Friday, May 24, 2013

kari ikan tongkol! juju style ^^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Sihat ka? Harap sihat-sihat selalu. Hehe. Pelik kan aku tetiba rajin masak lately ni. Haish, laki aku pun heran. Aku cakap saja nak habiskan beras. Boleh?  Harus lerrrr...

Yesterday special menu from juju's kitchen is curry tongkol fish. Yea, terliur? Terkejut? Atau biasa jea? Hehe, aku ni br nak belajar memasak, sedap ke tak tu belakang kira. Janji rupa ada. Wakaka ^^

So nak check it out tak camana aku masak ikan ni? Jom!

Bahan - bahan :
¤ Seekor ikan tongkol
¤ Rempah ( bunga lawang, kayu manis & jintan )
¤ Bawang putih, bawang merah dan halia ( di kisar )
¤ 3 sudu kari baba's
¤ Santan
¤ Tomato ( dihiris 6 )
¤ Kacang bendi
¤ Bahan perasa

Cara - cara :
》Tumiskan bahan - bahan kisar dan rempah
》Masukkan serbuk kari yang sudah di gaul dengan air
》Agak - agak macam dah naik minyak masukkan santan dan ikan. Biarkan mendidih
》Masukkan bahan-bahan perasa secukup rasa
》Masukkan bendi dan tomato
》Sedia tuk dihidang

Walaweiii, senang kan kalau juju memasak. Haha. Selamat mencuba!

Ok bai & salam ^-^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 12, 2013

tangkuban perahu. mabless


assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

harini, mood rajin tuk mengupdate berkenaan percutian yang lepas. hehe. masa bercuti ke bandung ritu, kami juga berkesempatan pergi ke tangkuban perahu. sesampai jea bandung, jumpa jea pak supir, kami naiki kenderaan terus ke tangkuban perahu. ia juga salah satu tempat yang famous eh di bandung. bermacam cerita dan kisah disebalik nya.

tempatnya indah serta nyaman, udara saja yang tak sedap dihirup sebab bau sulfurnya yang kuat. haha! kurang selesa dengan penjaja-penjaja yang berada diatas tangkuban perahu tu juga, sebabnya dieorang ni terlalu memaksa dan akan follow kita sampai kita mengalah dan membeli barangan dieorang. yang penting, strawberry kat atas tangkuban perahu sangat manis tau, sebabnya dieorang spray dengan air gula. jadi kamu-kamu jangan beli strawberry kat situ, beli tempat lain jea. bersyukur jugak lah tangkuban perahu tu dah dibuka untuk kunjungan sebab sebelum tu kami dapat berita ia tutup atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. tapi lupa lah pasal apa. sorry!


meh nak story sikit sejarah tangkuban perahu ni, cerita dan sejarah dari rakyat tempatan.

Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalaman. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

gunung tangkuban perahu ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif dan keadaannya masih diawasi ketat oleh pihak vulkanologi indonesia. ada beberapa kawahnya masih lagi menunjukkan ia masih aktif dan tanda - tanda keaktifan gunung ini apabila munculnya gas belerang dan sumber - sumber air panas di kaki gunungnya.


view confirm memang terbaik. sejuk jugak tau.

ada orang budget ensem. puihhh




best place to visit, tak rugi tau. nanti kalau ke sana cakap jea dngan pak supir nak ke tangkuban perahu ni, nanti dia bawak lah. bila dah sampai sini, tak rasa pun kat indonesia, terasa kat genting highland jea sebab penuh dengan orang malaysia. haha, everyone can fly!

ok bai & salam ^-^

salam sayang dari bandung untuk kamu semua. haha. poyo!!

Thursday, May 9, 2013

sentap menyentap. hambik kau!

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

haishh, sekarang rajin betol nak menghupdate. mood mari~ ~ so baca jangan tak baca. nanti bila mood lari~ ~ baru korang ternanti-nanti next post aku. huahuahua budget glamour semalaya okeh! bila lagi nak rasa famous amos kembang semangkuk mee. =_="

uols, aku nak tanya, korang pernah ke sentap dengan sesiapa yang bermulut laser? then teros korang bermasam muka konon-konon hati terluka? hehe, saja nak tau kan? ke ada yang pernah sentap dengan aku? hehe, sorry! aku ni memang, mulut jahat. haishhh nasib dah kawen, kalau belom mesti tak laku-laku. T_T

aku ni mulut boleh tahan lah kan, tapi tak ada lah all the time nak menembak orang jea!  actually aku nak bergurau, tapi cara gurauan aku ni kasar kot. hikhik, tu yang sampai ada yang tersentap. harapan aku tak ada lah yang bermasam muka then terus annouce perang!!

