assalamualaikum semua,
sihat ke korang? alhamdulillah, semoga diberi kesihatan yang baik-baik sahaja. cuaca agak panas kan time nih. mungkin musim tengkujuh dah nak berakhir, jadi kita bakal menempuh musim panas lah pasni. bak kata mat salleh, summer season! wah gitu! maklum lah, malaysia ada 2 musim jea, kalau tak hujan, apa lagi mesti lah panas. alhamdulillah, bersyukur dengan kejadian Allah, asalkan kita masih ada tempat berteduh, masih dapat menghidu udara yang segar dan nyaman pun dah mencukupi tau. bersyukur dan bertuah rasanya jadi rakyat Malaysia. bumi yang aman damai. alhamdulillah.
harini nak share pasal solat sikit. bukan nak tunjuk pandai ke apa, semua ni untuk rujukan sendiri dan memberi peringatan kepada diri sendiri. yea lah, kita ni manusia biasa, memang takkan lari dari melakukan kesilapan. pelupa pun yea jugak. kita bukan malaikat yang cukup sempurna sifat dan akhlaknya. lagi-lagi di akhir zaman ni, memang susah atau pun tiada yang sempurna. jadi berusaha lah dalam memperbaiki kekurangan diri sendiri.
dalam Islam, kita diwajibkan untuk solat 5 waktu sehari, iaitu solat subuh-2 rakaat, zohor-4 rakaat, asar-4 rakaat, maghrib-3 rakaat dan isyak-4 rakaat. setiap solat yang kita lakukan ada kebaikan dan kelebihannya,dan kita jugak digalakkan untuk solat lima waktu berjemaah sebab banyak fadilatnya, lebih-lebih lagi berjemaah untuk solat subuh, kita akan berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari. alhamdulillah. daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa
 yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada 
dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai
 Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). 
(Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya 
sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya 
(perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah 
menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan yang berganda dari solat-solat lain kerana subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, sejuk menjadikan sukar untuk berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “segerakanlah solat Subuh sebelum matahari 
terbit. sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari 
sarangnya. ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”
 (Riwayat Muslim)
seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. contohnya
 bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib 
menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh
 gajah).Rasulullah SAW bersabda: “solat yang paling berat bagi orang munafik 
adalah solat Isyak dan Subuh. seandainya mereka tahu apa makna di 
dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” 
(Muttafaqun Alaih)
kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu 
kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT 
adalah solat. jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah 
amalannya yang lain. berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan 
solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau 
surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.
ok bai & salam ^-^ 
No comments:
Post a Comment