assalamualaikum dan salam sejahtera ,
harini bermula lah kerja - kerja menyusun dan menyimpan bebarang rumah . semua ni gara - gara nak extend dapur dengan nak pasang plaster ceiling . dah lama jugak berangan nak besarkan dapur tu , sebab dapur rumah aku teramat lah kecik . datang family aku reramai dari kuching dah berhimpit kat dapur . badan semua dah lah semangat - semangat . hahaha
puas lah aku mencari , meng'google' dan menanya kengkawan nak cari mana contractor yang boleh buat dan siap sebelum raya ni . mak mertua pergi panggil cina yang pernah buat dapur rumah dia dulu datang buat quotation , sekali harga yang disebut mencecah 30k , gulpp tetelan kahak aku dengar . hahaha , pastu panggil seorang contractor dari indonesia , panggil dia wak jea , dia pun memang ada jea kat area rumah aku tu sebab tengah buat dapur rumah jiran , selang beberapa pintu dari rumah aku jea , dia pun harga boleh tahan , dapur sahaja dan rumah miaww aku dia amik 29k tak termasuk wiring . pheuwww , meleleh hingus dengar harga yang disebut . padahal , tanah belakang rumah aku tu 5 kaki jea panjang , lebar 22 kaki . harga memang memeranjatkan aku , sebab budget kiteorang pun ciput macam dapur asal . hewhewhew !
finally , teringat dekat kawan lama dari lcct . dia memang pernah buat beberapa buah rumah kawan - kawan yang lain . tengok hasil kerja dia agak memuaskan jugak . so , terus suruh dia datang buat quotation . explain itu ini , dia pun ukur sana sini , bagitau rumah miaww aku macamana bentuk dia , dengan saluran air , laundry area , table top dan macam - macam lagi lah . yang penting bagitahu dia budget tak berapa nak tinggi . hahaha , sebelum dia cas harga yang bukan -bukan baik bagitahu sesiap , kang naya !
dia datang rumah dalam pukul 11 pagi , lebih kurang pukul 9 malam dia telefon , sebut lah harga dia , alhamdulillah ! tersasar jauh jugak dari budget aku . tapi oklah dengan dia . nama pun kawan lama kan , apa salah nya try dia sikit , mintak benda - benda free lah apa lagi , hehe . dapat percuma tukar mangkuk toilet aku yang dah pecah dan sompek , pecah rumah sampah kat depan rumah aku tu dengan plaster ceiling untuk dapur sahaja . aku tambah lagi 1k untuk plaster ceiling ruang tamu . harga kurang sikit dari wak , tapi berbaloi sebab sekali dengan plaster ceiling dan wiring . rumah kena siap paling lewat seminggu sebelum raya . harap dipermudahkan oleh Nya . amin .
tak sangka nak extend dapur ciput tu sampai harga macamni , tapi semua contractor yang aku panggil untuk quotation bagitahu , bebarang dah naik harga , upah pun dah naik , terutama sekali simen pun dah naik harga . bayangkan , mak mertua aku extend dapur dia tahun 2006 , rumah end lot , tuka semua tiles kat dapur , pasang plaster ceiling satu rumah tak termasuk bilik , semua tu cuma 18k sahaja . tahun 2014 , buat dapur aku , rumah tengah cecah sampai 30k . berbeza sangat - sangat okey ! harga dah berganda .
so , dah discuss dengan hubby tersayang , dengan ibu dan ayah mertua yang lebih arif . aku confirm dengan jais , tanya bila dia boleh start , boleh ke dia siapkan sebelum raya , berapa orang pekerja yang dia ada . agak berpuas hati jugak dngan jawapan yang begitu memberansangkan . confirmed ! jais lah orang nya .
5 / 6 / 2014 hari khamis dia datang ambil deposit , terus mulakan kerja membersih lalang yang macam padi dibelakang rumah aku . by tengahari tu semua dah bersih , esoknya lori datang hanta bebarang . harini dah siap buat bim . faster da bomb jugak , lagipun cuaca amat lah baik , memang mengizinkan . alhamdulillah . nahhh , kasi tunjok sikit suasana belakang rumah aku . jiran kiri kanan dah buat dulu , heeee aku jea ketinggalan sebab ongkos nya tak ada . hahaha
|
ni lah dia , mr . jais ! perlukan khidmat dia , sila email saya . hahaha |
|
pekerja dia 2 orang dari indonesia |
|
tengah pasang dawai tuk bim . |
sampai disini saja review kita kali ni , ada masa yang terluang akan ku update dari masa ke masa perjalanan projek ini berjalan , cewahhh . macam nak bina banglo pulak . hahaha . apa - apa pun terima kasih sebab meluangkan masa membaca vlog kita . heeee