Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

ramadhan kembali bertandang . alhamdulillah

assalamualaikum dan selamat bersahur ,

alhamdulillah berjumpa kembali dengan bulan ramadhan bulan yang penuh dengan barakah . hari pertama berpuasa kita harini , amacam  sahur awal pagi tadi ? berselera sudah pasti , first day puasa lah katakan tengah seronok lagi . nanti tengok lah dipertengahan puasa , ada yang tak bangun sahur sebab nak makan awal pagi tu dah tak ada selera .

bagi aku , sahur tu amat penting sebabnya ia membekalkan tenaga untuk kita berpuasa sepanjang hari . nasik wajib ketika bersahur dengan air suam yang banyak . biar lah kembung perut asalkan badan tak lemah dah lah . tahun ni macam biasa lah , menu untuk sahur dan berbuka ditaja sepenuhnya oleh mak mertua . yeayyyy ! !

bulan puasa ni aku ambil cuti panjang . hampir sebulan sebab nak berpuasa kat rumah . nak mencuba mencukupkan terawih . in sha allah , semoga apa yang aku inginkan tercapai dan dimakbulkan . amin ! tahun ni dapat cuti raya pulak tu , hahaha , bahagainya rasa . alhamdulillah . tapi , lepas cuti raya jenuh lah mengganti kengkawan yang banyak menghulurkan bantuan masa puasa ni . thanks korang , love yaa ! hahaha .

yang pasti korang dah berniat belum tuk berpuasa harini ? dalam islam , apa - apa perbuatan yang kita lakukan kena bersama dengan niat . niat lah puasa untuk hari esok . kepada kaum lelaki , berniat sebulan puasa . in shaa allah .

berniat sebelum puasa , jangan lupa uolss .


sebelum aku menutup entry ni , aku nak memohon ampun dan maaf sekiranya pernah melukakan hati kengkawan yang berada dekat dengan aku , berilah aku peluang untuk menginsafi setiap kesalahan yang aku buat sebelum ni . selamat berpuasa semua , semoga semua amalan kita di bulan yang mulia ini diterima oleh Nya . amin . . .

Friday, June 27, 2014

renovate dapur jujusyam part 2

assalamualaikum dan selamat petang ,

harini nak update cerita rumah yang belum siap . tapi insyaallah hampir siap . best jugak amik jais ni tukang buat dapur sebab aku ni banyak sangat permintaan dan penambahan yang tak ada dalam list . syukur alhamdulillah dia tak banyak songeh . datang buat kerja hari - hari tanpa cuti . masa pun on time . bukan nak promote tapi memang tulah dia . agak - agak nak buat rumah boleh rojer - rojer aku , nanti aku bagi no fon dia , tapi area sepang dan nilai jea lah kot , kalau luar kawasan kena tanya dia dulu . kot - kot dia boleh buat kan . hehehe

gambar yang ada ni , adalah gambar seminggu lepas . harini tak sempat nak snap sebab terlelap di tengahari ! haha , tapi yang pasti dia dah pasang tiles tuk dapur . agak cepat kan proses dia . kalau kira - kira baru 3 minggu kot . aku budget siap seminggu sebelum raya . hihihi . tak de lah aku bertungkus lumus sangat puasa ni nak mengemas rumah . dengan cuaca panas senantiasa ni , tak larat woooo .


mr. jais . ni lah tokeii dia . sengeh jea . hahaha





tiga gambar di atas keadaan rumah aku sebelum dipecah . pehh , bukan senang nak duduk kat rumah yang tengah renovate ni , habuk tak yah cakap lah memang sana sini . rumah tak terurus memang confirm . ruang yang paling bersih dan diyakini cuma dalam bilik jea . sebab pintu bilik sentiasa ditutup rapi . golek , terlentang , meniarap semua dalam bilik jea . hahaha .












ni dia pengawas rumah , masa orang tengah buat kerja dia duduk dalam bilik dendiam , orang dah balik dia mula lah meronda check hasil kerja orang . nak khidmat dia? email jea k. haha

yang kat atas ni gamba rupa paras dapur aku dah kena pecah , memang terbaik sangat habuk dia . tapi , aku rasa puas sebab dapat buat dapur ni , walaupun jarang - jarang masak tapi mengidamkan dapur yang besar dan cantik memang dah lama . alhamdulillah , tercapai hajat nak dapur besar , dapur cantik belum tahu lagi . hehe , sebab aku ni tak pandai sangat nak menghias .

baiklah , setakat ni saja . ni cycle terakhir kerja , pastu cuti sepanjang ramadhan . alhamdulillah . baru jea dengar pengumuman pasal puasa . weeehoooo puasa jatuh hari ahad ni . jom siap sedia semua . see yaaa !







Thursday, June 19, 2014

alang - alang ke jengka singgah sebentar di bukit tinggi

assalamualaikum dan selamat sejahtera korang , 

entri kali ni post gambar banyak sikit dari biasa . kata berjalan - jalan haruslah bergambar sana sini . 

ahad lepas ada kenduri kat jengka 20 , kenduri kahwin kawan syam . kebetulan cuti aku follow jea lah dia ke sana . sorry , tak dapat nak pertontonkan gambar pengantin sebabnya majlis dah selesai . kata pengantin , kat situ memang kenduri cepat habis padahal masa tu baru pukul 2 petang . pengantin siap da tukar baju t kot . dah sedia nak sental periuk da . hahaha .

bergerak balik dari jengka lebih kurang pukul 4.45 petang , alang - alang dah nampak signboard bukit tinggi terus jea kiteorang membelok ke sana . naik bukit dia yang bengkang bengkok cam ular sawa tu . nak termuntah jugak rasa , aku ni memang tak boleh tahan kalau jalan cenggitu . nasib baik sikit jea . pastu ok sikit dari tadi jalan dia .

sampai ke puncak akan lalu kaunter bayaran masuk , memandangkan kami sampai dah pukul 6 jadi ada 50% diskaun tuk masuk . kalau tak kena bayar rm12 seorang , kanak - kanak tak pasti pulak sebab tak bawa kanak - kanak masa tu . huhuhu .

masa tu semua kawasan yang menarik dah tutup , tengok map kat atas tu ada japanese garden dan animal park . siap ada free shuttle tau . tapi tulah , sampai pun dekat nak maghrib , garden mana nak buka lagi masa tu . kiteorang pun jalan - jalan jea lah area colmar tropicale , lawa tempat tu , shoot tuk pengantin memang best sebab scenery dia memang menakjubkan . hahaha . 

souvenir shop , ada jugak buah tangan nak bawak balik nilai .

cam biasa , poyo !

