assalamualaikum semua!
lama tak menaip lah, janggal pulak rasanya. heee
semenjak dua menjak ni banyak pulak lah kejadian - kejadian yang tak diingini berlaku. nak story kat sini memang tak sesuai sangat lah kan. so semua story - story akan disimpan kemas di memori sendiri. hehe.
eh, lupa nak habaq mai, alhamdulillah umur dah naik satu angka. hehe. tak apa lah dah tua, janji badan sihat, otak cergas dan hidup bahagia. tu pun dah cukup dah bagi aku. yang penting orang - orang kesayangan aku pun hidup bahagia dan sihat - sihat selalu. amin.
terima kasih buat kawan - kawan yang sentiasa mendoa kan kebaikan dalam hidup aku. aku akan sentiasa mendoakan kebaikan tuk korang semua. kamu semua kawan - kawan yang hebat, susah nak ditukar ganti. aku doa kan persahabatan kita berpanjangan hingga ke akhir hayat. amin.
alhamdulillah juga, bersyukur pada Yang Esa sebab buka kan pintu hati aku untuk bertudung. tak ada mimpi ngeri ataupun petanda - petanda yang pelik - pelik, cuma perasaan tu lahir dengan sendirinya. apa - apa pun aku sangat bersyukur. alhamdulillah. akhirnya aku tersedar tanpa paksaan oleh sesiapa.
aku berdoa agar penghijrahan aku ni berkekalan selamanya. en. syam? mesti lah dia gembira tak hengat. alhamdulillah juga. semoga Allah swt berikan lebih petunjuk dan hidayah untuk umatNya yang kerdil dan yang masih mencari - cari jalan yang benar. amin.
nanti lah story panjang lebar lagi eh, In Syaa Allah.
ok bai & salam ^-^
Tuesday, December 11, 2012
Saturday, December 1, 2012
mari bersihkan hati, tenangkan jiwa
![]() |
| lowerd tengah bertenang. berfikir sejenak :) |
KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujsudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah.
Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Maka, jangan sesekali ada terpahat di hati kita ungkapan... ".... aku ni susah sikit nak maafkan orang..." Buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Tanamkan sifat pemaaf dalam diri.
Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.
Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah. Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan. Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.
Sebaikmya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan oleh orang alim agar kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa semoga orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. Insyaallah. Kerana sesungguh kesalahan dengan Allah itu lebih mudah untuk kita memohon keampunan kerana memang sifat Allah Maha Pengampun tetapi kesalahan sesama manusia susah untuk di selesaikan... tetapi jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini... sama-sama kita amalkan InsyaAllah.
Waallahualam.
( kredit untuk http://www.masjidnegara.gov.my )
ok.bai ^-^
Sunday, September 30, 2012
nama dia Nur Damia Basirah
![]() |
| panggil dia damia gemok jea. hehe |
damia ni anak berbuah aku, super adorable. geram okeh ngn dia nih. seminggu ni memang masa aku banyak terluang dengan dia, sebabnye bapak aku datang dr KCH wat checkup kt IJN. so stay kat keramat umah gegurl ni. dia punye suka kami duk umah dia, sampai tdo pon mengigau sebut nama aku, nama atok dia. heee~
nampak sangat dia boring duk umah sensorang kan, kteorang kemana2 mst dia nk ekot. siap nangis okeh kalo xbawak. jangan pernah sebut nak balik, mau mengamuk die kang. handphone kena jaga baik2, klo tak nak main angry bird jea, walaupon handphone korang xde pon game angry bird tuh.
