Thursday, May 30, 2013

nak panggil apa eh mamam cucuk - cucuk ni?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Tu makanan kegemaran aku kalau ke downtown cheras. Yummy sangat tau, die di jual atas lori tau nama mawar putih ke apa ntah. Tapi yang pasti ia sangat sedap. Menaip sambil lap air liur yang meleleh tau.

Kuah dia yang pekat dan sedap pastu ditabur pulak dengan kacang tumbuk. Haishh memang terbaik lah. Korang kalay ke downtown cheras jangan lupa ke sini tau.

Harga secucuk tu RM1.50, 3 bulan lepas harga dia RM1 jea, maybe harga bebarang dah naik jadi dia pun naik kan harga bebarang jualan kan. Tak kisah sangat pasal harga janji puas hati.^^

So, apa nama makanan ni? Cucok-cucok ke? Lok-lok ke? Steamboat ke? Haishh kurang arif lah pulok. Arif pasal makan jea tau. Hahaha.

Ok bai & salam ^ - ^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 29, 2013

kakak ipar kaki paw. adik ipar redha^-^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Cuaca panas sikit lah malam ni, susah mata aku nak lelap. Kat tv pun tak ada rancangan yang best - best. Layan lah apa-apa yang patut ataupun merapu meraban jea kat sini mana lah tau terlelap sambil menaip kan. Hahaha

Actually, aku baru balik dari Midvalley ni, temankan adik ipar aku menghabiskan sisa - sisa baucer BB1M. Kalau tak silap aku student dapat RM200 seorang. Memandangkan dia dapat baucer ni di saat-saat akhir dia kat matrikulasi, jadi die memang tak gunakan langsung lah.

Baucer BB1M ada had tempoh guna, expired hujung bulan mei ni. Boleh digunakan di Mph, Popular, Mydin dan ada lah bookstore yang lain yang dilantik oleh pihak kerajaan. Untung lah students sekarang, macam - macam dah kerajaan tolong. Harap lepas ni belajar lah bersungguh-sungguh lah eh. Nanti boleh balas jasa pihak kerajaan Malaysia. ^-^

Dah alang2 meneman dia, apa lah sangat kalau nak belanja kakak ipau dia yang mesra pelanggan ni kan. Haha, dia pun offer, aku apa lagi!! Rambang bijik mata aku, melilau lah sana sini cari buku yang aku nak. Rezeki tak baik ditolak kan. Hahaha

Terima kasih wahai adik ipau aka Fatin sebab sanggup belanja kakak ipau mu ini. Haha, kak ju janji akan membaca semua buku ini seikhlas nya.

Ok bai & salam ^ - ^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, May 28, 2013

alahai teduhan kasih pulak sekarang ni



assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

korang tengok tak drama akasia teduhan kasih setiap hari isnin - khamis 7 malam kat tv3? aku memang tak missed lah drama ni. sebab nya pelakon kesayangan aku berlakon, harus lah tonton. kalau kena kerja shif petang aku suruh adik ipar aku record al maklum lah rumah aku tak ada pvr bagai. -_-"

drama ni, memang mantap meletopz mablesss! lakonan abil suhaimi memang menyakitkan hati tapi die memang hebat. haishh, dengan adi putra yang ala - ala sweet gitu. mula lah nak berangan nak jantanz cam tu. haha! can't wait 7pm today. so, sesiapa yang belum sempat menyempat nak tengok drama ni, boleh lah mula tengok sebab baru 7 episod, lagipun tonton kan ada. ^^

meh aku story sikit sinopsis drama yang diadaptasi dari novel teduhan kasih.

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

slot akasia teduhan kasih ini menampilkan pelakon hebat seperti adi putra, nabila huda, zarina zainuddin, mak engku, talha harith, rhim omar, liza abdullah dan julia ziegler. jadi, jangan lupa setiap isnin -khamis jam 7 malam di tv3.

drama - drama juga, tapi solat maghrib jangan lupa ya ^-^

ok bai & salam ^-^

Friday, May 24, 2013

kari ikan tongkol! juju style ^^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Sihat ka? Harap sihat-sihat selalu. Hehe. Pelik kan aku tetiba rajin masak lately ni. Haish, laki aku pun heran. Aku cakap saja nak habiskan beras. Boleh?  Harus lerrrr...