pilihan barangan cenderahati yang boleh korang beli buat semak kat rumah . ada t-shirt , fridge magnet , key chain dan banyak lagi lah . harga pun berpatutan tak ada lah merepek sangat . sebab pernah pergi beberapa tempat , fridge magnet sampai rm20 seketol nak jadi apa ? ! haha .















posing ntah apa - apa dari kiteorang , sebab suka sangat dengan scenery dia . cuaca yang sejuk sikit dari bawah bukit tinggi . kehijauan yang menenangkan . perghh memang syok lah . aku rasa tak sampai sejam pun kiteorang kat sana sebab kawasan colmar tropicale ni tak terlalu besar .

ia bukan tempat korang nak huha sana sini tapi kalau nak relax , inginkan suasana yang sikit romantis boleh lah . rasanya kalau malam mesti lawa tempat ni , nextime boleh lah nak bermalam kat sini . sebab nak tengok suasana malam pulak kan .

baiklah , setakat ni saja entri ni . jumpa lagi . in sha allah ^.^






Sunday, June 8, 2014

rimasnya bila kuku panjang , arghhh !

assalamualaikum dan selamat sejahtera ,

korang pernah tak merasa rimas bila kuku dah panjang macam mak lampir ? haaa , aku memang tak suka simpan kuku panjang sebab aku memang akan merasa rimas sangat - sangat . mula lah rasa tak selesa , lagipun bila makan nasik semua melekat dalam kuku . eeeeikk , memang geli uolss . cuba korang bayangkan nak cebok macamana dengan kuku yang panjang ? yerkkss

tapi kena ingat , nak potong kuku kenalah lah ikut sunah nabi . kuku yang mana kena potong dulu , hari apa yang elok untuk potong kuku , amalkan lah insyaallah semua keberkatan kita dapat .

macam aku , suka potong kuku hari jumaat . sebab hari jumaat tu hari yang bagus , penghulu segala hari . aku google sana sini rupanya hari isnin dan khamis pun bagus jugak . cuma aku jea yang kekurangan ilmu bab - bab potong kuku ni .


tengkiu en.google dan blog yang berkaitan memberi info yang berguna :)

ada dua pilihan cara memotong kuku mengikut sunnah nabi , korang save jea image kat atas ni buat rujukan . yea lah , baru pertama kali nak cuba mesti tergagap - gagap sebab belum biasa . kalau dah selalu , tutup mata pun tak ada hal lah . hehehe

cara potong kuku kita dah tahu , hari apa yang elok untuk potong kuku? kenapa kena potong ikut hari - hari tersebut ? haaa , semua tu ada hikmah dia tau , jangan sebarangan jea nak potong kuku kan .

  • jumaat : nescaya keluar dari nya dosa -dosa seperti bayi yang baru dilahirkan dan masuk kepadanya rahmat dari Allah swt
  • sabtu : nescaya keluar dari nya ubat - ubatan dan masuk kepadanya segala penyakit
  • ahad : nescaya keluar dari nya kekayaan dan masuk kepada nya kemiskinan
  • isnin : nescaya keluar dari nya penyakit gila dan masuk kepada nya kesihatan yang baik
  • selasa : necsaya keluar dari nya kesihatan dan masuk kepada nya penyakit
  • rabu : nescaya keluar dari nya was - was dan masuk kepada nya kepapaan
  • khamis : nescaya keluar dari nya gila dan masuk kepada nya sembuh dalam segala penyakit 
jadi , marilah kita beramai - ramai mengamalkan sunnah nabi dalam memotong kuku , menurut mak aku , seeloknya kuku yang dipotong tu dibuang ke atas tanah . katanya dari tanah kita dijadikan , tanah jugak tempat kita kembali . wallahu'alam .

Saturday, June 7, 2014

extend dapur sebab harga simen dah makin naik . phewww

assalamualaikum dan salam sejahtera ,

harini bermula lah kerja - kerja menyusun dan menyimpan bebarang rumah . semua ni gara - gara nak extend dapur dengan nak pasang plaster ceiling . dah lama jugak berangan nak besarkan dapur tu , sebab dapur rumah aku teramat lah kecik . datang family aku reramai dari kuching dah berhimpit kat dapur . badan semua dah lah semangat - semangat . hahaha

puas lah aku mencari , meng'google' dan menanya kengkawan nak cari mana contractor yang boleh buat dan siap sebelum raya ni . mak mertua pergi panggil cina yang pernah buat dapur rumah dia dulu datang buat quotation , sekali harga yang disebut mencecah 30k , gulpp tetelan kahak aku dengar . hahaha , pastu panggil seorang contractor dari indonesia , panggil dia wak jea , dia pun memang ada jea kat area rumah aku tu sebab tengah buat dapur rumah jiran , selang beberapa pintu dari rumah aku jea , dia pun harga boleh tahan , dapur sahaja dan rumah miaww aku dia amik 29k tak termasuk wiring . pheuwww , meleleh hingus dengar harga yang disebut . padahal , tanah belakang rumah aku tu 5 kaki jea panjang , lebar 22 kaki . harga memang memeranjatkan aku , sebab budget kiteorang pun ciput macam dapur asal . hewhewhew ! 

finally , teringat dekat kawan lama dari lcct . dia memang pernah buat beberapa buah rumah kawan - kawan yang lain . tengok hasil kerja dia agak memuaskan jugak . so , terus suruh dia datang buat quotation . explain itu ini , dia pun ukur sana sini , bagitau rumah miaww aku macamana bentuk dia , dengan saluran air , laundry area , table top dan macam - macam lagi lah . yang penting bagitahu dia budget tak berapa nak tinggi . hahaha , sebelum dia cas harga yang bukan -bukan baik bagitahu sesiap , kang naya !

dia datang rumah dalam pukul 11 pagi , lebih kurang pukul  9 malam dia telefon , sebut lah harga dia , alhamdulillah ! tersasar jauh jugak dari budget aku . tapi oklah dengan dia . nama pun kawan lama kan , apa salah nya try dia sikit , mintak benda - benda free lah apa lagi , hehe . dapat percuma tukar mangkuk toilet aku yang dah pecah dan sompek , pecah rumah sampah kat depan rumah aku tu dengan plaster ceiling untuk dapur sahaja . aku tambah lagi 1k untuk plaster ceiling ruang tamu . harga kurang sikit dari wak , tapi berbaloi sebab sekali dengan plaster ceiling dan wiring . rumah kena siap paling lewat seminggu sebelum raya . harap dipermudahkan oleh Nya . amin .

tak sangka nak extend dapur ciput tu sampai harga macamni , tapi semua contractor yang aku panggil untuk quotation bagitahu , bebarang dah naik harga , upah pun dah naik , terutama sekali simen pun dah naik harga . bayangkan , mak mertua aku extend dapur dia tahun 2006 , rumah end lot , tuka semua tiles kat dapur , pasang plaster ceiling satu rumah tak termasuk bilik , semua tu cuma 18k sahaja . tahun 2014 , buat dapur aku , rumah tengah cecah sampai 30k . berbeza sangat - sangat okey ! harga dah berganda .

so , dah discuss dengan hubby tersayang , dengan ibu dan ayah mertua yang lebih arif . aku confirm dengan jais , tanya bila dia boleh start , boleh ke dia siapkan sebelum raya , berapa orang pekerja yang dia ada . agak berpuas hati jugak dngan jawapan yang begitu memberansangkan  . confirmed ! jais lah orang nya .

