Showing posts with label friends like family. Show all posts
Showing posts with label friends like family. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

laksa sarawak yang meletopsss dari ku !

assalamualaikum dan selamat malam ,

memalam camni pun masih terasa bahang . haishh , da musim kemarau , tanah pun kering jea dengan tak ada angin nya . harap - harap orang malaysia kat luar tu lupakan lah hajat nak membakar sampah ke , dedaun kering ke , sebab nya risau takut marak pulak api nya . banyak minum air kosong tau , jaga kesihatan tu . waaaa , ciri - ciri nak jadi pakar kesihatan da ada da ni . heeee :)

harini , dengan bantuan yang tak seberapa dari bakal puan kita , nadzirah maka terhasil lah laksa sarawak . haha , bakal puan kena lah rajin - rajin ke dapur , tolong apa yang patut , nanti tak ada lah mengelabah kalau - kalau mak mentua suruh masak . heeee , aku tak yah cakap lah . masak memang expert tapi tuk santapan aku dengan laki aku jea lah . hahaha , yang lain kalau nak rasa sila buat tempahan . hahaha !

baiklah , dengan pes laksa sarawak hj manan yang diterbangkan khas dr sarawak . dengan gigihnya aku dengan nadzirah bertungkus lumus , bermandikan peluh dengan penuh harapan agar laksa ni menjadik . hehe , bukan senang nak dapat pes ni tau . hanya di sarawak sahaja . pheuwww

di sebabkan laksa sarawak ni menjadi , jadi aku tempek kan resipi nya buat tontonan cik dan puan di luar sana . boleh lah nanti cuba resipi yang tak seberapa ni . asalkan ada rasa cukup lah . hahaha .

bahan - bahan utama ( 4 - 5 orang )

200 gram pes laksa sarawak hj manan ( sebungkus )
1 bungkus bihun
300 gram udang
1 ketul dada ayam
250 ml santan pekat
3 biji telur
300 gram tauge
5 biji limau kasturi
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu sos tiram
** bahan perasa ( gula , garam . dan sebagainya )

sambal belacan ( tumbuk hingga halus )

10 biji cili padi
belacan sarawak atau belacan mana - mana pun boleh secukup rasa
sedikit air perahan limau

cara - cara

1 . rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak dan empuk ,  kemudian angkat dan carik - carikkan isinya . air rebusan ayam jangan di buang .

2 . masukkan udang dalam air rebusan ayam selama 3 minit . angkat dan tos kan .

3 . masukkan pes laksa sarawak ke dalam air rebusan tersebut . biarkan sehingga ia mendidih . kemudian masukkan santan .

4 . masukkan bahan - bahan perasa seperti kiub pati ayam , sos tiram , gula , garam dan sebagainya secukup rasa dan biarkan ia mendidih .

5 . sementara itu , celurkan bihun dan tauge .

6 . goreng telur dada , kemudian gulungkan dan hiris nipis - nipis .

7 . dah siap ! masukkan bihun , tauge , ayam , telur dada yang dihiris halus , udang dan sambal belacan untuk yang sukan pedas , ke dalam mangkuk . cedok kuah laksa panas - panas perah air limau kasturi , tunggu apa lagi ? bismillah then makan !!

yeayyy! berjaya jugak laksa sarawak ni , memang aku akui aku anak jati sarawak tapi tak pernah lah nak masak sendiri . sebabnya berlambak kedai makan laksa sarawak ni kat kuching . senang makan kat kedai jea . rasa pun sedap !

jadi , sesiapa orang semenanjung nak ke sarawak , jangan lupa merasa laksa sarawak , mee kolok , ikan terubok masin , kek lapis dan pelbagai lagi masakkan dan makanan sarawak yang sedap dan unik . sempena tahun 2014 ni tahun melawat sarawak kan , jadi sebagai orang sarawak nak promote - promote ler sikit . hahaha .

baiklah , sebelum aku close entry aku persembahkan laksa sarawak yang aku duk kecoh dari tadi . muahaha , assalamualaikum .



p / s : kalau nak pes laksa sarawak ni boleh lah rojer - rojer sementara stock banyak lagi . heee



Sunday, May 12, 2013

tangkuban perahu. mabless


assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

harini, mood rajin tuk mengupdate berkenaan percutian yang lepas. hehe. masa bercuti ke bandung ritu, kami juga berkesempatan pergi ke tangkuban perahu. sesampai jea bandung, jumpa jea pak supir, kami naiki kenderaan terus ke tangkuban perahu. ia juga salah satu tempat yang famous eh di bandung. bermacam cerita dan kisah disebalik nya.

tempatnya indah serta nyaman, udara saja yang tak sedap dihirup sebab bau sulfurnya yang kuat. haha! kurang selesa dengan penjaja-penjaja yang berada diatas tangkuban perahu tu juga, sebabnya dieorang ni terlalu memaksa dan akan follow kita sampai kita mengalah dan membeli barangan dieorang. yang penting, strawberry kat atas tangkuban perahu sangat manis tau, sebabnya dieorang spray dengan air gula. jadi kamu-kamu jangan beli strawberry kat situ, beli tempat lain jea. bersyukur jugak lah tangkuban perahu tu dah dibuka untuk kunjungan sebab sebelum tu kami dapat berita ia tutup atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. tapi lupa lah pasal apa. sorry!


meh nak story sikit sejarah tangkuban perahu ni, cerita dan sejarah dari rakyat tempatan.

Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalaman. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

gunung tangkuban perahu ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif dan keadaannya masih diawasi ketat oleh pihak vulkanologi indonesia. ada beberapa kawahnya masih lagi menunjukkan ia masih aktif dan tanda - tanda keaktifan gunung ini apabila munculnya gas belerang dan sumber - sumber air panas di kaki gunungnya.


view confirm memang terbaik. sejuk jugak tau.

ada orang budget ensem. puihhh




best place to visit, tak rugi tau. nanti kalau ke sana cakap jea dngan pak supir nak ke tangkuban perahu ni, nanti dia bawak lah. bila dah sampai sini, tak rasa pun kat indonesia, terasa kat genting highland jea sebab penuh dengan orang malaysia. haha, everyone can fly!

ok bai & salam ^-^

salam sayang dari bandung untuk kamu semua. haha. poyo!!

Thursday, May 9, 2013

sentap menyentap. hambik kau!

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

haishh, sekarang rajin betol nak menghupdate. mood mari~ ~ so baca jangan tak baca. nanti bila mood lari~ ~ baru korang ternanti-nanti next post aku. huahuahua budget glamour semalaya okeh! bila lagi nak rasa famous amos kembang semangkuk mee. =_="

uols, aku nak tanya, korang pernah ke sentap dengan sesiapa yang bermulut laser? then teros korang bermasam muka konon-konon hati terluka? hehe, saja nak tau kan? ke ada yang pernah sentap dengan aku? hehe, sorry! aku ni memang, mulut jahat. haishhh nasib dah kawen, kalau belom mesti tak laku-laku. T_T

aku ni mulut boleh tahan lah kan, tapi tak ada lah all the time nak menembak orang jea!  actually aku nak bergurau, tapi cara gurauan aku ni kasar kot. hikhik, tu yang sampai ada yang tersentap. harapan aku tak ada lah yang bermasam muka then terus annouce perang!!

tapikan kengkawan, bila aku fikir-fikir balik, sebenarnya orang lain dulu yang melaserkan diri beliau dengan aku dengan harapan aku akan kalah tapi dia tak tahu aku dah pasang pendinding yang tebal supaya aku tak tersentap dengan laser dia tu, haha, itu lah keistimewaan yang aku ada sebab aku ni bermulut laser dan suka bergurau kasar jadi aku kenalah kebalkan diri aku supaya tak mudah sentap. tak ada lah orang cakap-cakap belakang, 'juju tu gurau kasar, bila orang lain gurau kasar dengan dia, dia nak sentap pastu terus muka masam cam taik. puiiihhhhh'

jadi, kepada sahabat-sahabat yang dicintai, bermula dari sekarang aku akan ubah kebiasaan mulut aku ni untuk kebaikan kita bersama. malas lah nak gaduh-gaduh manja dengan korang. yea lah, hari-hari jumpa muka kau jea. kalau jodoh panjang sampai ke pencen lah ngadap kau jea! -_-

jadi kepada yang tersentap, aku mohon ampun dan maaf, harap kau maafkan aku. kita manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan. tak perlu tunggu raya lah yea nak bermaafan. sebab lambat lagi. takut umur tak panjang. ;)

ok bai & salam ^-^

Tuesday, May 7, 2013

kawah putih, bandung. nice place!

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

agak rajin harini, jadi nak update sesuatu daripada percutian yang lepas. hujung bulan mac aku dan segerombolan kengkawan bercuti ke Bandung, Indonesia. saja sight seeing nak tengok keadaan dan suasana tempat orang kan. lagipun sekarang everyone can fly. hihihi

salah satu tempat percutian tersebut iaitu Kawah Putih. serius, tempat dia memang indah, sejuk, mendamaikan cuma agak busuk sikit lah maybe sebab dari bau sulfur gunung berapi kan. perjalanan dari bandar bandung ke kawah putih ni ambil masa lebih kurang dekat 2 jam. dah bangun tidur balik then bangun lagi. haha. dengan jalan yang teramat sesak, jalan sempit memang solute lah dengan pak supir area bandung ni, sebab ternyata dieorang ni cekap memandu.

pemandangan sepanjang perjalanan memang mengkagumkan. indah, sejuk, damai, tenang jea. sebabnya kita akan melalui kawasan kampung dieorg. 

