Showing posts with label catz lover. Show all posts
Showing posts with label catz lover. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

wow! besarnya o_O

apa yang besar jut? haaa, surprise2!! ^-^
as you know, aku ada 5 'ekor' anak kat rumah tu, orang lain ada 5 'orang' anak, aku 5 ekor yea! mereka ni sangat special, sebabnya, mereka mampu menyepahkan rumah dalam beberapa saat jea. haaaa, best kan?

semenjak dua menjak ni, salah sekor dari mereka yang aku pun kurang pasti siapa yang buat telah berjaya membuat marah aku melodak macam bom atom. dahsyat kan mereka ni? dieorang boleh bantai berak atas lantai ekot suke dia. aku lah yang penat ngn pak aji duk mop lantai sampai kematu pinggang aku! -_-!
mula2 orite lagi, tapi kalau dah hari2 kena mop lantai dalam keadaan yang sangat stress, mau gila aku dibuatnya. nak marah, adoi, korang pon tau bukan ada effect pon. nak tak nak kerja aku kat rumah tu bertambah2. makan bertambah xpe, tapi kerja bertambah itu yang fade up!

bengang punya pasal, aku ngn pak aji jatuhkan hukuman penjara untuk mereka, sebab semua xnak mengaku siapa yang buat, jadi semua kena lah jawabnya. padan muka korang! ^-^
pak aji mengeluarkan semua modal untuk kos penjara, aku orang yg bertanggungjawab menghumban mereka semua ke penjara yang aku sediakan. haha, puas nye hati aku. baru korang tau mama korang ni! geram!

bella, eddward, jackob & lowerd 1 penjara

tabby sensorang sebab dia suka kacau dak lain.


puas hati aku, biar dieorang rasa duk dlm jail. selama ni korang sebebas2 nya kat dalam rumah, lompat sana, lompat sini, lari 100m pecut, panjat almari, panjat tv, cakar sofa aku sampai koyak rabak aku xkesah pon. sebab sayang kan. kena jail jea dah kira bagoooss dari aku kurung korang dalam bilik air tau.

besarkan jail dieorang ni? seleso sangat da. habis duit tgh2 bulan ni. semua gara2 geram sesangat dengan tabiat buruk dieorang ni. geram2 pn sayang jugak. nak tdo tolak jail dieorang ni masuk bilik, letak sebelah katil, macam tak sampai hati pulak duk mengiaw panggil kita kan.

yang penting, rumah i kemas dan xberbau taik dieorang ni, tetamu nak datang pon seleso kan! kita jumpa lagi next entry yea!


ok. bai ^-^

Wednesday, May 9, 2012

kucing gemuk luar biasa mati

beb.. da baca da kosmo rini? 9hb punye lah.. mesti belom lagi kan? dahsyat beb, sedeh sangat kot aku, sian pun ade jugak. comel kot. ish, malas lah nk citer panjang lebar. aku tempek kosmo berita dunia kat sini, mari baca!

GAMBAR fail menunjukkan seorang kakitangan Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe memegang Meow pada 19 April lalu.

SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.
Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.
Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI

seyes beb, comel sangat si Meow ni, kesian kan sebab masalah pernafasan Meow mati. mungkin sebab obesiti jugak kot. lagipun kucing yang dah debab sangat macam ni memang susah dan tidak berapa aktif. kita manusia pun akan mengalami situasi yang sama jugak kalau badan terlebih muatan. jadi juju! apalagi??! jom jogging..

ok. bai ^-^