5 / 6 / 2014 hari khamis dia datang ambil deposit , terus mulakan kerja membersih lalang yang macam padi dibelakang rumah aku . by tengahari tu semua dah bersih , esoknya lori datang hanta bebarang . harini dah siap buat bim . faster da bomb jugak , lagipun cuaca amat lah baik , memang mengizinkan . alhamdulillah . nahhh , kasi tunjok sikit suasana belakang rumah aku . jiran kiri kanan dah buat dulu , heeee aku jea ketinggalan sebab ongkos nya tak ada . hahaha



ni lah dia , mr . jais ! perlukan khidmat dia , sila email saya . hahaha
pekerja dia 2 orang dari indonesia
tengah pasang dawai tuk bim .





sampai disini saja review kita kali ni , ada masa yang terluang akan ku update dari masa ke masa perjalanan projek ini berjalan , cewahhh . macam nak bina banglo pulak . hahaha . apa - apa pun terima kasih sebab meluangkan masa membaca vlog kita . heeee

Thursday, May 22, 2014

dag dig dug . . . tak lama dah lagi

assalamualaikum dan selamat petang,

nervous tak terhingga , tinggal beberapa minggu jea lagi ni . harapan aku semoga Allah swt memudah kan segala urusan dan memberi keizinan tuk kami suami isteri . harap dapat diberi peluang . merasa menjadi seorang wanita yang sempurna dan mempunyai keluarga yang sempurna .

tanda tanya ?? tak apa , aku biarkan korang bertanya - tanya . semua tu surprise . kalau dah surprise mana boleh nak story dulu , kena lah tunggu sampai masanya akan korang tahu jugak . baru lah masa tu korang cakap " tak ada lah surprise sangat , poyo juju ni . hahaha "

masa hampir tiba , bebarang pun dah complete , cuma tunggu ketibaan yang terindah jea lagi ni . seperti biasa , aku minta jasa baik korang doa kan supaya segala urusan tuk aku dipermudahkan . semoga apa yang aku impikan ditunaikan oleh Nya .

dag dig dug , di dalam dada . . . hahaa tu lah yang aku rasakan sekarang ni . nway , kita tunggu lepas raya nanti , ops , sebelum raya .

adiosss amigosss !

ihsan dari en.google. geram tengok tangan si tembam nih . hehehe 

Monday, December 16, 2013

supplement tuk diri sendiri . tak salah untuk mencuba shaklee !

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

burppp . . . excuse me ! hehehe kenyang lagi ni sebab baru lunch . eh mesti heran kan , pukul 6 dah kot takkan baru lunch ? yea saudara dan saudari memang aku baru lepas lunch . harini aku laki bini bantai tido sampai pukul 11 . wahhh, heaven nya ! eh , jangan ingat ni hari - hari jadik tau . harini jea bangun lambat sikit sebab tak boleh nak sedar . hehehe !

jadi , dengan simple nya aku hiris sengkuang , timun , epal dan tauhu . then aku rebus telur puyuh makan cicah dengan kuah rojak tonggek ( terbaik dari penang ) mablesss untuk sarapan laki bini harini .  simple jea breakfast kami , janji kenyang sebab nak makan ubat ! hehehe . perut kenyang bertahan sampai pukul 3 . pastu perut dah memekak mintak nasik . huarghhh , nasik jugak dia nak . hambikkk , pukul 6 baru dapat makan nasik . ok lah dari tak dapat langsung , perut orang melayu sejati kan , tak makan nasik memang tak sah ! badan dah macam di pam - pam dah ni . nasib laki tak complaint . huhuhu .

intro kemain panjang lebar , padahal nak bagitahu yang aku dah start makan supplement dari shaklee . hihihi , so far so good , tak nampak apa - apa perubahan pun . jadi ,  banyak kan bersabar sebab nya mungkin supplement ni lambat serasi kot dengan aku . esok dah masuk botol kedua aku ambil gla . aku pun cam gitu jea . masih seperti sebelum - sebelum ni . tak nampak lagi tanda - tanda nak datang bulan . haishh !

kekadang ,  aku rasa frust sesangat , yea lah , dah 4 tahun kot hidup berdua , tapi kena kuatkan jugak semangat . tak nak fikir sangat pasal benda camtu , usaha jea lah sampi sudah . ada rezeki dengan keizinanNya insyaallah ada lah nanti . jadi , sesiapa yang masih belum ada rezeki anak , tak yah nak sedih - sedih , tak yah nak nangis - nangis , doa dan usaha banyak - banyak . sama -sama lah kita berusaha eh !

wokeyh - wokeyh , supplement shaklee ni aku ambik 4 jenis . gla , b - complex , alfafa dan licithin . budget nak subur dan kurus sikit . heee , tak mo lah kurus sangat nak sikit jea kurus . hahaha ! gla aku ambik sebiji selepas breakfast dan sebiji sebelum tidur . cara pengambilan gla ni berlainan sebab ikut jadual period korang . cara aku ni cara orang yang mempunyai masalah period yang tak teratur yang sesuka hati dia nak mai ke tak ! adushhh !

b - complex pulak aku ambik sebiji selepas breakfast . jimat banyak lah sebab sebotol tu ada 120 bijik , mau berbulan makan tak habis . hehe . yang aku perasan dengan b - complex ni , dia berwarna kuning terang . cantik kau warna dia . setiap kali shi shi  mesti warna kuning cam dia jugak . hehe , jangan pelik dan heran memang akan jadi macam tu ,  sebab b - complex ni larut air .  sebab tu shi shi warna sama cam warna pil tu .  hihihi .

alfafa , aku ambik 3 bijik selepas lunch . kekadang aku tak lunch jadi petang - petang baru nak makan . yang tak best nya alfafa ni sebab bau dia amat lah kurang menyenangkan . tapi terpaksa telan jugak ! sebotol ada 330 bijik , dia suruh kita ambil 10 bijik sehari , tapi sebab baru nak sesuaikan tuk badan kita jadi aku makan 3 bijik dulu . fungsi dia untuk pembuangan . jadi memang akan terlebih shi shi dan yak yak . ekot berapa banyak korang melantak lah .

