeh! sensara beb menahan sakit mata ni. kena panas pedih. rasa nak korek keluar pun ada sebab gatal yang amat. nak garu tak boleh pulak tu. haisshh, memang azab! mc memang mc, tapi kena duduk rumah dendiam sebab tak boleh nak kemana-mana pun.

pergi klinik dapat lah mc 3 hari, bersama ubat titik tuk siang, krim sapu kat mata tuk malam, pil antibiotik dengan pil tahan gatal. pergh, sabar jea lah, dugaan Allah semua ni. mata berair macam tengok drama sedih jea. tapi padahal dia suka-suka nak keluar. part paling best masa nak bangun tidur tu, hahaha kelakar habis! tak boleh buka mata beb, kena pakai jari baru dapat bukak mata. hahaha. sampai nak nangis sebab takut. takut mata tak leh buka langsung. adoiyaiii.

alhamdulillah, ni hari ke 7 menanggung sakit mata ni. dah beransur pulih. gatal pun dah kurang sikit. kaler dia pun da warna pink. syomel tau mata pink. merah menyala seram jea aku tengok. hahaha. aku harap ia cepat baik, sebab banyak tuntutan ot bulan ni. tak mo lah nak cancel sebab da janji kan? amin~ ~

ok bai & salam ^-^


mataku disebalik spec itu, seram tak?? heeee ini day 3 sakit mata :)

Sunday, June 2, 2013

mataku semerah bijik saga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Merah ialah warna favourite aku, tapi tak kan nak pakai warna merah sampai ke mata kan? Haha, confused ke? Merah mata petanda tak bagus. Sebab ia boleh berjangkit. Tengok lah mata merah ku itu? Takut kan? :(

Tetiba jea semalam kena sakit berjangkit ni. Padahal mana ada orang sekeliling aku yang bermata merah, nasib aku lah tu. Lagi satu, Allah nak mensucikan dosa - dosa masa lampau. Dengan mata ni banyak dosa yang da kita lakukan. Tanpa kita sedar kan? Huhuhu

Masa kecik-kecik dulu aku pernah juga kena sakit mata ni. Macam-macam jenis ubat aku dapat dari klinik tapi yang pasti yang paling mujarab ubat nye adalah AIR KENCING!! Hahaha, jangan tak percaya!

Tu petua orang tua-tua, tapi geli kan nak letak air kencing kat mata? Masa kecik-kecik dulu boleh lah mak aku selamber letak kat mata aku, sekarang NO WAY! Haha, tak nak aku da, pakai jea krim yang doktor bagi. Lambat sikit lah tapi mesti baik punya. In Shaa Allah. ;)

Pagi tadi bangun tidur memang payah, mata ni cam kena gam jea. Terpaksa guna jari tuk buka mata. Kalau tidak memang sampai petang membutooo. Haha, alasan tercipta! Tak teragak-agak kalau nak tidur sampai senja kan. Memang mintak puji!! Puiihhh!

Moga-moga esok mata aku beransur baik. Doktor klinik depan rumah aku tu memekak da soh datang balik kalau masih merah, nak bagi mc katanya. Haha, selalu aku yang buat muka kesian mintak mc, kali ni doktor yang merayu soh aku amik mc. Haishhh mablesss doktor ni.

Ok bai & salam ^ - ^

Published with Blogger-droid v2.0.10