alhamdulillah berjumpa kembali dengan bulan ramadhan bulan yang penuh dengan barakah . hari pertama berpuasa kita harini , amacam sahur awal pagi tadi ? berselera sudah pasti , first day puasa lah katakan tengah seronok lagi . nanti tengok lah dipertengahan puasa , ada yang tak bangun sahur sebab nak makan awal pagi tu dah tak ada selera .
bagi aku , sahur tu amat penting sebabnya ia membekalkan tenaga untuk kita berpuasa sepanjang hari . nasik wajib ketika bersahur dengan air suam yang banyak . biar lah kembung perut asalkan badan tak lemah dah lah . tahun ni macam biasa lah , menu untuk sahur dan berbuka ditaja sepenuhnya oleh mak mertua . yeayyyy ! !
bulan puasa ni aku ambil cuti panjang . hampir sebulan sebab nak berpuasa kat rumah . nak mencuba mencukupkan terawih . in sha allah , semoga apa yang aku inginkan tercapai dan dimakbulkan . amin ! tahun ni dapat cuti raya pulak tu , hahaha , bahagainya rasa . alhamdulillah . tapi , lepas cuti raya jenuh lah mengganti kengkawan yang banyak menghulurkan bantuan masa puasa ni . thanks korang , love yaa ! hahaha .
yang pasti korang dah berniat belum tuk berpuasa harini ? dalam islam , apa - apa perbuatan yang kita lakukan kena bersama dengan niat . niat lah puasa untuk hari esok . kepada kaum lelaki , berniat sebulan puasa . in shaa allah .
berniat sebelum puasa , jangan lupa uolss . |
sebelum aku menutup entry ni , aku nak memohon ampun dan maaf sekiranya pernah melukakan hati kengkawan yang berada dekat dengan aku , berilah aku peluang untuk menginsafi setiap kesalahan yang aku buat sebelum ni . selamat berpuasa semua , semoga semua amalan kita di bulan yang mulia ini diterima oleh Nya . amin . . .
No comments:
Post a Comment