dan licithin , makan 3 bijik selepas dinner . ni pun sama jugak kena ambik 10 bijik sehari tapi ekot kita lah . fungsi dia untuk meningkatkan pembakaran lemak dalam badan . lepas makan licithin ni memang mandi peluh kot . kalau kau banyak bergerak lagi lah . pheuwww !

sekian sahaja cerita supplement kita , rasa excited nak mencuba shaklee sebelum ni . sebab shaklee ni memang terkenal dan bagus . doktor pun menggalakkan kita makan supplement tuk kesihatan dalaman kita . sorry akak dan abang , saya tak jual sebab saya pun membeli dari orang . tapi , sekiranya korang berminat saya boleh bagi no fon distributor shaklee yang superb peramah dan cun . hehehe just tinggalkan email dekat ruang komen .

baii uolsss !


Saturday, October 19, 2013

Cuba hamil dengan Fertilaid

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

berhabuk dah vlog ni sebab lama tak lap - lap. sangat malas nak update sebarang cerita, ntah jin malas mana yang merasuk aku. idea pun tak de sebenarnya nak merapu meraban kat sini.

perkembangan aku memang tersangat lah kembang. hahaha. semangat betul badan aku sekarang, haishh selera makan memang tak putus - putus. aku pulak yang risau. maksudnya aku memang kena berdiet mulai sekarang. selain dari itu BERSENAM! chaiyookkkkk JUJU!!

ok - ok, nak story pasal fertilaid ni, tahu product supplement ni dari seorang sahabat, dia tak berniaga pun supplement ni, cuma dia beritahu lah kebaikan dan keberkesanan produk ni dekat dia. sebagai seorang wanita yang dah bergelar isteri dekat nak 4 tahun ni, tersangat lah ingin nak mencuba. mana lah tau kot - kot ada rezeki kan. semangat nak mencuba tu memang berkobar - kobar, chewahhhh, beli lah 1 set tuk husband & wife dari seorang kawan yang dah beli tapi tak sempat nak makan dah preggy tanpa dia sedari.

yang bestnya dapat diskaun hebat dari beliau, haihhh save rm30 juga tau. harga tuk set husband & wife tu rm280. kiranya rm140 lah tuk seorang. ada 90 capsules, makan 3 capsules setiap pagi selepas sarapan. supplement ni macam makan jamu tau, maybe lain orang lain effect nya kan. selepas sejam makan fertilaid ni badan aku akan mengeluarkan peluh yang super banyak, lagi - lagi memang aku banyak bergerak. proses pembuangan aku pun makin mantap, yea lah sampai 2-3 kali sehari, ko hadoooo?!

yang paling penting, selera makan aku memang super duper bertambah. tapi untuk seminggu awal sahaja. aku anggap itu biasa sebab kebanyakkan pil - pil hormon yang aku pernah makan memang akan menaikkan selera makan aku. sebab pil hormon jugak lah aku jadi begini. hahaha nak salahkan pil hormon pulak!

termasuk harini, dah 19 hari aku makan fertilaid ni. setakat ni itu jea yang aku dapat beza kan. lain perbezaan belum lagi. belah syam aku tak tau, biasa lah lelaki ni mana sempat nak carik perbezaan before and after kan. yang dia tahu tiap - tiap pagi makan supplement. hahaha. eh lupa, ada 1 benda yang syam perasan dekat fertilaid ni, iaitu ia tak ada sticker lulus dari pihak KKM. Waaaaaaaa, memang terkejut gila, pelik pun yea juga sebab boleh lepas masuk Malaysia. kalau nak kata sticker kat kotak, fertilaid tak ada kotak okeh. blur sangat masa syam tanya, tapi buat tak tahu jea lah. hehehe. sekarang nak habiskan sebotol tu then memang tak nak repeat da. sebab takut!



p/s : next month try new supplement from shaklee. cant wait! weeehoooo. pray for da best! ;)

Saturday, June 15, 2013

spaghetti ala - ala juju

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

harini dengan mood yang berbunga - bunga, dengan kerajinan yang membuak - buak. akhirnya bermasak - masak aku di rumah. kalau isteri - isteri lain, masak tu adalah perkara biasa. tapi tidak bagi aku, haha. aku akan masak kalau mood masak aku turning on, ataupun dapat special request dari ehem - ehem. haha laki aku lah siapa lagi? skandal? no way! tak ada masa aku nak berskandal, nak tambah lagi dosa? ahhh harap - harap dijauhkan dari dugaan tersebut. amin~

sudah jauh kita kelaut, meh nak tunjuk sikit spaghetti ala - ala juju. hahahaksssssssss

yummy.. bagi aku lah, bagi orang lain aku tak tahu. hehe

rasa nya ramai yang pandai masak spaghetti ni, jadi tak perlu lah aku nak kecoh - kecoh resepi kat sini, wat malu jea. haha. kebetulan sepupu aku datang dari sarawak rini then lepak kat rumah aku 3 ari ni, kebetulan ada prego dalam kabinet dengan daging hancur dalam peti. jadi bermasak - masak lah aku untuk makanan tengahari kami.

yang melahap aku dengan sepupu aku jea, syam tak layan spaghetti ni. bukan taste dia. sebab tu dikala teringin aku beli kat luar jea. rugi masak sendiri sebab sorang jea makan.

sampai disini sahaja luahan ku kali ini. konon - konon sedap sangat spaghetti ni sampai nak post dalam vlog, yea dak?? hahaha

ok bai & salam ^-^

Friday, June 7, 2013

disebalik kaca mata hitam ku

malu tau, kiri kanan orang pandang. dieorang ingat aku saja nak budget hot ke?