Yesterday special menu from juju's kitchen is curry tongkol fish. Yea, terliur? Terkejut? Atau biasa jea? Hehe, aku ni br nak belajar memasak, sedap ke tak tu belakang kira. Janji rupa ada. Wakaka ^^

So nak check it out tak camana aku masak ikan ni? Jom!

Bahan - bahan :
¤ Seekor ikan tongkol
¤ Rempah ( bunga lawang, kayu manis & jintan )
¤ Bawang putih, bawang merah dan halia ( di kisar )
¤ 3 sudu kari baba's
¤ Santan
¤ Tomato ( dihiris 6 )
¤ Kacang bendi
¤ Bahan perasa

Cara - cara :
》Tumiskan bahan - bahan kisar dan rempah
》Masukkan serbuk kari yang sudah di gaul dengan air
》Agak - agak macam dah naik minyak masukkan santan dan ikan. Biarkan mendidih
》Masukkan bahan-bahan perasa secukup rasa
》Masukkan bendi dan tomato
》Sedia tuk dihidang

Walaweiii, senang kan kalau juju memasak. Haha. Selamat mencuba!

Ok bai & salam ^-^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 12, 2013

tangkuban perahu. mabless


assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

harini, mood rajin tuk mengupdate berkenaan percutian yang lepas. hehe. masa bercuti ke bandung ritu, kami juga berkesempatan pergi ke tangkuban perahu. sesampai jea bandung, jumpa jea pak supir, kami naiki kenderaan terus ke tangkuban perahu. ia juga salah satu tempat yang famous eh di bandung. bermacam cerita dan kisah disebalik nya.

tempatnya indah serta nyaman, udara saja yang tak sedap dihirup sebab bau sulfurnya yang kuat. haha! kurang selesa dengan penjaja-penjaja yang berada diatas tangkuban perahu tu juga, sebabnya dieorang ni terlalu memaksa dan akan follow kita sampai kita mengalah dan membeli barangan dieorang. yang penting, strawberry kat atas tangkuban perahu sangat manis tau, sebabnya dieorang spray dengan air gula. jadi kamu-kamu jangan beli strawberry kat situ, beli tempat lain jea. bersyukur jugak lah tangkuban perahu tu dah dibuka untuk kunjungan sebab sebelum tu kami dapat berita ia tutup atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. tapi lupa lah pasal apa. sorry!


meh nak story sikit sejarah tangkuban perahu ni, cerita dan sejarah dari rakyat tempatan.

Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalaman. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

gunung tangkuban perahu ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif dan keadaannya masih diawasi ketat oleh pihak vulkanologi indonesia. ada beberapa kawahnya masih lagi menunjukkan ia masih aktif dan tanda - tanda keaktifan gunung ini apabila munculnya gas belerang dan sumber - sumber air panas di kaki gunungnya.


view confirm memang terbaik. sejuk jugak tau.

ada orang budget ensem. puihhh




best place to visit, tak rugi tau. nanti kalau ke sana cakap jea dngan pak supir nak ke tangkuban perahu ni, nanti dia bawak lah. bila dah sampai sini, tak rasa pun kat indonesia, terasa kat genting highland jea sebab penuh dengan orang malaysia. haha, everyone can fly!

ok bai & salam ^-^

salam sayang dari bandung untuk kamu semua. haha. poyo!!

Thursday, May 9, 2013

sentap menyentap. hambik kau!

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

haishh, sekarang rajin betol nak menghupdate. mood mari~ ~ so baca jangan tak baca. nanti bila mood lari~ ~ baru korang ternanti-nanti next post aku. huahuahua budget glamour semalaya okeh! bila lagi nak rasa famous amos kembang semangkuk mee. =_="

uols, aku nak tanya, korang pernah ke sentap dengan sesiapa yang bermulut laser? then teros korang bermasam muka konon-konon hati terluka? hehe, saja nak tau kan? ke ada yang pernah sentap dengan aku? hehe, sorry! aku ni memang, mulut jahat. haishhh nasib dah kawen, kalau belom mesti tak laku-laku. T_T

aku ni mulut boleh tahan lah kan, tapi tak ada lah all the time nak menembak orang jea!  actually aku nak bergurau, tapi cara gurauan aku ni kasar kot. hikhik, tu yang sampai ada yang tersentap. harapan aku tak ada lah yang bermasam muka then terus annouce perang!!