tapikan kengkawan, bila aku fikir-fikir balik, sebenarnya orang lain dulu yang melaserkan diri beliau dengan aku dengan harapan aku akan kalah tapi dia tak tahu aku dah pasang pendinding yang tebal supaya aku tak tersentap dengan laser dia tu, haha, itu lah keistimewaan yang aku ada sebab aku ni bermulut laser dan suka bergurau kasar jadi aku kenalah kebalkan diri aku supaya tak mudah sentap. tak ada lah orang cakap-cakap belakang, 'juju tu gurau kasar, bila orang lain gurau kasar dengan dia, dia nak sentap pastu terus muka masam cam taik. puiiihhhhh'

jadi, kepada sahabat-sahabat yang dicintai, bermula dari sekarang aku akan ubah kebiasaan mulut aku ni untuk kebaikan kita bersama. malas lah nak gaduh-gaduh manja dengan korang. yea lah, hari-hari jumpa muka kau jea. kalau jodoh panjang sampai ke pencen lah ngadap kau jea! -_-

jadi kepada yang tersentap, aku mohon ampun dan maaf, harap kau maafkan aku. kita manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan. tak perlu tunggu raya lah yea nak bermaafan. sebab lambat lagi. takut umur tak panjang. ;)

ok bai & salam ^-^

Tuesday, May 7, 2013

kawah putih, bandung. nice place!

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

agak rajin harini, jadi nak update sesuatu daripada percutian yang lepas. hujung bulan mac aku dan segerombolan kengkawan bercuti ke Bandung, Indonesia. saja sight seeing nak tengok keadaan dan suasana tempat orang kan. lagipun sekarang everyone can fly. hihihi

salah satu tempat percutian tersebut iaitu Kawah Putih. serius, tempat dia memang indah, sejuk, mendamaikan cuma agak busuk sikit lah maybe sebab dari bau sulfur gunung berapi kan. perjalanan dari bandar bandung ke kawah putih ni ambil masa lebih kurang dekat 2 jam. dah bangun tidur balik then bangun lagi. haha. dengan jalan yang teramat sesak, jalan sempit memang solute lah dengan pak supir area bandung ni, sebab ternyata dieorang ni cekap memandu.

pemandangan sepanjang perjalanan memang mengkagumkan. indah, sejuk, damai, tenang jea. sebabnya kita akan melalui kawasan kampung dieorg. 

pemandangan sepanjang ke kawah putih. nice kan?

kawasan perkampungan dieorang

cantik kan pemandangan ni, hati sejuk jea sebab memang suhu kat sana pun sejuk. maybe kawasan tanah tinggi lah. alah, cam kat cameron ataupun genting lah. sempat jugak pergi memetik buah strawberry, hehe murah sangat tau 1kg baru rm12. best sebab petik sendiri, terasa seperti petani sejati. waaaaa! menangis sekarang T_T

bila sampai sana, terpegun dengan keindahan tempat tersebut. apa lagi bergambo sakan lah!! hehee

sampai pening kepala aku hidu bau sulfur ni. haishhh

abaikan kaki aku yang pelik tu, haha
banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas nak upload bebanyak.hehe. sekian sahaja liputan mengenai kawah putih, pergi dah lama tapi baru nak update memang terbaik lah, sebab ada yang ingat ingat lupa. hehe. kalau ada nak tanye pape sila tinggalkan komen anda.

ok bai & salam ^-^

Monday, May 6, 2013

shawl,tudung, cardigan dan banyak lagi

assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

seperti biasa, sebulan satu post. hehe. lagipun bukan famous pun vlog ni. anggap cam dairy sendiri jea. hehe. anyway, jujusyam dah berniaga sekarang ni. tolong follow beliau di instagram eh, kalau nak tengok bebarang updated.

saja lah nak menambah pendapatan, yalah, bukan orang senang kena lah bekerja keras sikit kan. hehe, barang seperti shawl, tudung, cardigan, blouse, telekung, kain dan macam-macam lagi lah. semua nya akan dijual dengan murah sekali. mana yang anggap aku kawan leh lah mintak harga kengkawan. hehe. in sha Allah ^-^

sesiapa yang tak ada akaun instagram tak mengapa, aku akan update bebarang tersebut di sini^-^ jadi korang boleh lah cuci-cuci mata sekelian. nak beli boleh sms / whatsapp / call di 014-3313002 beserta kod barangan ya.

jangan lupa follow saya di jujusyamshop dan di instagram mrs_scarf ;)


sekian sahaja, jumpa lagi

ok bai & salam ^-^