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

nampak stylo tak aku pakai spec ni? haha. lawa lah sangat kan? ingat suka-suki ke pakai? ada sebab tau. keluar makan, pergi giant, jalan-jalan pun kena pakai spec. kalau tak mahu orang pelik mata bertaik, merah dan berair. 

fizikal nampak sihat walafiat, tapi bila tertengok kat mata jea da tau da, sakit mata okeh! sensara beb menahan sakit mata ni. kena panas pedih. rasa nak korek keluar pun ada sebab gatal yang amat. nak garu tak boleh pulak tu. haisshh, memang azab! mc memang mc, tapi kena duduk rumah dendiam sebab tak boleh nak kemana-mana pun.

pergi klinik dapat lah mc 3 hari, bersama ubat titik tuk siang, krim sapu kat mata tuk malam, pil antibiotik dengan pil tahan gatal. pergh, sabar jea lah, dugaan Allah semua ni. mata berair macam tengok drama sedih jea. tapi padahal dia suka-suka nak keluar. part paling best masa nak bangun tidur tu, hahaha kelakar habis! tak boleh buka mata beb, kena pakai jari baru dapat bukak mata. hahaha. sampai nak nangis sebab takut. takut mata tak leh buka langsung. adoiyaiii.

alhamdulillah, ni hari ke 7 menanggung sakit mata ni. dah beransur pulih. gatal pun dah kurang sikit. kaler dia pun da warna pink. syomel tau mata pink. merah menyala seram jea aku tengok. hahaha. aku harap ia cepat baik, sebab banyak tuntutan ot bulan ni. tak mo lah nak cancel sebab da janji kan? amin~ ~

ok bai & salam ^-^


mataku disebalik spec itu, seram tak?? heeee ini day 3 sakit mata :)

Tuesday, May 28, 2013

alahai teduhan kasih pulak sekarang ni



assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

korang tengok tak drama akasia teduhan kasih setiap hari isnin - khamis 7 malam kat tv3? aku memang tak missed lah drama ni. sebab nya pelakon kesayangan aku berlakon, harus lah tonton. kalau kena kerja shif petang aku suruh adik ipar aku record al maklum lah rumah aku tak ada pvr bagai. -_-"

drama ni, memang mantap meletopz mablesss! lakonan abil suhaimi memang menyakitkan hati tapi die memang hebat. haishh, dengan adi putra yang ala - ala sweet gitu. mula lah nak berangan nak jantanz cam tu. haha! can't wait 7pm today. so, sesiapa yang belum sempat menyempat nak tengok drama ni, boleh lah mula tengok sebab baru 7 episod, lagipun tonton kan ada. ^^

meh aku story sikit sinopsis drama yang diadaptasi dari novel teduhan kasih.

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

slot akasia teduhan kasih ini menampilkan pelakon hebat seperti adi putra, nabila huda, zarina zainuddin, mak engku, talha harith, rhim omar, liza abdullah dan julia ziegler. jadi, jangan lupa setiap isnin -khamis jam 7 malam di tv3.

drama - drama juga, tapi solat maghrib jangan lupa ya ^-^

ok bai & salam ^-^

Sunday, May 12, 2013

tangkuban perahu. mabless


assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

harini, mood rajin tuk mengupdate berkenaan percutian yang lepas. hehe. masa bercuti ke bandung ritu, kami juga berkesempatan pergi ke tangkuban perahu. sesampai jea bandung, jumpa jea pak supir, kami naiki kenderaan terus ke tangkuban perahu. ia juga salah satu tempat yang famous eh di bandung. bermacam cerita dan kisah disebalik nya.

tempatnya indah serta nyaman, udara saja yang tak sedap dihirup sebab bau sulfurnya yang kuat. haha! kurang selesa dengan penjaja-penjaja yang berada diatas tangkuban perahu tu juga, sebabnya dieorang ni terlalu memaksa dan akan follow kita sampai kita mengalah dan membeli barangan dieorang. yang penting, strawberry kat atas tangkuban perahu sangat manis tau, sebabnya dieorang spray dengan air gula. jadi kamu-kamu jangan beli strawberry kat situ, beli tempat lain jea. bersyukur jugak lah tangkuban perahu tu dah dibuka untuk kunjungan sebab sebelum tu kami dapat berita ia tutup atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. tapi lupa lah pasal apa. sorry!


meh nak story sikit sejarah tangkuban perahu ni, cerita dan sejarah dari rakyat tempatan.

Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalaman. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

gunung tangkuban perahu ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif dan keadaannya masih diawasi ketat oleh pihak vulkanologi indonesia. ada beberapa kawahnya masih lagi menunjukkan ia masih aktif dan tanda - tanda keaktifan gunung ini apabila munculnya gas belerang dan sumber - sumber air panas di kaki gunungnya.


view confirm memang terbaik. sejuk jugak tau.

ada orang budget ensem. puihhh




best place to visit, tak rugi tau. nanti kalau ke sana cakap jea dngan pak supir nak ke tangkuban perahu ni, nanti dia bawak lah. bila dah sampai sini, tak rasa pun kat indonesia, terasa kat genting highland jea sebab penuh dengan orang malaysia. haha, everyone can fly!

ok bai & salam ^-^

salam sayang dari bandung untuk kamu semua. haha. poyo!!

Thursday, May 9, 2013

sentap menyentap. hambik kau!

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

haishh, sekarang rajin betol nak menghupdate. mood mari~ ~ so baca jangan tak baca. nanti bila mood lari~ ~ baru korang ternanti-nanti next post aku. huahuahua budget glamour semalaya okeh! bila lagi nak rasa famous amos kembang semangkuk mee. =_="

uols, aku nak tanya, korang pernah ke sentap dengan sesiapa yang bermulut laser? then teros korang bermasam muka konon-konon hati terluka? hehe, saja nak tau kan? ke ada yang pernah sentap dengan aku? hehe, sorry! aku ni memang, mulut jahat. haishhh nasib dah kawen, kalau belom mesti tak laku-laku. T_T

aku ni mulut boleh tahan lah kan, tapi tak ada lah all the time nak menembak orang jea!  actually aku nak bergurau, tapi cara gurauan aku ni kasar kot. hikhik, tu yang sampai ada yang tersentap. harapan aku tak ada lah yang bermasam muka then terus annouce perang!!

tapikan kengkawan, bila aku fikir-fikir balik, sebenarnya orang lain dulu yang melaserkan diri beliau dengan aku dengan harapan aku akan kalah tapi dia tak tahu aku dah pasang pendinding yang tebal supaya aku tak tersentap dengan laser dia tu, haha, itu lah keistimewaan yang aku ada sebab aku ni bermulut laser dan suka bergurau kasar jadi aku kenalah kebalkan diri aku supaya tak mudah sentap. tak ada lah orang cakap-cakap belakang, 'juju tu gurau kasar, bila orang lain gurau kasar dengan dia, dia nak sentap pastu terus muka masam cam taik. puiiihhhhh'

jadi, kepada sahabat-sahabat yang dicintai, bermula dari sekarang aku akan ubah kebiasaan mulut aku ni untuk kebaikan kita bersama. malas lah nak gaduh-gaduh manja dengan korang. yea lah, hari-hari jumpa muka kau jea. kalau jodoh panjang sampai ke pencen lah ngadap kau jea! -_-

jadi kepada yang tersentap, aku mohon ampun dan maaf, harap kau maafkan aku. kita manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan. tak perlu tunggu raya lah yea nak bermaafan. sebab lambat lagi. takut umur tak panjang. ;)

ok bai & salam ^-^

Tuesday, May 7, 2013

kawah putih, bandung. nice place!

