Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

ramadhan kembali bertandang . alhamdulillah

assalamualaikum dan selamat bersahur ,

alhamdulillah berjumpa kembali dengan bulan ramadhan bulan yang penuh dengan barakah . hari pertama berpuasa kita harini , amacam  sahur awal pagi tadi ? berselera sudah pasti , first day puasa lah katakan tengah seronok lagi . nanti tengok lah dipertengahan puasa , ada yang tak bangun sahur sebab nak makan awal pagi tu dah tak ada selera .

bagi aku , sahur tu amat penting sebabnya ia membekalkan tenaga untuk kita berpuasa sepanjang hari . nasik wajib ketika bersahur dengan air suam yang banyak . biar lah kembung perut asalkan badan tak lemah dah lah . tahun ni macam biasa lah , menu untuk sahur dan berbuka ditaja sepenuhnya oleh mak mertua . yeayyyy ! !

bulan puasa ni aku ambil cuti panjang . hampir sebulan sebab nak berpuasa kat rumah . nak mencuba mencukupkan terawih . in sha allah , semoga apa yang aku inginkan tercapai dan dimakbulkan . amin ! tahun ni dapat cuti raya pulak tu , hahaha , bahagainya rasa . alhamdulillah . tapi , lepas cuti raya jenuh lah mengganti kengkawan yang banyak menghulurkan bantuan masa puasa ni . thanks korang , love yaa ! hahaha .

yang pasti korang dah berniat belum tuk berpuasa harini ? dalam islam , apa - apa perbuatan yang kita lakukan kena bersama dengan niat . niat lah puasa untuk hari esok . kepada kaum lelaki , berniat sebulan puasa . in shaa allah .

berniat sebelum puasa , jangan lupa uolss .


sebelum aku menutup entry ni , aku nak memohon ampun dan maaf sekiranya pernah melukakan hati kengkawan yang berada dekat dengan aku , berilah aku peluang untuk menginsafi setiap kesalahan yang aku buat sebelum ni . selamat berpuasa semua , semoga semua amalan kita di bulan yang mulia ini diterima oleh Nya . amin . . .

Wednesday, April 17, 2013

10 alasan larangan bercinta dengan suami orang!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

sihat ke? lama menyepi kan, busy lah, sorry!
nak story sikit pasal kes yang makin menjadi-jadi sekarang ni, haish. skandal sana sini, boring lah kan? dengan perangai lelaki nya yang memang tamak, sentiasa rasa tak cukup. dengan perempuan nya pun bangang. laki orang pun nak sembat, macam tak ada laki lain jea. please lah. kalau korang nak budget tu jodoh, korang boleh elakkan okeh?! puihhh lah!!

aku marah tau, sebab aku memang tak suka. doa-doa lah semua ni tak terjadi kat aku, amin! tak terjadi kat suami aku juga. amin!

meh nak bagi 10 alasan untuk kaum perempuan supaya jangan jadi bangang dengan berskandal dengan laki orang, please, jijik okeh! kalau nak dipandang mulia tolong jangan nak gedik sangat. hati perempuan mudah terluka, siapa lagi nak jaga kalau bukan kita sesama perempuan kan? kasihan kat kawan kita, dia dah berusaha nak pertahankan rumah tangga, disebabkan perempuan lain rumah tangga dia bergoyang ataupun kacau bilau.

elak-elak kan lah yea, tapi sekiranya itu jodah kamu, kita nak buat macamana kan? terima lah seadanya. :')

yang ni sweet! i like! :)

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

pesanan ni bukan dituju khas kepada sesiapa tau, tuk diri sendiri jea. kalau dapat sedarkan sesiapa alhamdulillah, better berubah sebelum terlambat. tapi apa-apa pun terpulang dengan individu, buat lah keputusan sebaik mungkin. fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah. percaya lah segalanya ketentuan dari Nya.

ok bai & salam ^-^

Friday, February 1, 2013

solat itu wajib. jom solat!

assalamualaikum semua,

sihat ke korang? alhamdulillah, semoga diberi kesihatan yang baik-baik sahaja. cuaca agak panas kan time nih. mungkin musim tengkujuh dah nak berakhir, jadi kita bakal menempuh musim panas lah pasni. bak kata mat salleh, summer season! wah gitu! maklum lah, malaysia ada 2 musim jea, kalau tak hujan, apa lagi mesti lah panas. alhamdulillah, bersyukur dengan kejadian Allah, asalkan kita masih ada tempat berteduh, masih dapat menghidu udara yang segar dan nyaman pun dah mencukupi tau. bersyukur dan bertuah rasanya jadi rakyat Malaysia. bumi yang aman damai. alhamdulillah.

harini nak share pasal solat sikit. bukan nak tunjuk pandai ke apa, semua ni untuk rujukan sendiri dan memberi peringatan kepada diri sendiri. yea lah, kita ni manusia biasa, memang takkan lari dari melakukan kesilapan. pelupa pun yea jugak. kita bukan malaikat yang cukup sempurna sifat dan akhlaknya. lagi-lagi di akhir zaman ni, memang susah atau pun tiada yang sempurna. jadi berusaha lah dalam memperbaiki kekurangan diri sendiri.

dalam Islam, kita diwajibkan untuk solat 5 waktu sehari, iaitu solat subuh-2 rakaat, zohor-4 rakaat, asar-4 rakaat, maghrib-3 rakaat dan isyak-4 rakaat. setiap solat yang kita lakukan ada kebaikan dan kelebihannya,dan kita jugak digalakkan untuk solat lima waktu berjemaah sebab banyak fadilatnya, lebih-lebih lagi berjemaah untuk solat subuh, kita akan berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari. alhamdulillah. daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan yang berganda dari solat-solat lain kerana subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, sejuk menjadikan sukar untuk berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)

seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).Rasulullah SAW bersabda: “solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain. berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.

ok bai & salam ^-^