beb.. da baca da kosmo rini? 9hb punye lah.. mesti belom lagi kan? dahsyat beb, sedeh sangat kot aku, sian pun ade jugak. comel kot. ish, malas lah nk citer panjang lebar. aku tempek kosmo berita dunia kat sini, mari baca!
SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum
kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat
komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah
rumah perlindungan haiwan kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu
dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan
Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87
tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu
disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu
kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada
dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah
pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray
serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.
Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi
menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi
dan tidak aktif.
Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI
seyes beb, comel sangat si Meow ni, kesian kan sebab masalah pernafasan Meow mati. mungkin sebab obesiti jugak kot. lagipun kucing yang dah debab sangat macam ni memang susah dan tidak berapa aktif. kita manusia pun akan mengalami situasi yang sama jugak kalau badan terlebih muatan. jadi juju! apalagi??! jom jogging..
ok. bai ^-^
No comments:
Post a Comment