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

agak rajin harini, jadi nak update sesuatu daripada percutian yang lepas. hujung bulan mac aku dan segerombolan kengkawan bercuti ke Bandung, Indonesia. saja sight seeing nak tengok keadaan dan suasana tempat orang kan. lagipun sekarang everyone can fly. hihihi

salah satu tempat percutian tersebut iaitu Kawah Putih. serius, tempat dia memang indah, sejuk, mendamaikan cuma agak busuk sikit lah maybe sebab dari bau sulfur gunung berapi kan. perjalanan dari bandar bandung ke kawah putih ni ambil masa lebih kurang dekat 2 jam. dah bangun tidur balik then bangun lagi. haha. dengan jalan yang teramat sesak, jalan sempit memang solute lah dengan pak supir area bandung ni, sebab ternyata dieorang ni cekap memandu.

pemandangan sepanjang perjalanan memang mengkagumkan. indah, sejuk, damai, tenang jea. sebabnya kita akan melalui kawasan kampung dieorg. 

pemandangan sepanjang ke kawah putih. nice kan?

kawasan perkampungan dieorang

cantik kan pemandangan ni, hati sejuk jea sebab memang suhu kat sana pun sejuk. maybe kawasan tanah tinggi lah. alah, cam kat cameron ataupun genting lah. sempat jugak pergi memetik buah strawberry, hehe murah sangat tau 1kg baru rm12. best sebab petik sendiri, terasa seperti petani sejati. waaaaa! menangis sekarang T_T

bila sampai sana, terpegun dengan keindahan tempat tersebut. apa lagi bergambo sakan lah!! hehee

sampai pening kepala aku hidu bau sulfur ni. haishhh

abaikan kaki aku yang pelik tu, haha
banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas nak upload bebanyak.hehe. sekian sahaja liputan mengenai kawah putih, pergi dah lama tapi baru nak update memang terbaik lah, sebab ada yang ingat ingat lupa. hehe. kalau ada nak tanye pape sila tinggalkan komen anda.

ok bai & salam ^-^

Friday, April 5, 2013

yeay! da siap da.

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

alhamdulillah dapat lagi aku memporet sesuatu kat vlog ni. walaupun sekian lama menyepi kerana kehilangan idea dan mood, finally aku kembali. sila jangan muntah darah. hehehe

last update story pasal renovate depan rumah kan? sekarang dah siap! yeay! sebenarnya dah lama siap. tapi baru nak gedik update. haha, ntah nape sekarang nih tak leh tenung sangat pc / laptop / hp ni, sebab ia mendatangkan pening keatas diriku.

macam dah tua sangat jea kan, macam - macam penyakit. tapi alhamdulillah, Allah sayang lah tu sebab tu dia bagi dugaan. eh, malas lah nak ngomel, jom tengok hasilnya. hehe ^^

minta tiga lubang segiempat tu, sedih dia lupa. die buat dua jea. :(

dinding ni, jiran sebelah dah buat dulu. so kami tinggal cat jea lah.

tadaaa, alhamdulillah. ada juga tempat berteduh :)

model yang dah tak laku. ok. baiii
ada lagi next project tuk rumah ni. tapi lagi 10 tahun akan datang. haha. janji selesa lah kan. bila dah ada rumah sendiri ni memang macam-macam. dapat pulak mak mertua yang sporting habis. memang gerek seyhhh. hehe, bangga ada ibu mertua yang memahami cam ibu saya. baik, muntah sekarang.

ok bai & salam ^-^

Saturday, March 23, 2013

pecah sana sini, tampal sana sini, habuk sana sini! haaacuuummmm!

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

hari sabtu yang membosankan bagi aku. huargghh! ngantok + penat = malas. tapi apakan daya, tuntutan kerja penting juga. tapi da macam tak ikhlas pulak kan sebab merungut tak tentu pasal. haishh, apa nak jadi juju ni. adoiii

rindunya nak bermalas - malasan kat hotel ke motel ke? bercuti tanpa memikirkan masalah dan hilangkan stress bekerja. kerana sekarang aku sangat perlukan cuti dan rehat. badan dan minda terasa sangat letih. mereka juga perlukan off day!! arghhh!!

hahaha, ini kisah benar tau, tapi tak ada kena mengena atau berkaitan dengan sesiapa yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. kisah benar sebabnya ia kisah aku. hahaha. sila jangan menyampah!

kembali kepada tajuk, sebab da jaoh sangat menyimpang. heeee^^
act, aku tengah buat tembok dan awning kat depan rumah. jadi habuk memang berterbangan sana sini lah. hehe, aku ambil kontraktor indonesia. sebabnya dia memang glamour di kalangan kejiranan aku tu. hasilnya pon in shaa allah tip top. harga pun berpatutan. janji puas hati dah la. tak buat pun tembok tu, mak mertua aku lah yang paksa-paksa suruh buat. dia kata family kiteorang ni kecoh, nanti jiran muncung pulak kami bising-bising. alasan munasabah kan? hehehe

so, aku lampirkan sekali gambar yang ada eh, enjoy!

day 1

day 1 



day 4

day 5

dah hampir siap da pun. da siap nanti aku update gambarnya yea. baiklah, sekian sahaja coretan atau bebelan aku kali ini. ada masa terluang kita berjumpa lagi.

ok bai & salam ^-^

Tuesday, March 19, 2013

kediaman rasmi jujusyam. yeehaaaa!

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca yang disayangi,

sihat ke korang? sorry lah sebab lama tak meng'update' apa kat vlog tersayang ni. mak sangat busy lately ni. busy sana, busy sini. pheuuu -_-"
busy dengan kerja, busy nak pindah rumah, busy dengan kursus lagi. serabut kepala mak tau. tapi mak tetap cool. walaupun tak dapat cuti tapi mak gagahkan jugak semangat mak yang tinggi ni. tinggi ke? of coz ler! ^^

pindah rumah? hehe, rumah yang dinanti-nanti dah menjadi hak milik rasmi "jujusyam". alhamdulillah dengan urusan yang sangat pantas seperti pos laju itew. lepas ni boleh lah promote kat memember servis lawyer ni. friendly, updated yang paling penting very fast. bersyukur sesangat dengan rezeki yang Allah beri ni. bayaran lawyer pun dah settle, tak ada apa dah nak fikir, cuma kena fikir monthly payment jea. kena survive sikit lah pas ni sebab bayaran bulanan dia agak tinggi. pheuuuuu ^^

nasib baik lah rumah ibu mertua ku sangat dekat, at least dapat menumpang kasih serta makanan di rumah dia. hehe, penjimatan hebat dah tu. lagipun memang dia dah cakap sesiap dah sebelum ni, tak payah nak masak-masak kat rumah. nak makan pergi jea rumah dia, tolong perabih laok. haha tu aku yang tambah!

