assalamualaikum semua dan selamat sejahtera,
apa khabar semua? semoga sihat-sihat selalu, alhamdulillah. pagi jumaat yang indah bagi aku, sejuk dan nyaman jea. kaum adam jangan lupa jalankan tanggungjawab anda untuk berjemaah solat jumaat tengahari nanti tau. semenjak dua menjak ni, aku gembira sangat sebab tak lama lagi dah boleh duduk di rumah sendiri. alhamdulillah dan bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada kami suami isteri. walaupun rumah 2nd hand tapi tetap bersyukur, ada juga tempat berteduh. meh nak bagi serba sedikit informasi langkah-langkah membeli rumah 2nd hand ni ataupun rumah terpakai. ^.^
✿ kami dapat tahu owner nak jual rumah tu dari mak mertua aku, jiran-jiran jugak lah yang bagitahu. jadi, kami call owner tanya dia nak jual berapa, tawar selagi boleh. alhamdulillah owner tu sangat baik, berbudi bahasa, senang bawa berbincang. jadi kami pun setuju dengan harga yang dah disepakatkan membawa berkat tu. sebab keadaan rumah pun sangat baik. atap rumah baik, tiada kebocoran dan yang penting tiada rekahan. lagipun rumah tu baru jea berusia 9 tahun. bertuah owner tu dapat penyewa yang menjaga rumah dia sebijik macam rumah sendiri. alhamdulillah.
✿ jadi, kami pun pergi lah bank tuk apply loan. bank pilihan kami masa tu CIMB. tak tahu lah kenapa pilih CIMB, mungkin sebab kawan-kawan banyak apply loan dengan CIMB kot. isi borang housing loan application besertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan. seingat aku, copy ic, copy payslip 3 bulan, surat pengesahan jawatan, bank statement dengan copy geran rumah tersebut, kalau tak ada guna copy S&P. boleh minta dengan owner yea semua. pihak bank tolong value kan rumah tersebut, alhamdulillah juga sebab owner jual rumah tu bawah dari value. apa lagi, apply full loan lah. hehe. perkhidmatan lawyer pun kami minta pihak bank yang suggest. senang!
✿ 2 weeks later, pihak CIMB call bagitahu loan kami da approved. apa lagi melompat kegirangan. haha, alhamdulillah.. bersyukur tak terhingga kepada Allah swt. keesokkannya kami ke CIMB sign offer later dari pihak mereka. lenguh jugak lah jari jemari ni nak sign, sebab setiap helaian kena sign. sebelum sign kena pastikan kita faham setiap ayat tu, jangan main sign jea. tak faham boleh tanya dengan dieorang balik. tak mahu lah ada masalah dan ketidakpuasan hati dikemudian hari.
✿ lepas tu, datang lah seorang jurunilai rumah untuk datang melihat-lihat rumah tersebut. kita kena ada sekali dengan dia. deal dengan owner, biar owner yang bagitahu dekat penyewa. tak ada lah penyewa terhangak-hangak tengok orang datang ke rumah kan. bayaran tuk jurunilai rumah aku tu dalam rm550, tapi aku bayar rm300 dulu, settle kerja dia pandai lah dia call kita suruh bayar yang selebihnya. nanti dia akan pos copy report tuk keluasan rumah yang kita nak beli tu. setiap pembayaran diwajiblah anda minta resit. penting resit pembayaran tu tau. dah ada resit jangan buang pula. simpan elok-elok. sebaik-baiknya sediakan lah 1 file khusus untuk simpan dokumen-dokumen ataupun resit-resit untuk rumah ni. letak sebarangan, botak lah kepala nak mencari.
✿ 2 weeks later, berjumpa lah kami dengan lawyer yang di suggest oleh pihak bank dengan owner. jumpa kat Mc'D jea kot, sign S&P kat situ juga. ni pun leh buat patah jari, punya lah tebal untuk 1 copy, kita kena sign 3 copy okay. haha. tak apa, hati tengah gumbira ketika itu. apadahal! lawyer pun akan bagi list apa yang dia akan buat beserta dengan harga. hehe, total bayaran lawyer rm6800. dia akan uruskan untuk kedua-dua belah pihak. ingat, harga lawyer pun boleh nego jugak tau. tawar lah selagi boleh. untuk perjumpaan hari tu, aku bayar lah lawyer rm1000 dahulu, kira duit buka file lah. jangan baik sangat, bayar semua. kang lawyer lambat buat kerja.
