assalamualaikum dan selamat pagi ,
agak lama tak berkumandang kat sini . almaklum lah baru dapat anak kecik , jadi busy dia mengalahkan PM . hehe . sebelum memperkenalkan budak kecik tu , jom kita sedekahkan al - fatihah untuk penumpang dan anak kapal MH 370 & MH 17 . ** al - fatihah **
alhamdulillah , rezeki bulan ramadhan haritu lahirlah seorang puteri yang diberi nama keisha arissa . sebutir bintang yang mampu menyerikan lagi memeriahkan rumah tangga kami . atas keizinan Allah kami dimurahkan rezeki untuk mempunyai anak setelah hampir 5 tahun menunggu . alhamdulillah dan bersyukur tidak terhingga kepada Allah swt kerana memakbulkan doa kami selama ini . alhamdulillah .
keisha arissa dah berumur hampir 2 bulan sekarang . seronok dapat melihat dia membesar , seronok tengok ragam dia , baru sedar betapa best nya ada anak ni . 1st pengalaman lah katakan . lepas ni , segalanya untuk keisha arissa , dah tak ada untuk diri sendiri lagi , sebab untuk sendiri dah puas dari dulu lagi fikir untuk diri sendiri jea . lagi - lagi dapat baby girl , baju pulak macam - macam fesyen memang umphhhh lah . hahaha .
kiranya tahun ni , nak stop semua planning holiday , tunggu keisha arissa besar sikit baru boleh bawak dia jenjalan . sian dia nanti kena tinggal dengan nenek dia . nenek dia dah la jenis yang perfection sikit , memang tak ada lah nak sebarangan sangat . alahh , dulu pun dah banyak jalan , tak de lah rasa terkilan sangat tahun ni tak dapat nak berjalan .
alhamdulillah , majlis aqiqah pun dah selesai 24hb ogos haritu . sempena hari raya kami buat open house terus belah petang tu . terima kasih bebanyak kat kawan - kawan yang sudi luangkan masa datang untuk memeriahkan majlis kami . sekarang tinggal nak cukur rambut dia lagi ni . nak botakkan . ikutkkan memang sayang yang teramat cukur rambut dia yang lebat tu , tapi ramai yang cakap memang elok buang rambut dari perut tu . jadi , kena buat jugak lah , harap lepas ni rambut baru tumbuh lebih lembut dan tebal dari sekarang . heee
baiklah , banyak sangat da bebelan aku dari tadi . biasa lah dah lama tak membebel . jadi sebelum aku tutup entry ni aku belanja sekeping gamba keisha arissa dengan papa dia . aku rasa gambar ni comel kot sebab keisha arissa senyum ! jumpa lagi . . .
makna nama keisha arissa , hidup dalam keadaan yang baik serta berazam dan kuat . ^^
Showing posts with label beloved family. Show all posts
Showing posts with label beloved family. Show all posts
Monday, September 1, 2014
Monday, February 10, 2014
perjalanan ke selatan . bercuti , bermain dan bersuka ria . yeayyy!!
assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ,
kali ni kami laki bini ke USS lagi ! wehoooo , tapi kali ni kami datang beramai - ramai dengan adik - adik ipar aku . wahhh , pasti seronok reramai pakat datang USS . heeee . seperti biasa , kami tak mungkin tidur kat singapore atas sebab - sebab kewangan dan perbezaan mata wang , kami ni kalau boleh semua nak jimat . especially bab - bab hotel lah kan , sebab bukan datang nak tidur semata - mata , dah memang datang nak berjalan . jadi memang berjalan jea lah . tengah malam baru nak balik hotel .
lagi - lagi ke johor , haishhh , banyak dugaan tau , dengan JPO nye lah , dengan pasar karat nya lah . tu semua pembaziran . rambang mata den . hahaha . yang semput laki aku lah , sapa suroh bawak kita pergi tempat yang bermanfaat tu . hihihi . lagipun bukan selalu dapat datang . sekali sekala jea pon . hehehe .
kali ni pergi penat sikit , sebab wrong timing ! musim cuti CNY beb , memang havoc lah USS , tapi nak buat macamana dah orang tu nak pergi sangat . mengalahkan budak - budak dia punya excited tu . huhuhu . lagipun , kena pergi cepat sebab kesian fatin nak masuk uitm machang dah hujung bulan ni . kang kesian dia tak dapat join sibling yang lain pergi bersuka ria . hehehe
entry kali ni tak mo masukkan dulu gambar - gambar dan kaedah - kaedah yang kami gunakan . next entry saya bagi informasi yang cukup untuk keperluan anda - anda yang memerlukan . hehehe . sebab aku ni pun kalau nak berjalan aku duk baca lah semua blog - blog orang yang dah sampai tuk dijadikan rujukan . alhamdulillah memang berbaloi - baloi .
