Friday, June 22, 2012

Ho Chi Minh City Trip - Day 1


penghujung bulan mei 2012 lepas, aku dengan lyn bercuti ke ho chi minh city, vietnam!! best! serius sangat best! bagi kaki2 yg suka berbelanja tak tentu hala macam aku ni, mmg tu lah tempat yg wajib untuk pergi membazir. -_-'
shopping lah selagi duit ada dalam wallet, lagipun bebarang kat sana SANGAT2 murah okay! especially untuk kain2 pasang, baju kurung ready made, barangan sukan serta barangan perhiasan rumah.

tak mo story lelebih sangat, nnt korang pergi lah sendri. mmg syooooook! ^-^

view dr atas, mavles! mmg padat penduduk die okay!
da sampai!! tgh tggu taxi, dieorang ni sweet tau, kenal2 dlm flight! best sgt
sesampai jea kat ho chi minh airport, kami ke kaunter taxi di arrival hall, tp korang kena hati2 ckit sbb takot kena tipu, lucky lah jumpe aunty azlina n da geng, sbb dia da byk kali ke sini. so, kiteorang share 1 innova ke ho nam hotel area ben thant market baru 10usd, bahagi 5 okay! jimat dan berbaloi2.. kalau xsilap vinnasun taxi kot. leh google eh untuk confirm kn. ^-^

ni hotel yg kami stay, ho nam hotel, kat district 1, murah dan berkelasss jah

ini dia ho nam hotel. beralamat 169 Le Thanh Ton, District 1, HCMC. murah jea, bilik tuk 2 org dalam 26usd. bilik die mmg puas hati, wifi laju. boleh golek2 sambil whatsapp pak aji kat umah. setakat ni mmg puas hati lah. dkt jea dgn minh collection. selang bp pintu jea. mavless!

tggu apa lagi?! soping lah..
settle checkin kat hotel, selesakn diri dl pastu kami ready ke ben thant market! dekat jea dgn hotel, jln xsampai pn 3 minit da smpi. sng lah nk ulang alik. brg2 da byk leh blk hotel smpn dl, pastu leh patah balik ke ben thant market. ben thant market buka dlm pukul 8 am -7 pm. tp jgn risau, 7 pm - 12am akan ada nightown di luar ben thant. lagi rambang mata korang. lagipun nightown dia rasanya lagi murah kot dan senang nak bargain.

keadaan dalam ben thant. aunty ni senang mtk murah2. leh carik dia nnt okeh!

fuhhh, ni jln die yg bz bebenorrrr
nk blk hotel da, sggah dl pekena kopi vietnam yg terbekk dr ladang, gian di buatnya
sebelum ke HCMC ni, survey dlm bloggger yg pernah sampai, kebanyakkn nya dieorg story pasal kesedapan kopi vietnam. jadi dgn rasa kurang saba, aku pn try. semestinya ternyata BENAR sebab boleh gian kot. kaw gila, smpi sehari 6 cawan aku bantai ngn lin. beli kat tepi jalan jea. 1usd dpt 2 cawan kopi ais. terbaik!!

manjakn diri! murah2 jea
lepas penat berjalan, kami ke eva spa! memanjakan diri ini. massage sana sini, treatment rambut, madicure padicure lagi tau. all in baru 20usd. tekejut x?? hahaha, ptt lah org vietnam lawa2 kn. service tip top serta murah sesangat. berbaloi2 tau

vietnam soup aka pho
makan pho ni kat hjh basirroh, boleh lah, tp bkn selera aku. tp di sebabkn lapa yang teramat aku telan jugak. ko tgk lah ulam2 tu, dah mcm kambing makan hah! yg penting pewot terisi, xmo lah msk angin, kang berangin aku kang 1 bdn. haha

sekian saje ceritera aku kat Ho Chi Minh City untuk hari pertama. kte jumpe next entry tuk day 2 okay!!

ok. bai ^-^

Wednesday, June 6, 2012

baru download kot

Ini entry percubaan! Ape yg cobaan?! Haaaa, so korang kena baca entry ni smpi abis!


act, xde pape pn. Hehe. Aku br download blogger-droid kat google play. Nmpk cm best sbb nmpk mudah nk update vlog aku yg merapu lebih ni kat mana2 jea.