✿ minta semua dokumen yang diperlukan untuk keluarkan EPF dari pihak lawyer, semua lawyer dah sediakan, tinggal nak pergi KWSP dan isi borang jea kat sana. call lawyer cakap nak semua dokumen tu, esok tu dah sampai kat rumah, dia pos jea. senang kan? urusan EPF pun mudah sangat. 3 hari selepas permohonan, tup tup dah masuk dah dalam akaun. alhamdulillah.
✿ ini masa untuk menunggu, seperti aku ni lah, tengah menunggu nak dapat rumah. haishh, tak sabarnya. tapi tak apa, tak lama dah lagi, lawyer bagitahu mungkin dalam 2 minngu lagi. jadi kita tunggu dengan penuh kesabaran.
tapi nak bagi kepujian sikit lah dengan pihak bank dan lawyer ni. dieorang buat kerja memang tiptop. dengan lawyer pun sama, tak perlu aku nak call-call dia tanya perkembangan proses rumah, dia yang call-call aku setiap step yang dia dah buat. senang kan? alhamdulillah. aku apply loan dalam bulan oktober 2012, ni baru januari 2013, dalam masa 4 bulan semua settle, insyaAllah. lagipun proses pembelian rumah ni ambil masa 3-6bulan. Alhamdulillah juga sebab Allah swt permudahkan segala urusan kami.
mungkin ada yang terkurang sana sini dalam langkah-langkah yang aku share kan ni, harap maaf ya. biasa lah version sendiri. harap ia membantu untuk kamu.
ok bai & salam ^-^
Friday, January 25, 2013
Friday, January 4, 2013
happy new year darling. i love you.
assalamualaikum semua,
sebelum terlambat, aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk sahabat, saudara, rakan seperjuangan dan sesiapa yang konon-konon kenal aku dan syam ni. semoga tahun 2013 ini memberi seribu erti dan membawa beribu makna untuk kamu semua. harap tahun 2013 ini jugak lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. amin~
tahun ni konon-konon nak kembali muda, pergi tengok bunga api kat bukit bintang. alah, saje jea buang masa, asyik-asyik terperap jea kat nilai. sekali sekala apa salahnya kan. ada konsert cina sebelum countdown tu.
meriah dan ramai sangat rakyat jelata, orang yang berniaga snow spray pon bersepah. seronok tengok gelagat dieorang ni. sesuka hati jea nak spray kat orang, aku dengan syam pun tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. tak apa lah, janji happy dan enjoy. kiranya masuk ke tahun baru dengan kegembiraan. harapan aku kegembiraan itu akan kekal sepanjang tahun ni dan insyaAllah sampai bila-bila. heeee ;)
tahun ni aku berazam nak cergaskan minda, sihatkan badan, rajinkan diri dan yang penting terus perbaiki kekurangan diri. sesungguhnya aku ni hanya lah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. dari kesilapan lah aku dapat belajar erti kehidupan yang sebenar. dan berharap takkan mengulangi kesilapan yang sama. insyaAllah. dengan izin Nya.
aku doa kan segala impian yang anda impikan selama ni akan tercapai dan dimakbul Allah swt. insyaAllah dan amin.
so,
ok. bai & salam ^-^
sebelum terlambat, aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk sahabat, saudara, rakan seperjuangan dan sesiapa yang konon-konon kenal aku dan syam ni. semoga tahun 2013 ini memberi seribu erti dan membawa beribu makna untuk kamu semua. harap tahun 2013 ini jugak lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. amin~
tahun ni konon-konon nak kembali muda, pergi tengok bunga api kat bukit bintang. alah, saje jea buang masa, asyik-asyik terperap jea kat nilai. sekali sekala apa salahnya kan. ada konsert cina sebelum countdown tu.