jadi , entry ni akan menjadi entry yang berepisod . hahaha . nanti kita sambong eh ?!
p/s : terasa nak pergi disneyland pulak . haishh pelik - pelik selera aku ni . hahaha

Labels:
2014,
around da world,
beloved family,
wif love
Sunday, May 12, 2013
tangkuban perahu. mabless
assalamualaikum & selamat sejahtera semua,
harini, mood rajin tuk mengupdate berkenaan percutian yang lepas. hehe. masa bercuti ke bandung ritu, kami juga berkesempatan pergi ke tangkuban perahu. sesampai jea bandung, jumpa jea pak supir, kami naiki kenderaan terus ke tangkuban perahu. ia juga salah satu tempat yang famous eh di bandung. bermacam cerita dan kisah disebalik nya.
tempatnya indah serta nyaman, udara saja yang tak sedap dihirup sebab bau sulfurnya yang kuat. haha! kurang selesa dengan penjaja-penjaja yang berada diatas tangkuban perahu tu juga, sebabnya dieorang ni terlalu memaksa dan akan follow kita sampai kita mengalah dan membeli barangan dieorang. yang penting, strawberry kat atas tangkuban perahu sangat manis tau, sebabnya dieorang spray dengan air gula. jadi kamu-kamu jangan beli strawberry kat situ, beli tempat lain jea. bersyukur jugak lah tangkuban perahu tu dah dibuka untuk kunjungan sebab sebelum tu kami dapat berita ia tutup atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. tapi lupa lah pasal apa. sorry!
meh nak story sikit sejarah tangkuban perahu ni, cerita dan sejarah dari rakyat tempatan.
Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalaman. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.
gunung tangkuban perahu ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif dan keadaannya masih diawasi ketat oleh pihak vulkanologi indonesia. ada beberapa kawahnya masih lagi menunjukkan ia masih aktif dan tanda - tanda keaktifan gunung ini apabila munculnya gas belerang dan sumber - sumber air panas di kaki gunungnya.
![]() |
| view confirm memang terbaik. sejuk jugak tau. |
![]() |
| ada orang budget ensem. puihhh |
best place to visit, tak rugi tau. nanti kalau ke sana cakap jea dngan pak supir nak ke tangkuban perahu ni, nanti dia bawak lah. bila dah sampai sini, tak rasa pun kat indonesia, terasa kat genting highland jea sebab penuh dengan orang malaysia. haha, everyone can fly!
ok bai & salam ^-^
![]() |
| salam sayang dari bandung untuk kamu semua. haha. poyo!! |
Labels:
2013,
around da world,
beloved family,
friends like family,
myself,
wif love
Friday, April 5, 2013
yeay! da siap da.
assalamualaikum & selamat sejahtera semua,
alhamdulillah dapat lagi aku memporet sesuatu kat vlog ni. walaupun sekian lama menyepi kerana kehilangan idea dan mood, finally aku kembali. sila jangan muntah darah. hehehe
last update story pasal renovate depan rumah kan? sekarang dah siap! yeay! sebenarnya dah lama siap. tapi baru nak gedik update. haha, ntah nape sekarang nih tak leh tenung sangat pc / laptop / hp ni, sebab ia mendatangkan pening keatas diriku.
macam dah tua sangat jea kan, macam - macam penyakit. tapi alhamdulillah, Allah sayang lah tu sebab tu dia bagi dugaan. eh, malas lah nak ngomel, jom tengok hasilnya. hehe ^^
ada lagi next project tuk rumah ni. tapi lagi 10 tahun akan datang. haha. janji selesa lah kan. bila dah ada rumah sendiri ni memang macam-macam. dapat pulak mak mertua yang sporting habis. memang gerek seyhhh. hehe, bangga ada ibu mertua yang memahami cam ibu saya. baik, muntah sekarang.
ok bai & salam ^-^
alhamdulillah dapat lagi aku memporet sesuatu kat vlog ni. walaupun sekian lama menyepi kerana kehilangan idea dan mood, finally aku kembali. sila jangan muntah darah. hehehe
last update story pasal renovate depan rumah kan? sekarang dah siap! yeay! sebenarnya dah lama siap. tapi baru nak gedik update. haha, ntah nape sekarang nih tak leh tenung sangat pc / laptop / hp ni, sebab ia mendatangkan pening keatas diriku.