sekarang damia ade kat umah aku, stay kat sini pulok sebab atok dia nk jenjalan nilai. kena lah aku sangkarkan anak2 aku. pernah aku lepaskan, lari betempiaran anak2 aku, damia g tarik ekor lah, tarik misai lah. aku budget dia takot lah ngn kucing sekali kucing takut kat dia. adoiyaiiii
![]() |
| suke soh amik gamba dia. hurm, budget comel sgt lah tu. |
ok. bai ^-^
Labels:
beloved family,
wif love
Saturday, September 29, 2012
Ho Chi Minh City Trip - Day 2
assalamualaikum semua,
baru teringat yang trip ke saigon dulu tak abis di update. hehe, jadi aku update skg lah. biasa lah, aku nih keje shif, mana nk mengadap bnda ni selalu. bila aku ingat mood malas pulak. hehe, bila time rajin aku bz pulok. haip, ada jea alasan eh. sorry!!
day 2 - pepagi buta aku dah kejotkan lynn soh bangun tdo. heeee! membe pn tekulat-kulat lah bangun mandi. selamber jea kan, membe tgh mndi aku jerit kat dia, " awak! sorry.. sy pasang alarm ikut waktu m'sia, dah terawal sejam. weee~" mau berangin lynn kat aku. hahaha. konon2 nye xmo telewat, kata nk g tour ke sg. mekong. haha
tepat jam 8 pagi, bas pon sampai depan pintu hotel, jemput aku dgn lynn, aunty azlina & da geng. kami pun terus ke sg. mekong. lalalalalala. klo sesiapa berminat nk tour sg. mekong nih, korang just sampaikan niat korang kat reception hotel, nanti pandai2 lah dieorg uruskan tour tu. sorg die charge 10usd jea. includes transport and food. tapi sanggup ke korang makanan yg dieorg bagi tu? sure tak kan. hehe jadi pandai lah korang bwk mamam sndri eh, haha.
hampir 20 min perjalanan, dieorang akan berhenti dekat 1 perhentian ni, so kepada sesiapa nk buang yg besar ataupun yg kecik boleh lah lepaskan niat. sebab pas tu dieorg xbenti mne2 dah. dekat perhentian ni ada jugak gallery barangan buatan tempatan. dieorang buat kat situ jugak tau. tp seriously sangat mahal!
stay lebih kurang 15 min kat situ then begerak lah kami ke jeti. lebih kurang sejam baru sampai kot. dekat jeti tu kami naik sampan, meronda- ronda keliling sg. mekong. best sebab time tu angin mmg kuat sangat. pergi ke pulau2 yg ada. aku pn da lupe nama pulau2 tu. salah satu pulau tu mmg banyak pokok kelapa, menurut tour guide, penduduk pulau tu hanya makan makanan yg berasaskn kelapa sahaja tiap2 ari. fuhhh! siap ajar eh cara2 wat dodol. wakaka. seperti biasa boleh shopping juge. gula2 kelapa dan sebagainya.
pergi 3 pulau, menyusuri sg. mekong lebih kurang 3 jam. lebih kurang pukul 4 kami pn bergerak pulang ke hotel. otw balik mmg xkata apa, sume tdoooooo. sume penat tp sangat berbaloi. banyak pengalaman dan sejarah sg. mekong yg kami dapat. tp sume da lupa. hahaha. kantoi!!
sampai kat hotel, kami selesakan diri, pastu kuar balik g shopping!! yeay!! mmg xreti dudok diam kat sana. macam kt tempat sendiri pulak kan. penat mmg penat, tp ntah ble nk dtg lagi kn. hehe. sewa moto dgn driver die skali, pusing sekitar saigon. berbaloi jugak tp xigt lah byr bp ritu. xmo upload gamba sbb muke kelakar yg amat pki helmet. hehehe.cuak jugak lah naik moto, sbb saigon ni bandaraya yang sangat sibuk. kiri kanan org hon sesuka hati die. mmg xpenah lengang jln kat sana.
sampai di sini saje coretan saya tuk saigon day 2. insyallah ble berkesempatan aku update tuk last day okeh. jumpa lagi
ok.bai ^-^
baru teringat yang trip ke saigon dulu tak abis di update. hehe, jadi aku update skg lah. biasa lah, aku nih keje shif, mana nk mengadap bnda ni selalu. bila aku ingat mood malas pulak. hehe, bila time rajin aku bz pulok. haip, ada jea alasan eh. sorry!!