meriah dan ramai sangat rakyat jelata, orang yang berniaga snow spray pon bersepah. seronok tengok gelagat dieorang ni. sesuka hati jea nak spray kat orang, aku dengan syam pun tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. tak apa lah, janji happy dan enjoy. kiranya masuk ke tahun baru dengan kegembiraan. harapan aku kegembiraan itu akan kekal sepanjang tahun ni dan insyaAllah sampai bila-bila. heeee ;)
tahun ni aku berazam nak cergaskan minda, sihatkan badan, rajinkan diri dan yang penting terus perbaiki kekurangan diri. sesungguhnya aku ni hanya lah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. dari kesilapan lah aku dapat belajar erti kehidupan yang sebenar. dan berharap takkan mengulangi kesilapan yang sama. insyaAllah. dengan izin Nya.
aku doa kan segala impian yang anda impikan selama ni akan tercapai dan dimakbul Allah swt. insyaAllah dan amin.
so,
HAPPY NEW YEAR FRIENDS!!!
with love,
..:: jujusyam ::..
![]() | |||
Monday, December 31, 2012
majlis tahlil bersama mereka yang tersayang
assalamualaikum!
sebulan satu post, harap jangan boring. haha.
last week balik kampung, mana lagi kalau bukan kuching, sarawak kan. balik berdua jea, hehe mana datang bertiga ataupun berempat kan? doa jea lah selalu, semoga cepat - cepat bertiga. amin. ^.^
kami sekeluarga planning buat majlis tahlil untuk arwah atok dan nenek. buat hari khamis malam jumaat, jemput semua saudara terdekat dan yang paling penting orang masjid. meriah, seronok sebab jarang dapat berkumpul ramai-ramai cenggini kan.
lauk pauk semuanya kami adik beradik, pakcik dan makcik yang masakkan. kami yang muda - muda jadi running man / woman jea sebab kena ulang alik ke pasar. yang tak dapat bercuti tu dapat lah excuse tak datang membantu. tapi malam tak dapat lah escape. hehe, hamikkk kau kena basuh periuk dan pinggan mangkuk. padan muka!! hehe.
yang penting kami sepakat membawa berkat. berkerjasama untuk pastikan majlis berjalan dengan lancar. alhamdulillah. Allah telah permudahkan urusan kami ketika itu.
menu kami malam tu :
# nasi putih
# kari ayam
# ikan tongkol masak kicap
# kerabu mangga
# ulam - ulaman bersama sambal belacan
# bubur durian untuk pemanis mulut
# air oren sunquick untuk minuman
okay, sebelum air liur meleleh lagi banyak jom layan gambar malam tu. zassssssssss...... :)
![]() | |
| depan kamera memang semua nampak rajin. puiihhh ;) |
![]() |
| wajah-wajah running man/woman. wow! |
![]() |
| alhamdulillah, semoga niat kami sekeluarga diterima Nya |
![]() |
| anak berbuah dah besar-besar, sampai tak kenal & tak ingat nama. dahsyat kan? |
![]() |
| penyibuk dua orang ni, haha. suka menyibuk orang tua-tua meeting. hikhik |
![]() |
| alhamdulillah, running man/woman dapat makan jua akhirnya! hehe |
![]() |
| masa untuk mengacau wa yah yang suka melatah. hehe. miss them a lots! |
Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad)
Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.
Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.
Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).
kredit untuk : http://rasaklaut.blogspot.com/
mereka lah keluarga aku, rindu dan sayang sangat dengan mereka ni. pengubat hati yang lara. cewahhh! serius, kami jarang dapat berjumpa dan berkumpul reramai cenggini. bila berjumpa, memang riuh rendah lah. borak sampai pagi pun tak apa. hehe.
ok. bai & salam ^-^
Labels:
beloved family,
kenduri kendara,
tahlil,
wif love
Tuesday, December 11, 2012
alhamdulillah dah makin tua
assalamualaikum semua!
lama tak menaip lah, janggal pulak rasanya. heee
semenjak dua menjak ni banyak pulak lah kejadian - kejadian yang tak diingini berlaku. nak story kat sini memang tak sesuai sangat lah kan. so semua story - story akan disimpan kemas di memori sendiri. hehe.
