assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
korang tengok tak drama akasia teduhan kasih setiap hari isnin - khamis 7 malam kat tv3? aku memang tak missed lah drama ni. sebab nya pelakon kesayangan aku berlakon, harus lah tonton. kalau kena kerja shif petang aku suruh adik ipar aku record al maklum lah rumah aku tak ada pvr bagai. -_-"
drama ni, memang mantap meletopz mablesss! lakonan abil suhaimi memang menyakitkan hati tapi die memang hebat. haishh, dengan adi putra yang ala - ala sweet gitu. mula lah nak berangan nak jantanz cam tu. haha! can't wait 7pm today. so, sesiapa yang belum sempat menyempat nak tengok drama ni, boleh lah mula tengok sebab baru 7 episod, lagipun tonton kan ada. ^^
meh aku story sikit sinopsis drama yang diadaptasi dari novel teduhan kasih.
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) 
dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat 
keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan 
Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, 
wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh 
Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) 
menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya 
yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah 
terhadap Iffa.
Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami 
pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan 
berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila 
mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap 
memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap 
suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan 
Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya 
dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas 
dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti 
hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan 
kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan 
melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah 
derita Iffa. 
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah 
bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa 
kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut 
sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki
 asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan 
keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO 
di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita 
cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang 
sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan 
kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa 
dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu 
dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak 
pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika 
Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. 
Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan 
Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan
 untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak 
dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. 
Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu 
merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.
slot akasia teduhan kasih ini menampilkan pelakon hebat seperti adi putra, nabila huda, zarina zainuddin, mak engku, talha harith, rhim omar, liza abdullah dan julia ziegler. jadi, jangan lupa setiap isnin -khamis jam 7 malam di tv3.
drama - drama juga, tapi solat maghrib jangan lupa ya ^-^
ok bai & salam ^-^