Showing posts with label top chef. Show all posts
Showing posts with label top chef. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

laksa sarawak yang meletopsss dari ku !

assalamualaikum dan selamat malam ,

memalam camni pun masih terasa bahang . haishh , da musim kemarau , tanah pun kering jea dengan tak ada angin nya . harap - harap orang malaysia kat luar tu lupakan lah hajat nak membakar sampah ke , dedaun kering ke , sebab nya risau takut marak pulak api nya . banyak minum air kosong tau , jaga kesihatan tu . waaaa , ciri - ciri nak jadi pakar kesihatan da ada da ni . heeee :)

harini , dengan bantuan yang tak seberapa dari bakal puan kita , nadzirah maka terhasil lah laksa sarawak . haha , bakal puan kena lah rajin - rajin ke dapur , tolong apa yang patut , nanti tak ada lah mengelabah kalau - kalau mak mentua suruh masak . heeee , aku tak yah cakap lah . masak memang expert tapi tuk santapan aku dengan laki aku jea lah . hahaha , yang lain kalau nak rasa sila buat tempahan . hahaha !

baiklah , dengan pes laksa sarawak hj manan yang diterbangkan khas dr sarawak . dengan gigihnya aku dengan nadzirah bertungkus lumus , bermandikan peluh dengan penuh harapan agar laksa ni menjadik . hehe , bukan senang nak dapat pes ni tau . hanya di sarawak sahaja . pheuwww

di sebabkan laksa sarawak ni menjadi , jadi aku tempek kan resipi nya buat tontonan cik dan puan di luar sana . boleh lah nanti cuba resipi yang tak seberapa ni . asalkan ada rasa cukup lah . hahaha .

bahan - bahan utama ( 4 - 5 orang )

200 gram pes laksa sarawak hj manan ( sebungkus )
1 bungkus bihun
300 gram udang
1 ketul dada ayam
250 ml santan pekat
3 biji telur
300 gram tauge
5 biji limau kasturi
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu sos tiram
** bahan perasa ( gula , garam . dan sebagainya )

sambal belacan ( tumbuk hingga halus )

10 biji cili padi
belacan sarawak atau belacan mana - mana pun boleh secukup rasa
sedikit air perahan limau

cara - cara

1 . rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak dan empuk ,  kemudian angkat dan carik - carikkan isinya . air rebusan ayam jangan di buang .

2 . masukkan udang dalam air rebusan ayam selama 3 minit . angkat dan tos kan .

3 . masukkan pes laksa sarawak ke dalam air rebusan tersebut . biarkan sehingga ia mendidih . kemudian masukkan santan .

4 . masukkan bahan - bahan perasa seperti kiub pati ayam , sos tiram , gula , garam dan sebagainya secukup rasa dan biarkan ia mendidih .

5 . sementara itu , celurkan bihun dan tauge .

6 . goreng telur dada , kemudian gulungkan dan hiris nipis - nipis .

7 . dah siap ! masukkan bihun , tauge , ayam , telur dada yang dihiris halus , udang dan sambal belacan untuk yang sukan pedas , ke dalam mangkuk . cedok kuah laksa panas - panas perah air limau kasturi , tunggu apa lagi ? bismillah then makan !!

yeayyy! berjaya jugak laksa sarawak ni , memang aku akui aku anak jati sarawak tapi tak pernah lah nak masak sendiri . sebabnya berlambak kedai makan laksa sarawak ni kat kuching . senang makan kat kedai jea . rasa pun sedap !

jadi , sesiapa orang semenanjung nak ke sarawak , jangan lupa merasa laksa sarawak , mee kolok , ikan terubok masin , kek lapis dan pelbagai lagi masakkan dan makanan sarawak yang sedap dan unik . sempena tahun 2014 ni tahun melawat sarawak kan , jadi sebagai orang sarawak nak promote - promote ler sikit . hahaha .

baiklah , sebelum aku close entry aku persembahkan laksa sarawak yang aku duk kecoh dari tadi . muahaha , assalamualaikum .



p / s : kalau nak pes laksa sarawak ni boleh lah rojer - rojer sementara stock banyak lagi . heee



Friday, May 25, 2012

udang masak sos. nyum!

satu hari tu, aku tetibe jea merajinkan diri aku memasak. yeay! setelah hampir seminggu udang dalam freezer. ntah ape lah yg menimpa aku ni sampai malas yang teramat malas nk memasak. walaupun tak terror mana kn, tapi rasa tetap ada. bhahaha, puji diri sendiri lah, nak harapkan korang? mmg xkan lah! sebab korang bukan pernah rasa pon air tangan jemah ni haaaaa. ^-^

agak2 korang nak tau x resipi? erm, sogan lah plak den. kang xsedap abis lah vlog aku ni kena maki hamun. erm, xpe lah, aku letak jea lah. nak try bleh try yea. kalau sedap cakap ngan kawan, xsodap ckp ngn den lah!

bahan2 (kisar):
~ 4 ulas bawang merah
~ 2 ulas bawang putih
~ sedikit halia lebih kurang seinci lebih
~ 10 cili kering yang direbus dulu
bahan2 :
~ udang agak2 untuk 2 orang makan
~ 2 sudu sos cili
~ 1 sudu sos tomato
~ 1 sudu sos tiram
~ sedikit cuka
~ sedikit garam
~ sedikit gula

cara2 :
>> tumis bahan kisar sehingga wangi
>> masukkan bahan2 yang lain selain dari udang
>> jika rasa dah perfect sedap tekak merasa masukkan udang
>> biarkan dalam 2-3 minit, sehingga udang masak

tadaaaaaaaaa! siap pon, dah boley nyum2 ^-^
senang kan? harus lah, nama pun juju yang masak, mesti yang senang2 jea. sebab nk cepat dpt makan. ^-^

selamat mencuba! jumpa lagi! eh, macam kat hari-hari giant nilai pulak. heeeee

ok. bai ^-^