eh, lupa nak habaq mai, alhamdulillah umur dah naik satu angka. hehe. tak apa lah dah tua, janji badan sihat, otak cergas dan hidup bahagia. tu pun dah cukup dah bagi aku. yang penting orang - orang kesayangan aku pun hidup bahagia dan sihat - sihat selalu. amin.
terima kasih buat kawan - kawan yang sentiasa mendoa kan kebaikan dalam hidup aku. aku akan sentiasa mendoakan kebaikan tuk korang semua. kamu semua kawan - kawan yang hebat, susah nak ditukar ganti. aku doa kan persahabatan kita berpanjangan hingga ke akhir hayat. amin.
alhamdulillah juga, bersyukur pada Yang Esa sebab buka kan pintu hati aku untuk bertudung. tak ada mimpi ngeri ataupun petanda - petanda yang pelik - pelik, cuma perasaan tu lahir dengan sendirinya. apa - apa pun aku sangat bersyukur. alhamdulillah. akhirnya aku tersedar tanpa paksaan oleh sesiapa.
aku berdoa agar penghijrahan aku ni berkekalan selamanya. en. syam? mesti lah dia gembira tak hengat. alhamdulillah juga. semoga Allah swt berikan lebih petunjuk dan hidayah untuk umatNya yang kerdil dan yang masih mencari - cari jalan yang benar. amin.
nanti lah story panjang lebar lagi eh, In Syaa Allah.
ok bai & salam ^-^
lama tak menaip lah, janggal pulak rasanya. heee
semenjak dua menjak ni banyak pulak lah kejadian - kejadian yang tak diingini berlaku. nak story kat sini memang tak sesuai sangat lah kan. so semua story - story akan disimpan kemas di memori sendiri. hehe.
eh, lupa nak habaq mai, alhamdulillah umur dah naik satu angka. hehe. tak apa lah dah tua, janji badan sihat, otak cergas dan hidup bahagia. tu pun dah cukup dah bagi aku. yang penting orang - orang kesayangan aku pun hidup bahagia dan sihat - sihat selalu. amin.
terima kasih buat kawan - kawan yang sentiasa mendoa kan kebaikan dalam hidup aku. aku akan sentiasa mendoakan kebaikan tuk korang semua. kamu semua kawan - kawan yang hebat, susah nak ditukar ganti. aku doa kan persahabatan kita berpanjangan hingga ke akhir hayat. amin.
alhamdulillah juga, bersyukur pada Yang Esa sebab buka kan pintu hati aku untuk bertudung. tak ada mimpi ngeri ataupun petanda - petanda yang pelik - pelik, cuma perasaan tu lahir dengan sendirinya. apa - apa pun aku sangat bersyukur. alhamdulillah. akhirnya aku tersedar tanpa paksaan oleh sesiapa.
aku berdoa agar penghijrahan aku ni berkekalan selamanya. en. syam? mesti lah dia gembira tak hengat. alhamdulillah juga. semoga Allah swt berikan lebih petunjuk dan hidayah untuk umatNya yang kerdil dan yang masih mencari - cari jalan yang benar. amin.
nanti lah story panjang lebar lagi eh, In Syaa Allah.
ok bai & salam ^-^
Saturday, December 1, 2012
mari bersihkan hati, tenangkan jiwa
![]() |
| lowerd tengah bertenang. berfikir sejenak :) |
KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujsudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah.
Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Maka, jangan sesekali ada terpahat di hati kita ungkapan... ".... aku ni susah sikit nak maafkan orang..." Buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Tanamkan sifat pemaaf dalam diri.
Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.
Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah. Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan. Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.
Sebaikmya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan oleh orang alim agar kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa semoga orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. Insyaallah. Kerana sesungguh kesalahan dengan Allah itu lebih mudah untuk kita memohon keampunan kerana memang sifat Allah Maha Pengampun tetapi kesalahan sesama manusia susah untuk di selesaikan... tetapi jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini... sama-sama kita amalkan InsyaAllah.
Waallahualam.
( kredit untuk http://www.masjidnegara.gov.my )
ok.bai ^-^
Subscribe to:
Comments (Atom)