tapikan kengkawan, bila aku fikir-fikir balik, sebenarnya orang lain dulu yang melaserkan diri beliau dengan aku dengan harapan aku akan kalah tapi dia tak tahu aku dah pasang pendinding yang tebal supaya aku tak tersentap dengan laser dia tu, haha, itu lah keistimewaan yang aku ada sebab aku ni bermulut laser dan suka bergurau kasar jadi aku kenalah kebalkan diri aku supaya tak mudah sentap. tak ada lah orang cakap-cakap belakang, 'juju tu gurau kasar, bila orang lain gurau kasar dengan dia, dia nak sentap pastu terus muka masam cam taik. puiiihhhhh'

jadi, kepada sahabat-sahabat yang dicintai, bermula dari sekarang aku akan ubah kebiasaan mulut aku ni untuk kebaikan kita bersama. malas lah nak gaduh-gaduh manja dengan korang. yea lah, hari-hari jumpa muka kau jea. kalau jodoh panjang sampai ke pencen lah ngadap kau jea! -_-

jadi kepada yang tersentap, aku mohon ampun dan maaf, harap kau maafkan aku. kita manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan. tak perlu tunggu raya lah yea nak bermaafan. sebab lambat lagi. takut umur tak panjang. ;)

ok bai & salam ^-^

Tuesday, May 7, 2013

kawah putih, bandung. nice place!

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

agak rajin harini, jadi nak update sesuatu daripada percutian yang lepas. hujung bulan mac aku dan segerombolan kengkawan bercuti ke Bandung, Indonesia. saja sight seeing nak tengok keadaan dan suasana tempat orang kan. lagipun sekarang everyone can fly. hihihi

salah satu tempat percutian tersebut iaitu Kawah Putih. serius, tempat dia memang indah, sejuk, mendamaikan cuma agak busuk sikit lah maybe sebab dari bau sulfur gunung berapi kan. perjalanan dari bandar bandung ke kawah putih ni ambil masa lebih kurang dekat 2 jam. dah bangun tidur balik then bangun lagi. haha. dengan jalan yang teramat sesak, jalan sempit memang solute lah dengan pak supir area bandung ni, sebab ternyata dieorang ni cekap memandu.

pemandangan sepanjang perjalanan memang mengkagumkan. indah, sejuk, damai, tenang jea. sebabnya kita akan melalui kawasan kampung dieorg. 

pemandangan sepanjang ke kawah putih. nice kan?

kawasan perkampungan dieorang

cantik kan pemandangan ni, hati sejuk jea sebab memang suhu kat sana pun sejuk. maybe kawasan tanah tinggi lah. alah, cam kat cameron ataupun genting lah. sempat jugak pergi memetik buah strawberry, hehe murah sangat tau 1kg baru rm12. best sebab petik sendiri, terasa seperti petani sejati. waaaaa! menangis sekarang T_T

bila sampai sana, terpegun dengan keindahan tempat tersebut. apa lagi bergambo sakan lah!! hehee

sampai pening kepala aku hidu bau sulfur ni. haishhh

abaikan kaki aku yang pelik tu, haha
banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas nak upload bebanyak.hehe. sekian sahaja liputan mengenai kawah putih, pergi dah lama tapi baru nak update memang terbaik lah, sebab ada yang ingat ingat lupa. hehe. kalau ada nak tanye pape sila tinggalkan komen anda.

ok bai & salam ^-^

Monday, May 6, 2013

shawl,tudung, cardigan dan banyak lagi

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

seperti biasa, sebulan satu post. hehe. lagipun bukan famous pun vlog ni. anggap cam dairy sendiri jea. hehe. anyway, jujusyam dah berniaga sekarang ni. tolong follow beliau di instagram eh, kalau nak tengok bebarang updated.

saja lah nak menambah pendapatan, yalah, bukan orang senang kena lah bekerja keras sikit kan. hehe, barang seperti shawl, tudung, cardigan, blouse, telekung, kain dan macam-macam lagi lah. semua nya akan dijual dengan murah sekali. mana yang anggap aku kawan leh lah mintak harga kengkawan. hehe. in sha Allah ^-^

sesiapa yang tak ada akaun instagram tak mengapa, aku akan update bebarang tersebut di sini^-^ jadi korang boleh lah cuci-cuci mata sekelian. nak beli boleh sms / whatsapp / call di 014-3313002 beserta kod barangan ya.

jangan lupa follow saya di jujusyamshop dan di instagram mrs_scarf ;)


sekian sahaja, jumpa lagi

ok bai & salam ^-^