gambar? nanti lah eh? serabut lagi lah. aku tengok pun serabut ni kan korang yang nak tengok. biasa lah baru pindah kan. nak kemas dalam masa 2 jam memang tak logik lah. jadi perlahan-lahan. sekarang tengah buat tembok dan awning kat depan rumah. lagi serabut kepala hotak. dengan habuk penuh depan rumah.

kenduri? in syaa Allah :)

baiklah, sekian saja coretan aku di tengahari buta ni. terima kasih kepada sahabat yang ganti aku masa aku pindah rumah ni, next aku ganti balik ya. jangan risau ^-^

ok bai & salam ^-^

Friday, February 1, 2013

10 tips cinta buat suami isteri

assalamualaikum semua,

baca post title pon dah tau kan apa yang akan aku share sekarang ni? hehe, of coz lah nak bagi tips hebat yang aku cilok dari fb. hehe. sebenarnya bukan niat nak cilok, tapi nak simpan tuk memory sendiri. sambil-sambil tu kita boleh share kan. sharing is caring. sharing information is caring, sharing a husband is haram. haha apa lah melalut aku nih pepagi ni kan. harap maklum, sebab tengah bersengkang mata menahan mengantuk.^^

okay, straight to the point. sila baca dan amalkan ya, In Sha Allah, dengan izin Allah bahagia lah rumah tangga kita. yang penting kena banyak berdoa kepada Nya, sambil-sambil tu berusaha lah kan. jangan mudah putus asa. rumah tangga mana yang tak pernah dilanda badai? banyakkan bersabar ;)

cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. lakukan dengan penuh ikhlas, kasih sayang menebal tau. In Sha Allah ;) jika terpaksa ke luar daerah, lakukan juga rutin harian mencium tangan dan dahi cuma kena tambah lah sikit dengan pelukan yang erat dan ciuman. yea lah kan, kata nak pergi outstation harus lah bagi bekalan yang mencukupi. haha ;)

walau sesibuk mana sekali pun, luangkan lah masa walau seminit untuk menelefon pasangan. tanya lah apa yang sedang dia lakukan dan khabar dia. terasa seperti bercinta lagi, sebab masih ada sikap ambil berat. bahagia kan rasa? hehe. sentiasa mengucapkan kata-kata sayang seperti i love you, i miss you, sebelum keluar kemana-mana ataupun sebelum tidur dan sebelum menamatkan perbualan telefon. wahhh, rasa di awangan. haha

sentiasa mencari peluang tuk menghabiskan masa bersama, makan bersama dan melakukan aktiviti-aktiviti bersama. pergi lah ke taman, jogging ke jalan-jalan ke, makan berdua di luar ke, macam-macam lagi lah, takkan semua nak bagi contoh kan. hahaha

luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja sebelum tidur. cerita perkara-perkara yang terjadi di tempat kerja, berkenaan politik ke, apa sahaja topik yang boleh dibualkan. bergurau senda lah bersama, cerita sesuatu yang kelakar, main teka teki ke kan. apa jea lah, janji happy!

sekiranya berlaku pertelingkahan, TOLONG jangan biarkan ia berlarutan selama sejam apatah lagi nak biarkan ia berlarutan sampai berhari-hari. cepat-cepat mohon maaf dan berbaik semula. yang paling penting, jangan sesekali berpisah tempat tidur, walaupun anak dah berderet ataupun usia dah meningkat sebab nya itu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri.

amalkan sembahyang berjemaah semasa berada di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. sweet sangat.

sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah, kek  atau kad untuk tarikh-tarikh yang istimewa dalam hidup korang selama bersuami isteri, contoh nya, tarikh hari jadi dan anniversary perkahwinan. pasti pasangan kita menyukainya. kenangan manis tu nanti. hehe

biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan dan minuman isteri/suami.

sentiasa kenangkan pengorbanan pasangan anda, pengorbanan isteri anda semasa melahirkan anak, tidak pernah berehat untuk menyediakan kelengkapan diri anda dan anak-anak anda dan kenangkan pengorbanan suami keluar bekerja mencari rezeki untuk memberi kehidupan yang stabil untuk keluarga nya. ringankan tulang untuk memberi bantuan dan ringankan mulut untuk mengucapkan 'terima kasih'. pasti pasangan anda terasa dihargai sangat-sangat.

sentiasa menyimpan tekad dan matlamat untuk menjadi suami/isteri yang baik dan bertanggujawab serta penyayang dalam rumah tangga bahagia, kerana apabila berfikiran positif semua nya akan menjadi mudah. ditambah dengan doa dan usaha yang tak putus-putus.

sekian sahaja tips yang mampu saya share kan untuk kalian, semoga memberi manfaat untuk semua suami isteri. sentiasa berfikiran positif, hilangkan rasa ragu dan malu anda, sebab semua yang kita lakukan adalah berniat untuk bahagia bersama orang yang tersayang. selamat berbahagia ^^

ok bai & salam^-^

solat itu wajib. jom solat!

assalamualaikum semua,

sihat ke korang? alhamdulillah, semoga diberi kesihatan yang baik-baik sahaja. cuaca agak panas kan time nih. mungkin musim tengkujuh dah nak berakhir, jadi kita bakal menempuh musim panas lah pasni. bak kata mat salleh, summer season! wah gitu! maklum lah, malaysia ada 2 musim jea, kalau tak hujan, apa lagi mesti lah panas. alhamdulillah, bersyukur dengan kejadian Allah, asalkan kita masih ada tempat berteduh, masih dapat menghidu udara yang segar dan nyaman pun dah mencukupi tau. bersyukur dan bertuah rasanya jadi rakyat Malaysia. bumi yang aman damai. alhamdulillah.

harini nak share pasal solat sikit. bukan nak tunjuk pandai ke apa, semua ni untuk rujukan sendiri dan memberi peringatan kepada diri sendiri. yea lah, kita ni manusia biasa, memang takkan lari dari melakukan kesilapan. pelupa pun yea jugak. kita bukan malaikat yang cukup sempurna sifat dan akhlaknya. lagi-lagi di akhir zaman ni, memang susah atau pun tiada yang sempurna. jadi berusaha lah dalam memperbaiki kekurangan diri sendiri.