macam dah tua sangat jea kan, macam - macam penyakit. tapi alhamdulillah, Allah sayang lah tu sebab tu dia bagi dugaan. eh, malas lah nak ngomel, jom tengok hasilnya. hehe ^^
![]() |
| minta tiga lubang segiempat tu, sedih dia lupa. die buat dua jea. :( |
![]() |
| dinding ni, jiran sebelah dah buat dulu. so kami tinggal cat jea lah. |
![]() |
| tadaaa, alhamdulillah. ada juga tempat berteduh :) |
![]() |
| model yang dah tak laku. ok. baiii |
ok bai & salam ^-^
Labels:
2013,
beloved family,
home sweet home,
myself,
new hope,
our home,
wif love
Friday, February 1, 2013
10 tips cinta buat suami isteri
assalamualaikum semua,
baca post title pon dah tau kan apa yang akan aku share sekarang ni? hehe, of coz lah nak bagi tips hebat yang aku cilok dari fb. hehe. sebenarnya bukan niat nak cilok, tapi nak simpan tuk memory sendiri. sambil-sambil tu kita boleh share kan. sharing is caring. sharing information is caring, sharing a husband is haram. haha apa lah melalut aku nih pepagi ni kan. harap maklum, sebab tengah bersengkang mata menahan mengantuk.^^
okay, straight to the point. sila baca dan amalkan ya, In Sha Allah, dengan izin Allah bahagia lah rumah tangga kita. yang penting kena banyak berdoa kepada Nya, sambil-sambil tu berusaha lah kan. jangan mudah putus asa. rumah tangga mana yang tak pernah dilanda badai? banyakkan bersabar ;)
✿cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. lakukan dengan penuh ikhlas, kasih sayang menebal tau. In Sha Allah ;) jika terpaksa ke luar daerah, lakukan juga rutin harian mencium tangan dan dahi cuma kena tambah lah sikit dengan pelukan yang erat dan ciuman. yea lah kan, kata nak pergi outstation harus lah bagi bekalan yang mencukupi. haha ;)
✿walau sesibuk mana sekali pun, luangkan lah masa walau seminit untuk menelefon pasangan. tanya lah apa yang sedang dia lakukan dan khabar dia. terasa seperti bercinta lagi, sebab masih ada sikap ambil berat. bahagia kan rasa? hehe. sentiasa mengucapkan kata-kata sayang seperti i love you, i miss you, sebelum keluar kemana-mana ataupun sebelum tidur dan sebelum menamatkan perbualan telefon. wahhh, rasa di awangan. haha
✿sentiasa mencari peluang tuk menghabiskan masa bersama, makan bersama dan melakukan aktiviti-aktiviti bersama. pergi lah ke taman, jogging ke jalan-jalan ke, makan berdua di luar ke, macam-macam lagi lah, takkan semua nak bagi contoh kan. hahaha
✿luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja sebelum tidur. cerita perkara-perkara yang terjadi di tempat kerja, berkenaan politik ke, apa sahaja topik yang boleh dibualkan. bergurau senda lah bersama, cerita sesuatu yang kelakar, main teka teki ke kan. apa jea lah, janji happy!
✿sekiranya berlaku pertelingkahan, TOLONG jangan biarkan ia berlarutan selama sejam apatah lagi nak biarkan ia berlarutan sampai berhari-hari. cepat-cepat mohon maaf dan berbaik semula. yang paling penting, jangan sesekali berpisah tempat tidur, walaupun anak dah berderet ataupun usia dah meningkat sebab nya itu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri.
✿amalkan sembahyang berjemaah semasa berada di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. sweet sangat.
✿sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah, kek atau kad untuk tarikh-tarikh yang istimewa dalam hidup korang selama bersuami isteri, contoh nya, tarikh hari jadi dan anniversary perkahwinan. pasti pasangan kita menyukainya. kenangan manis tu nanti. hehe
✿biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan dan minuman isteri/suami.
✿sentiasa kenangkan pengorbanan pasangan anda, pengorbanan isteri anda semasa melahirkan anak, tidak pernah berehat untuk menyediakan kelengkapan diri anda dan anak-anak anda dan kenangkan pengorbanan suami keluar bekerja mencari rezeki untuk memberi kehidupan yang stabil untuk keluarga nya. ringankan tulang untuk memberi bantuan dan ringankan mulut untuk mengucapkan 'terima kasih'. pasti pasangan anda terasa dihargai sangat-sangat.
✿sentiasa menyimpan tekad dan matlamat untuk menjadi suami/isteri yang baik dan bertanggujawab serta penyayang dalam rumah tangga bahagia, kerana apabila berfikiran positif semua nya akan menjadi mudah. ditambah dengan doa dan usaha yang tak putus-putus.
sekian sahaja tips yang mampu saya share kan untuk kalian, semoga memberi manfaat untuk semua suami isteri. sentiasa berfikiran positif, hilangkan rasa ragu dan malu anda, sebab semua yang kita lakukan adalah berniat untuk bahagia bersama orang yang tersayang. selamat berbahagia ^^
ok bai & salam^-^

reminder,
wif love
Monday, December 31, 2012
majlis tahlil bersama mereka yang tersayang
assalamualaikum!
sebulan satu post, harap jangan boring. haha.