day 2 - pepagi buta aku dah kejotkan lynn soh bangun tdo. heeee! membe pn tekulat-kulat lah bangun mandi. selamber jea kan, membe tgh mndi aku jerit kat dia, " awak! sorry.. sy pasang alarm ikut waktu m'sia, dah terawal sejam. weee~" mau berangin lynn kat aku. hahaha. konon2 nye xmo telewat, kata nk g tour ke sg. mekong. haha
tepat jam 8 pagi, bas pon sampai depan pintu hotel, jemput aku dgn lynn, aunty azlina & da geng. kami pun terus ke sg. mekong. lalalalalala. klo sesiapa berminat nk tour sg. mekong nih, korang just sampaikan niat korang kat reception hotel, nanti pandai2 lah dieorg uruskan tour tu. sorg die charge 10usd jea. includes transport and food. tapi sanggup ke korang makanan yg dieorg bagi tu? sure tak kan. hehe jadi pandai lah korang bwk mamam sndri eh, haha.
hampir 20 min perjalanan, dieorang akan berhenti dekat 1 perhentian ni, so kepada sesiapa nk buang yg besar ataupun yg kecik boleh lah lepaskan niat. sebab pas tu dieorg xbenti mne2 dah. dekat perhentian ni ada jugak gallery barangan buatan tempatan. dieorang buat kat situ jugak tau. tp seriously sangat mahal!
![]() | |
| halus nye karya seni dieorang ni. terbaik! |
![]() |
| panas okeh kat sana. mau terbakar sudah kulit ni. haisshh |
pergi 3 pulau, menyusuri sg. mekong lebih kurang 3 jam. lebih kurang pukul 4 kami pn bergerak pulang ke hotel. otw balik mmg xkata apa, sume tdoooooo. sume penat tp sangat berbaloi. banyak pengalaman dan sejarah sg. mekong yg kami dapat. tp sume da lupa. hahaha. kantoi!!
sampai kat hotel, kami selesakan diri, pastu kuar balik g shopping!! yeay!! mmg xreti dudok diam kat sana. macam kt tempat sendiri pulak kan. penat mmg penat, tp ntah ble nk dtg lagi kn. hehe. sewa moto dgn driver die skali, pusing sekitar saigon. berbaloi jugak tp xigt lah byr bp ritu. xmo upload gamba sbb muke kelakar yg amat pki helmet. hehehe.cuak jugak lah naik moto, sbb saigon ni bandaraya yang sangat sibuk. kiri kanan org hon sesuka hati die. mmg xpenah lengang jln kat sana.
![]() |
| hilang penat dapat shopping!! pheeuuu |
sampai di sini saje coretan saya tuk saigon day 2. insyallah ble berkesempatan aku update tuk last day okeh. jumpa lagi
ok.bai ^-^
Labels:
around da world,
friends like family
Thursday, September 13, 2012
jangan merajuk eh!
assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
selamat hari raya aidilfitri semua, saya harap masih tak terlambat, syawal lg kn? hiks! sy minta ampun dan maaf untuk semua sekiranya ada terkasar bahasa, bergurau senda sampi mengguris perasaan semua. sy manusia biasa, tak terlepas dr membuat kesilapan. sedeh!
maaf jugak sbb berbulan dah tak update apa2, sepi tanpa berita kan? mmg sy ni seorg pemalas, mmg tak ada mood lsg nk update apa2, sorry sesangt. pasni sy akan cuba dan terus mencuba tuk luangkan masa merepek di velog ni.
pasni sy marathon jea semua cerita, sy cuba. insyallah!
salam syawal dari jujusyam untuk semua....
ok. bai

Subscribe to:
Comments (Atom)