pemandangan sepanjang ke kawah putih. nice kan?

kawasan perkampungan dieorang

cantik kan pemandangan ni, hati sejuk jea sebab memang suhu kat sana pun sejuk. maybe kawasan tanah tinggi lah. alah, cam kat cameron ataupun genting lah. sempat jugak pergi memetik buah strawberry, hehe murah sangat tau 1kg baru rm12. best sebab petik sendiri, terasa seperti petani sejati. waaaaa! menangis sekarang T_T

bila sampai sana, terpegun dengan keindahan tempat tersebut. apa lagi bergambo sakan lah!! hehee

sampai pening kepala aku hidu bau sulfur ni. haishhh

abaikan kaki aku yang pelik tu, haha
banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas nak upload bebanyak.hehe. sekian sahaja liputan mengenai kawah putih, pergi dah lama tapi baru nak update memang terbaik lah, sebab ada yang ingat ingat lupa. hehe. kalau ada nak tanye pape sila tinggalkan komen anda.

ok bai & salam ^-^

Saturday, September 29, 2012

Ho Chi Minh City Trip - Day 2

assalamualaikum semua,
baru teringat yang trip ke saigon dulu tak abis di update. hehe, jadi aku update skg lah. biasa lah, aku nih keje shif, mana nk mengadap bnda ni selalu. bila aku ingat mood malas pulak. hehe, bila time rajin aku bz pulok. haip, ada jea alasan eh. sorry!!

day 2 - pepagi buta aku dah kejotkan lynn soh bangun tdo. heeee! membe pn tekulat-kulat lah bangun mandi. selamber jea kan, membe tgh mndi aku jerit kat dia, " awak! sorry.. sy pasang alarm ikut waktu m'sia, dah terawal sejam. weee~" mau berangin lynn kat aku. hahaha. konon2 nye xmo telewat, kata nk g tour ke sg. mekong. haha

tepat jam 8 pagi, bas pon sampai depan pintu hotel, jemput aku dgn lynn, aunty azlina & da geng. kami pun terus ke sg. mekong. lalalalalala. klo sesiapa berminat nk tour sg. mekong nih, korang just sampaikan niat korang kat reception hotel, nanti pandai2 lah dieorg uruskan tour tu. sorg die charge 10usd jea. includes transport and food. tapi sanggup ke korang makanan yg dieorg bagi tu? sure tak kan. hehe jadi pandai lah korang bwk mamam sndri eh, haha.

hampir 20 min perjalanan, dieorang akan berhenti dekat 1 perhentian ni, so kepada sesiapa nk buang yg besar ataupun yg kecik boleh lah lepaskan niat. sebab pas tu dieorg xbenti mne2 dah. dekat perhentian ni ada jugak gallery barangan buatan tempatan. dieorang buat kat situ jugak tau. tp seriously sangat mahal!

halus nye karya seni dieorang ni. terbaik!
stay lebih kurang 15 min kat situ then begerak lah kami ke jeti. lebih kurang sejam baru sampai kot. dekat jeti tu kami naik sampan, meronda- ronda keliling sg. mekong. best sebab time tu angin mmg kuat sangat. pergi ke pulau2 yg ada. aku pn da lupe nama pulau2 tu. salah satu pulau tu mmg banyak pokok kelapa, menurut tour guide, penduduk pulau tu hanya makan makanan yg berasaskn kelapa sahaja tiap2 ari. fuhhh! siap ajar eh cara2 wat dodol. wakaka. seperti biasa boleh shopping juge. gula2 kelapa dan sebagainya.



panas okeh kat sana. mau terbakar sudah kulit ni. haisshh

pergi 3 pulau, menyusuri sg. mekong lebih kurang 3 jam. lebih kurang pukul 4 kami pn bergerak pulang ke hotel. otw balik mmg xkata apa, sume tdoooooo. sume penat  tp sangat berbaloi. banyak pengalaman dan sejarah sg. mekong yg kami dapat. tp sume da lupa. hahaha. kantoi!!

sampai kat hotel, kami selesakan diri, pastu kuar balik g shopping!! yeay!! mmg xreti dudok diam kat sana. macam kt tempat sendiri pulak kan. penat mmg penat, tp ntah ble nk dtg lagi kn. hehe. sewa moto dgn driver die skali, pusing sekitar saigon. berbaloi jugak tp xigt lah byr bp ritu. xmo upload gamba sbb muke kelakar yg amat pki helmet. hehehe.cuak jugak lah naik moto, sbb saigon ni bandaraya yang sangat sibuk. kiri kanan org hon sesuka hati die. mmg xpenah lengang jln kat sana.

hilang penat dapat shopping!! pheeuuu

sampai di sini saje coretan saya tuk saigon day 2. insyallah ble berkesempatan aku update tuk last day okeh. jumpa lagi

ok.bai ^-^