Saturday, June 7, 2014

extend dapur sebab harga simen dah makin naik . phewww

assalamualaikum dan salam sejahtera ,

harini bermula lah kerja - kerja menyusun dan menyimpan bebarang rumah . semua ni gara - gara nak extend dapur dengan nak pasang plaster ceiling . dah lama jugak berangan nak besarkan dapur tu , sebab dapur rumah aku teramat lah kecik . datang family aku reramai dari kuching dah berhimpit kat dapur . badan semua dah lah semangat - semangat . hahaha

puas lah aku mencari , meng'google' dan menanya kengkawan nak cari mana contractor yang boleh buat dan siap sebelum raya ni . mak mertua pergi panggil cina yang pernah buat dapur rumah dia dulu datang buat quotation , sekali harga yang disebut mencecah 30k , gulpp tetelan kahak aku dengar . hahaha , pastu panggil seorang contractor dari indonesia , panggil dia wak jea , dia pun memang ada jea kat area rumah aku tu sebab tengah buat dapur rumah jiran , selang beberapa pintu dari rumah aku jea , dia pun harga boleh tahan , dapur sahaja dan rumah miaww aku dia amik 29k tak termasuk wiring . pheuwww , meleleh hingus dengar harga yang disebut . padahal , tanah belakang rumah aku tu 5 kaki jea panjang , lebar 22 kaki . harga memang memeranjatkan aku , sebab budget kiteorang pun ciput macam dapur asal . hewhewhew ! 

finally , teringat dekat kawan lama dari lcct . dia memang pernah buat beberapa buah rumah kawan - kawan yang lain . tengok hasil kerja dia agak memuaskan jugak . so , terus suruh dia datang buat quotation . explain itu ini , dia pun ukur sana sini , bagitau rumah miaww aku macamana bentuk dia , dengan saluran air , laundry area , table top dan macam - macam lagi lah . yang penting bagitahu dia budget tak berapa nak tinggi . hahaha , sebelum dia cas harga yang bukan -bukan baik bagitahu sesiap , kang naya !

dia datang rumah dalam pukul 11 pagi , lebih kurang pukul  9 malam dia telefon , sebut lah harga dia , alhamdulillah ! tersasar jauh jugak dari budget aku . tapi oklah dengan dia . nama pun kawan lama kan , apa salah nya try dia sikit , mintak benda - benda free lah apa lagi , hehe . dapat percuma tukar mangkuk toilet aku yang dah pecah dan sompek , pecah rumah sampah kat depan rumah aku tu dengan plaster ceiling untuk dapur sahaja . aku tambah lagi 1k untuk plaster ceiling ruang tamu . harga kurang sikit dari wak , tapi berbaloi sebab sekali dengan plaster ceiling dan wiring . rumah kena siap paling lewat seminggu sebelum raya . harap dipermudahkan oleh Nya . amin .

tak sangka nak extend dapur ciput tu sampai harga macamni , tapi semua contractor yang aku panggil untuk quotation bagitahu , bebarang dah naik harga , upah pun dah naik , terutama sekali simen pun dah naik harga . bayangkan , mak mertua aku extend dapur dia tahun 2006 , rumah end lot , tuka semua tiles kat dapur , pasang plaster ceiling satu rumah tak termasuk bilik , semua tu cuma 18k sahaja . tahun 2014 , buat dapur aku , rumah tengah cecah sampai 30k . berbeza sangat - sangat okey ! harga dah berganda .

so , dah discuss dengan hubby tersayang , dengan ibu dan ayah mertua yang lebih arif . aku confirm dengan jais , tanya bila dia boleh start , boleh ke dia siapkan sebelum raya , berapa orang pekerja yang dia ada . agak berpuas hati jugak dngan jawapan yang begitu memberansangkan  . confirmed ! jais lah orang nya .

5 / 6 / 2014 hari khamis dia datang ambil deposit , terus mulakan kerja membersih lalang yang macam padi dibelakang rumah aku . by tengahari tu semua dah bersih , esoknya lori datang hanta bebarang . harini dah siap buat bim . faster da bomb jugak , lagipun cuaca amat lah baik , memang mengizinkan . alhamdulillah . nahhh , kasi tunjok sikit suasana belakang rumah aku . jiran kiri kanan dah buat dulu , heeee aku jea ketinggalan sebab ongkos nya tak ada . hahaha



ni lah dia , mr . jais ! perlukan khidmat dia , sila email saya . hahaha
pekerja dia 2 orang dari indonesia
tengah pasang dawai tuk bim .





sampai disini saja review kita kali ni , ada masa yang terluang akan ku update dari masa ke masa perjalanan projek ini berjalan , cewahhh . macam nak bina banglo pulak . hahaha . apa - apa pun terima kasih sebab meluangkan masa membaca vlog kita . heeee

8 comments:

Anonymous said...

Berapa kos tambah dapur 5x22 ni? Sy dulu pernah extend kitchen dan porch. Kontraktor ni buat murah, kemas gak kerjanya. Cepat pun cepat. Nama dia Arif 019-334 5398. Kalau nak minta harga try la tny dia.

Norhazrina Abdul Hamid said...

salam sis, brp total hrg extend dapur 5 kaki tu? pergghhh 5 kaki je pn mau 30k? umah sy 11 kaki nak extend. bajet bwh 20k je T_T

tp dpt quot sume 25k-30k. huk huk larik bajet...

Amir renovation said...

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Amir renovation said...

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Moedy Getar said...

H

Moedy Getar said...

Saya melayani renovation ubahsuai rumah anda sila hubungi kami di talian 0163844459

Moedy Getar said...

Saya melayani renovation ubahsuai rumah anda sila hubungi kami di talian 0163844459

BUDI RENOVATION said...

Salam,
Kita juga membuat kerja kerja bina rumah, rumah tambahan, landscape, kolam hiasan, awning kayu dll berkenaan pembinaan, memberikan sebut harga secara detail tanpa hiden cost, 3D image di berikan secara percuma untuk yang betul betul berminat sila layari
http://www.mytukang.com/2016/03/GalleryPhotoRenovation.html?m=1
Untuk melihat kerja kerja yang sudah kita siapkan
Kita berada di puchong bestari
Dan boleh menghubungi kita Call/WhatsApp di talian +60 126794771-Budi
Terima kasih..