last week balik kampung, mana lagi kalau bukan kuching, sarawak kan. balik berdua jea, hehe mana datang bertiga ataupun berempat kan? doa jea lah selalu, semoga cepat - cepat bertiga. amin. ^.^
kami sekeluarga planning buat majlis tahlil untuk arwah atok dan nenek. buat hari khamis malam jumaat, jemput semua saudara terdekat dan yang paling penting orang masjid. meriah, seronok sebab jarang dapat berkumpul ramai-ramai cenggini kan.
lauk pauk semuanya kami adik beradik, pakcik dan makcik yang masakkan. kami yang muda - muda jadi running man / woman jea sebab kena ulang alik ke pasar. yang tak dapat bercuti tu dapat lah excuse tak datang membantu. tapi malam tak dapat lah escape. hehe, hamikkk kau kena basuh periuk dan pinggan mangkuk. padan muka!! hehe.
yang penting kami sepakat membawa berkat. berkerjasama untuk pastikan majlis berjalan dengan lancar. alhamdulillah. Allah telah permudahkan urusan kami ketika itu.
menu kami malam tu :
# nasi putih
# kari ayam
# ikan tongkol masak kicap
# kerabu mangga
# ulam - ulaman bersama sambal belacan
# bubur durian untuk pemanis mulut
# air oren sunquick untuk minuman
okay, sebelum air liur meleleh lagi banyak jom layan gambar malam tu. zassssssssss...... :)
![]() | |
| depan kamera memang semua nampak rajin. puiihhh ;) |
![]() |
| wajah-wajah running man/woman. wow! |
![]() |
| alhamdulillah, semoga niat kami sekeluarga diterima Nya |
![]() |
| anak berbuah dah besar-besar, sampai tak kenal & tak ingat nama. dahsyat kan? |
![]() |
| penyibuk dua orang ni, haha. suka menyibuk orang tua-tua meeting. hikhik |
![]() |
| alhamdulillah, running man/woman dapat makan jua akhirnya! hehe |
![]() |
| masa untuk mengacau wa yah yang suka melatah. hehe. miss them a lots! |
Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad)
Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.
Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.
Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).
kredit untuk : http://rasaklaut.blogspot.com/
mereka lah keluarga aku, rindu dan sayang sangat dengan mereka ni. pengubat hati yang lara. cewahhh! serius, kami jarang dapat berjumpa dan berkumpul reramai cenggini. bila berjumpa, memang riuh rendah lah. borak sampai pagi pun tak apa. hehe.
ok. bai & salam ^-^
Labels:
beloved family,
kenduri kendara,
tahlil,
wif love
Sunday, September 30, 2012
nama dia Nur Damia Basirah
![]() |
| panggil dia damia gemok jea. hehe |
damia ni anak berbuah aku, super adorable. geram okeh ngn dia nih. seminggu ni memang masa aku banyak terluang dengan dia, sebabnye bapak aku datang dr KCH wat checkup kt IJN. so stay kat keramat umah gegurl ni. dia punye suka kami duk umah dia, sampai tdo pon mengigau sebut nama aku, nama atok dia. heee~
nampak sangat dia boring duk umah sensorang kan, kteorang kemana2 mst dia nk ekot. siap nangis okeh kalo xbawak. jangan pernah sebut nak balik, mau mengamuk die kang. handphone kena jaga baik2, klo tak nak main angry bird jea, walaupon handphone korang xde pon game angry bird tuh.
sekarang damia ade kat umah aku, stay kat sini pulok sebab atok dia nk jenjalan nilai. kena lah aku sangkarkan anak2 aku. pernah aku lepaskan, lari betempiaran anak2 aku, damia g tarik ekor lah, tarik misai lah. aku budget dia takot lah ngn kucing sekali kucing takut kat dia. adoiyaiiii
![]() |
| suke soh amik gamba dia. hurm, budget comel sgt lah tu. |
ok. bai ^-^
Labels:
beloved family,
wif love
Thursday, September 13, 2012
jangan merajuk eh!
assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
selamat hari raya aidilfitri semua, saya harap masih tak terlambat, syawal lg kn? hiks! sy minta ampun dan maaf untuk semua sekiranya ada terkasar bahasa, bergurau senda sampi mengguris perasaan semua. sy manusia biasa, tak terlepas dr membuat kesilapan. sedeh!
maaf jugak sbb berbulan dah tak update apa2, sepi tanpa berita kan? mmg sy ni seorg pemalas, mmg tak ada mood lsg nk update apa2, sorry sesangt. pasni sy akan cuba dan terus mencuba tuk luangkan masa merepek di velog ni.
pasni sy marathon jea semua cerita, sy cuba. insyallah!
salam syawal dari jujusyam untuk semua....
ok. bai

Subscribe to:
Comments (Atom)