Jadi, sila beramai2 bubuh minyak kapak kat mata, better dr tgk vlog den ni. Haha


Ok. Bai ^-^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 5, 2012

nasir & nadiah! pengantin baru tu

sama cantik sama padan! tahniah yea kak ;)
tahniah sekali lagi kepada mempelai iaitu nadiah & nasir. semoga berbahagia lah korang ke akhir hayat. syomel jea berbaju pengantin berwarna coklat & biru. serius nampak kelainan tu kaler baju dieorg.
majlis pada 27.5.2012 di dewan lembaga getah area jalan ampang. majlis nya sangat meriah tapi aku dtg dah xmeriah da, sebab dtg lewat sgt. -_-"

apa2 pun, kak nadiah ngn abg nasir ni mmg sempoi. kepala hotak gila2. boleh sewel dibuatnya. sesuai sangat lah tu kawin. ^-^
ntah2, masuk keje jea kak nadiah dah bunting, haha, bunting pelamin namanya. amin~



ok.bai ^-^

Friday, May 25, 2012

udang masak sos. nyum!

satu hari tu, aku tetibe jea merajinkan diri aku memasak. yeay! setelah hampir seminggu udang dalam freezer. ntah ape lah yg menimpa aku ni sampai malas yang teramat malas nk memasak. walaupun tak terror mana kn, tapi rasa tetap ada. bhahaha, puji diri sendiri lah, nak harapkan korang? mmg xkan lah! sebab korang bukan pernah rasa pon air tangan jemah ni haaaaa. ^-^

agak2 korang nak tau x resipi? erm, sogan lah plak den. kang xsedap abis lah vlog aku ni kena maki hamun. erm, xpe lah, aku letak jea lah. nak try bleh try yea. kalau sedap cakap ngan kawan, xsodap ckp ngn den lah!

bahan2 (kisar):
~ 4 ulas bawang merah
~ 2 ulas bawang putih
~ sedikit halia lebih kurang seinci lebih
~ 10 cili kering yang direbus dulu
bahan2 :
~ udang agak2 untuk 2 orang makan
~ 2 sudu sos cili
~ 1 sudu sos tomato
~ 1 sudu sos tiram
~ sedikit cuka
~ sedikit garam
~ sedikit gula

cara2 :
>> tumis bahan kisar sehingga wangi
>> masukkan bahan2 yang lain selain dari udang
>> jika rasa dah perfect sedap tekak merasa masukkan udang
>> biarkan dalam 2-3 minit, sehingga udang masak

tadaaaaaaaaa! siap pon, dah boley nyum2 ^-^
senang kan? harus lah, nama pun juju yang masak, mesti yang senang2 jea. sebab nk cepat dpt makan. ^-^

selamat mencuba! jumpa lagi! eh, macam kat hari-hari giant nilai pulak. heeeee

ok. bai ^-^

Sunday, May 20, 2012

tahniah pendita satria


beribu tahniah aku ucapkan kat pak aji ke atas cita2 nya yang dah tercapai. dari dulu lagi berangan dan terus berangan nak join drag kat SIC. finally cita2 yang dah lama terpendam tu tercapai jua semalam. harapan aku, semoga pak aji boleh tersonyum lebar sampai sume gigi nampak ^-^

poyo jea, siap anta gamba kat aku lg

buat pertama kali nya dia beraksi smlm, tak tahu lah aku menang ke tidak, tapi yang pasti apa yang dia impikan tercapai. alhamdulillah. seminggu sebelum ni bukan main busy pak aji ni. memang tak duduk diam kat umah, memanjang jea kat bengkel. setting sana, setting sini. siap ke area uk perdana nak setting kete nih. mesti mantap, terbaik, terpower ^-^

apa2 pon tahniah yek sekali lagi. i tompang gembira untuk u pak aji!

ok. bai ^-^