dalam Islam, kita diwajibkan untuk solat 5 waktu sehari, iaitu solat subuh-2 rakaat, zohor-4 rakaat, asar-4 rakaat, maghrib-3 rakaat dan isyak-4 rakaat. setiap solat yang kita lakukan ada kebaikan dan kelebihannya,dan kita jugak digalakkan untuk solat lima waktu berjemaah sebab banyak fadilatnya, lebih-lebih lagi berjemaah untuk solat subuh, kita akan berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari. alhamdulillah. daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan yang berganda dari solat-solat lain kerana subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, sejuk menjadikan sukar untuk berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)

seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).Rasulullah SAW bersabda: “solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain. berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.

ok bai & salam ^-^

Friday, January 25, 2013

rumah idaman kami. In Sha Allah tak lama lagi!

assalamualaikum semua dan selamat sejahtera,

apa khabar semua? semoga sihat-sihat selalu, alhamdulillah. pagi jumaat yang indah bagi aku, sejuk dan nyaman jea. kaum adam jangan lupa jalankan tanggungjawab anda untuk berjemaah solat jumaat tengahari nanti tau. semenjak dua menjak ni, aku gembira sangat sebab tak lama lagi dah boleh duduk di rumah sendiri. alhamdulillah dan bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada kami suami isteri. walaupun rumah 2nd hand tapi tetap bersyukur, ada juga tempat berteduh. meh nak bagi serba sedikit informasi langkah-langkah membeli rumah 2nd hand ni ataupun rumah terpakai. ^.^

kami dapat tahu owner nak jual rumah tu dari mak mertua aku, jiran-jiran jugak lah yang bagitahu. jadi, kami call owner tanya dia nak jual berapa, tawar selagi boleh. alhamdulillah owner tu sangat baik, berbudi bahasa, senang bawa berbincang. jadi kami pun setuju dengan harga yang dah disepakatkan membawa berkat tu. sebab keadaan rumah pun sangat baik. atap rumah baik, tiada kebocoran dan yang penting tiada rekahan. lagipun rumah tu baru jea berusia 9 tahun. bertuah owner tu dapat penyewa yang menjaga rumah dia sebijik macam rumah sendiri. alhamdulillah.

jadi, kami pun pergi lah bank tuk apply loan. bank pilihan kami masa tu CIMB. tak tahu lah kenapa pilih CIMB, mungkin sebab kawan-kawan banyak apply loan dengan CIMB kot. isi borang housing loan application besertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan. seingat aku, copy ic, copy payslip 3 bulan, surat pengesahan jawatan, bank statement dengan copy geran rumah tersebut, kalau tak ada guna copy S&P. boleh minta dengan owner yea semua. pihak bank tolong value kan rumah tersebut, alhamdulillah juga sebab owner jual rumah tu bawah dari value. apa lagi, apply full loan lah. hehe. perkhidmatan lawyer pun kami minta pihak bank yang suggest. senang!

2 weeks later, pihak CIMB call bagitahu loan kami da approved. apa lagi melompat kegirangan. haha, alhamdulillah.. bersyukur tak terhingga kepada Allah swt. keesokkannya kami ke CIMB sign offer later dari pihak mereka. lenguh jugak lah jari jemari ni nak sign, sebab setiap helaian kena sign. sebelum sign kena pastikan kita faham setiap ayat tu, jangan main sign jea. tak faham boleh tanya dengan dieorang balik. tak mahu lah ada masalah dan ketidakpuasan hati dikemudian hari.

lepas tu, datang lah seorang jurunilai rumah untuk datang melihat-lihat rumah tersebut. kita kena ada sekali dengan dia. deal dengan owner, biar owner yang bagitahu dekat penyewa. tak ada lah penyewa terhangak-hangak tengok orang datang ke rumah kan. bayaran tuk jurunilai rumah aku tu dalam rm550, tapi aku bayar rm300 dulu, settle kerja dia pandai lah dia call kita suruh bayar yang selebihnya. nanti dia akan pos copy report tuk keluasan rumah yang kita nak beli tu. setiap pembayaran diwajiblah anda minta resit. penting resit pembayaran tu tau. dah ada resit jangan buang pula. simpan elok-elok. sebaik-baiknya sediakan lah 1 file khusus untuk simpan dokumen-dokumen ataupun resit-resit untuk rumah ni. letak sebarangan, botak lah kepala nak mencari.


2 weeks later, berjumpa lah kami dengan lawyer yang di suggest oleh pihak bank dengan owner. jumpa kat Mc'D jea kot, sign S&P kat situ juga. ni pun leh buat patah jari, punya lah tebal untuk 1 copy, kita kena sign 3 copy okay. haha. tak apa, hati tengah gumbira ketika itu. apadahal! lawyer pun akan bagi list apa yang dia akan buat beserta dengan harga. hehe, total bayaran lawyer rm6800. dia akan uruskan untuk kedua-dua belah pihak. ingat, harga lawyer pun boleh nego jugak tau. tawar lah selagi boleh. untuk perjumpaan hari tu, aku bayar lah lawyer rm1000 dahulu, kira duit buka file lah. jangan baik sangat, bayar semua. kang lawyer lambat buat kerja.

minta semua dokumen yang diperlukan untuk keluarkan EPF dari pihak lawyer, semua lawyer dah sediakan, tinggal nak pergi KWSP dan isi borang jea kat sana. call lawyer cakap nak semua dokumen tu, esok tu dah sampai kat rumah, dia pos jea. senang kan? urusan EPF pun mudah sangat. 3 hari selepas permohonan, tup tup dah masuk dah dalam akaun. alhamdulillah.


ini masa untuk menunggu, seperti aku ni lah, tengah menunggu nak dapat rumah. haishh, tak sabarnya. tapi tak apa, tak lama dah lagi, lawyer bagitahu mungkin dalam 2 minngu lagi. jadi kita tunggu dengan penuh kesabaran.

tapi nak bagi kepujian sikit lah dengan pihak bank dan lawyer ni. dieorang buat kerja memang tiptop. dengan lawyer pun sama, tak perlu aku nak call-call dia tanya perkembangan proses rumah, dia yang call-call aku setiap step yang dia dah buat. senang kan? alhamdulillah. aku apply loan dalam bulan oktober 2012, ni baru januari 2013, dalam masa 4 bulan semua settle, insyaAllah. lagipun proses pembelian rumah ni ambil masa 3-6bulan. Alhamdulillah juga sebab Allah swt permudahkan segala urusan kami.

mungkin ada yang terkurang sana sini dalam langkah-langkah yang aku share kan ni, harap maaf ya. biasa lah version sendiri. harap ia membantu untuk kamu.

ok bai & salam ^-^